I received this book...look at the tittle and the summary make me interesting. But i can't this time.... ramadan month i have to avoid it. Ok....bulan okt nanti yee....so keep it.
Seharian saya dengar radio ikimfm, nasionalfm dan salamfm. Banyak info yang saya dapat.
# Siapa yang menyakitkan hati orang tidak akan tenang. Siapa tenang dia menang. Ketenangan punca kebijaksanaan. Nak hidup tenang fokus kepada apa yang kita ada. Hati tidak tenang kerana terlalu memikir benda yang tiada, memikir benda yang ada segalanya miliknya, terlalu memikirkan kisah silam dan terlalu memikir pandangan orang lain. Kalau nak kekal tenang berpegang dengan 'aku akan tenang dan bahagia hanya dengan Allah'. Nak tenang cari ketenangan dengan Allah bukan dengan manusia. Selagi kita degil dengan Allah jangan harap dapat ketenangan.
Soalan pendengar "umur dah 28 tahun belum kahwin, dapat sindiran sekeliling, bagaimana nak berhadapan?" Jawaban, jodoh pertemuan ketentuan tuhan. Nak pilih calon suami bukan main-main. Tujuan berkahwin pertama niat kerana sunnah nabi. Kedua niat nak dapat zuriat untuk bekalan akhirat. Jangan kerana malu dengan orang lain, malu dikata andartu. Jangan fikirkan pandangan orang lain yang tidak mendatangkan manfaat.
Teringat kata seorang ustazah, jangan kerana mahu mengikut sunnah kebahagiaan diri terkorban. Like poligami. Ada orang bahagia ada sebaliknya.
# Berhadapan dengan bulan ramadhan perlu dirancang. Rutin kebiasaan di bulan lain perlu diubah.
1) waktu tidur perlu dikurangkan.
2) kurangkan makan ketika berbuka
3) kurangkan berbual kosong.
# Suntikan darah bagi ibu mengandung tidak membatalkan puasa. Batal jika suntikan makanan seperti vitamin C.
# Berbual kosong makruh. Mengumpat, memfitnah haram.
# Wanita yang melahirkan anak bersaiz besar - berisiko tinggi menghidapi kanser payudara.
# Wanita yang makan pil kesuburan hamil - tumbesaran anak terganggu, ketinggian lebih rendah.
* terdengar, cabut gigi tak batal puasa. Ye ke? Pernah dengar, batal. Pernah dengar juga derma darah puasa tak batal. Tapi ada yang kata jika derma darah dalam kuantiti yang banyak batal. Emmm...orang yang derma darah boleh bertahan puasa ke? Jika tidak memudaratkan....kata-kata klise para doktor.
* cabaran solat terawih - kiri kanan baca fatihah kuat. Aduhai.... - jumpa orang yang dikenal banyak bercerita kosong. Azan pun masih bersuara. I just smile. Harap-harap dia tidak terasa kerana tidak dilayan.
Mkbs - inda sabar mo muli. Adik cerita.... bestnya durang buka puasa ramai-ramai. Makanan pun sedap-sedap. Aiyyooo...... Sabar...terima seadanya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou