Everynight saya tengok gambar ni...tenang rasa di hati. Subhanallah.
Pukul 12 tengah malam waktu Malaysia pukul 5 petang waktu London, suku akhir badminton olimpik Lee Chong Wei menentang Khasyap jaguh India. Set pertama Khasyap memberi tentangan sengit kepada Chong Wei. Set kedua Khasyap kelihatan agak kaku dan sering membuat kesilapan. Pengulas sukan kata jaguh India ni terlalu liat ditewaskan kerana sebelum ini dia telah mengalahkan ramai pemain terkemuka seperti Chen Long. Bagi saya Khasyap tidak ubah seperti Sosaki dari Jepun. Timbul tenggelam. Dato Lee Chong Wei menewaskan Khasyap, 21-19, 21-11 untuk melangkah ke peringkat separuh akhir. Lawannya di antara Chen Long atau Peter Gard. Semoga DLCW berjaya mengharungi semua rintangan dan menjulang emas. Sekaligus memenuhi tuntutan pencapaian klimaks kerjayanya, mengharumkan dan memahatkan nama Malaysia di kejohanan olimpik serta menghiburkan para peminat sukan badminton dan peminatnya seperti saya. Insya-Allah. Doaku mengiringinya.
Dengar kata jika atlit Malaysia berjaya mendapat emas di olimpik London, ada syarikat akan belanja makan ice cream percuma. Bestnya... Aku nak percuma....
Ada somebody yang tak suka CW menang. Alasannya kerajaan akan menghabiskan duit ke arahnya, bonus tiada...kelakar. Membazir keperluan pejabat tak pula difikirnya. Biarlah dia. Dia berhak dapat. Dia berusaha dan berkerja keras. Itu kan sebahagian dari kerjaya dia. Sampai waktu dia bersara. Kenapa perlu ada perasaan dengki? Bukannya kerajaan bagi dia seorang. Sponsor dari sektor swasta yang banyak. Setiap kerjaya ada kelebihan dan kekurangan. Begitulah juga dengan kerani. Harganya setimpal dengan pencapaian. Allah itu maha adil. Maka tidak perlu pertikaikan.
Memang susah bergaul dengan orang yang tak sama minat. Lepas tu pihak satu lagi seolah-olah merendah-rendahkan. Kalau tak minat pun hormatlah sikit.... Yang bikin panas lagi tak tahu tapi buat-buat tahu...buat dia lebih tahu. Tapi lastly kantoi...sy tidaklah cakap...cukuplah sy tahu dia tembirang berlagak pandai. Tambah bosan somebody yang selalu cakap kerja banyak tak menang tangan tapi at the same time cerita tengok drama filem. Aik....ada time tonton tu semua. Kalau pandai menyelam sambil minum air janganlah mengeluh kerja banyak.
Dah mengantuk dah. Tidur dulu. Nanti tak bangun sahur.
Mkbs - sedang berusaha untuk biasakan diri bangun di sepertiga malam...menghafal surah yasin etc...berjaya tidak just wait and see.. Amiin.
Rakan sekelas form 1 to 3 dah passed away julai lalu. Saya tengok fb dia...gambar berpakaian uniform polis dalam keranda. Sebabnya tak tahu... Kawan tak balas msg lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou