Hari ini hari jumaat. Ada jamuan unit. Semua unit ada jamuan. Paling penting insan cemerlang yang belanja. Sarapan pagi roti jala. Nasib baik aku tak minat dan paling nasib baik aku dah sarapan. Kalu nda abis tu. Hahaha.... Menu tengahari nasi ayam. Lebih istimewa lagi ia dimasak oleh CtZ. Harus ku akui bahawa ia sungguh sedap. Terutama supnya (gila sup kan...). Aku menambah lagi. Air sirap moden tu pun sedap. Tapi sayangnya aku kurang minuman bersoda. Kenyang!
Terima kasih kepada semua yang belanja aku makan. Hanya Allah yang membalasnya.
Mkbs - berita ntv7 pukul 7.30pm 'CUEPAC....bincang bonus raya'....harap-harap ia menjadi kenyataan. Amiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou