Usain Bolt kekal raja pecut dunia. Giler... 100 meter boleh lari bawah sepuluh saat. Dari planet mana dia ni?
Sedih tengok gambar-gambar Chong Wei. Menangis dia. Bergenang air mata menengok. Yelah...impian yang terlalu diinginkan terlepas. Saya tidak menonton. Saya tahu pun sebab pengulas sukan RTM sebut tentang pungutan pingat, Malaysia 1 pingat perak. Kecewa...kalah lagi. Kalaulah saya menonton confirm saya menangis. Awal pagi tadi DJ radio ikimfm kata 'walaupun tidak berjaya mendapat emas kita bersyukur kerana mendapat pingat. Chong Wei telah cuba sedaya upaya. Adat pertandingan. Mungkin Allah telah tentukan kemenangan untuk Chong Wei ditangguhkan..'. So Ramadan Misbun dan Fadli sila ambil perhatian. Anda semua harus menyudahkan yang tertangguh itu.
Masuk fb fanclub CW, sedih...semua ayat-ayat memujuk. Chong Wei siap minta maaf lagi. Nevermind...bukan rezekimu. Short text dari fanclub Lin Dan 'terima kasih kepada Chong Wei. Kalau bukan kerana CW tak akan wujud Lin Dan sekarang, kalau bukan kerana kehebatan CW, Lin Dan tak akan seagresif sekarang. Kami sedih melihat tangisan CW. Lihat kekuatan Lin Dan harus ingat Chong Wei juga..' (lebih kurang begitulah...) Tak mengapalah. Biarlah kalah pun...bukan boleh bawa mati pun tu...ntah-ntah silap haribulan orang kritik. Kalau masih ada kudrat teruskan bermain. Jika sebaliknya latihlah anak didik penyambung dan penyudah impianmu.
when the friendship spoken....
Patut pun my sweeter sister senyap jer... CW tewas. Sekarang ni pun masih sedih. Jangan terawih rosak sudah. Maka itu, dah tak payah dah tengok dan ikuti perkembangan sukan olimpik. Abaikan tinggalkan.... Tentu ramai yang kecewa tak dapat makan ice cream percuma dan selamat ice cream tu. Selamat duit 4 juta tu....hahaha.... Lihatlah kekuasaan Allah, prepare lah sehebat mana pun sogoklah pelbagai hadiah intensif sekuat mana usaha pun kalau memang Allah tak izinkan tak akan dapat. Mungkin habuan-habuan semua tu lebih layak untuk orang susah dan mungkin juga semua habuan tu tiada berakahnya. Chong Wei tak hairan pun semua tu. Kalau saya mungkin yaaaaa......hahaha...
Hish...lupakan cerita sedih Chong Wei...dah pukul 7 tak masak untuk buka puasa lagi. Makan kurma dan bubur lambuk sajalah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou