Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 29 Julai 2012

Sakitnya....


Semalam tengok siaran tertunda pembukaan sukan olimpik, London 2012. Cantik!... Penceritaan (macam teater) yang menarik, menghiburkan dan mengharukan. Memang kreatif. Melibatkan khidmat sembilan ratus lebih sukarelawan, tiga ratus lebih peralatan, empat bulan latihan dan kos empat puluh dua juta. Ramai yang kata ia pembukaan olimpik yang terbaik. Tapi bagi saya, saya lebih suka Olimpik Beijing 2008. Cara penyalaan obor di Beijing lebih menarik dan penuh simbolik. Penghargaan kepada bekas jaguh tinju olimpik Mohamed Ali. Kenapa dia duduk atas kerusi roda? Paling glamour David Backem membawa obor menaiki bot menuju ke stadium. Handsomenya diyeee.....matanya memikat...hahaha... Tapi sayangnya Chong Wei tak sertai acara pembukaan. Tak mengapalah. Kata menteri sukan, bagi menjaga kesihatan kakinya. Ya betul. Acara tu berlangsung berjam-jam takut luka kaki dua bulan lalu datang menyinggah. Semoga emas yang ditunggu dapat dijelmakan. Chong Wei buat yang terbaik...seboleh-bolehnya jangan hampakan rakyat Malaysia.

Hujung minggu ni, menderita sakit ulser bibir dan gusi...sibuk membengkak. Sabar sabar sabar sabar. Nasib baik off...tapi tak selera... Makan bubur.... Harap-harap esok akan sembuh. Seksanya. Hari ni hari ke sembilan puasa tapi dah dengar lagu raya di hotfm. Benci dengar lagu raya!..
Nak tidurlah....berdenyut-denyut....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou