Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Rabu, 27 Februari 2013

STAR Sabah

Tarikh : 27.02.2013 & 01.30am

Tadi dapat sms from adik di kampung. Apaitu RCI? Makin popular pula agenda RCI. Nasib baik saya sudah baca di facebook. Saya yang berada di oversea ni jadi risau (poyo jer....hahaha). Orang bugis ni kan nda puas-puas. Sudahlah hidup menumpang mencari rezeki di tempat orang, ada hati mau menjadi tuan rumah. Kata beragama islam....sekarang ni serupa dengan Yahudi Israel. Tidak sedar diri!.. Kena halau baru tau. Hormatlah sikit. Orang dah tolong. Orang sudah bagi tinggal dan menetap di situ tolonglah kenang budi. Kalau hebat sangat SILA balik ke Indonesia. Dasar parasit memang begitu! Geram saya. (mungkin durang sengaja buat begitu sebab takut BN menang). Bugis - Indonesia dan Kerajaan Sulu Filifina. Filipina nak tuntut Sabah, Indonesia nak tuntut juga? Katanya, separuh daripada negeri Sabah adalah milik Kerajaan Sulu. Malaysia hanya berstatus peminjam. Setiap tahun kerajaan Malaysia membayar sewa kepada kerajaan Sulu. Agak-agaklah Daerah Keningau tu termasuk tak daripada yang separuh tu? Tak nak aku masuk Filipina. Tak nak juga masuk Indonesia. Kalau masuk Brunei aku setuju. Sumber mengatakan ada cadangan untuk membawa kes tuntutan Filipina - Sabah ke mahkamah antarabangsa. Rakyat Sabah kan nak Sabah keluar Malaysia. Mungkin nak jadi macam Singapura. Tapi nak buat macam mana....kalau Sabah keluar Malaysia senanglah Filipina nak tuntut. Siapa yang nak backup nanti? Mungkin itu keinginan rakyat Sabah. Terpulanglah kepada suara majoriti. Tapi kalau Sabah keluar Malaysia dan Sabah menjadi negara islam, saya tak kisah. Lagi suka. Sekarang ni, parti STAR pimpinan Dr Jeffry Kitingan semakin popular di Sabah. Semakin mendapat tempat di hati rakyat Sabah. Parti tersebut bergabung dengan parti SAPP pimpinan Datuk Yong Teck Lee untuk merealisasikan 'agenda borneo'. Dan komited untuk menuntut perjanjian Malaysia 1963 dan memperjuangkan kebebasan penjajahan 48. (Yong Teck Lee tu peribumi sabah ke?). Terbaru Lajim Ukin pula menubuhkan parti Pakatan Perubahan Sabah. Dr Jeffry Kitingan tu memang ditakdirkan menjadi pembangkang. Dulu PBS. Lepas PBS sertai BN dia masuk PKR dan sekarang STAR. Kenapa tak kekal dengan PKR?. Kenapa tak kekal satu parti saja dan perjuangkan misi visi parti habis-habisan?. Saya rasa dia ni berlakon saja untuk mengaburi pandangan rakyat Sabah. Tubuh parti baru, kata nak membela rakyat Sabah....tapi sebenarnya parti baru tu sebahagian daripada parti PKR. Saya semakin percaya itu. Ahli politik memang banyak motif. Entah-entah kemasukkan Abu Sayyaf tu pun agenda politik. Meluat saya terbaca ayat 'ni kali lah'......amaran kunun....tapi jadi 'mangkali'.... Yang bikin hairan penjawat awam guru, polis dan tentera paling ramai - anti kerajaan. Mungkin sebab durang terlampau dikerah. Siapa suruh pi pilih tu kerja. Sudah tugas dia begitu....perlu mengeluh bagai. Mana ada orang yang faham tugas kita. Yang durang mahu keputusan yang cemerlang. Semua kerja pun begitu. Orang tidak mau faham ka...orang tidak mau sanjung ka...orang tidak mau hormat ka...kenapa mau marah?. Kita sudah buat yang terbaik biar Allah yang menilainya. Yang penting gaji tetap jalan. Yang kelakar lagi, ada yang kerja tentera di luar negara...hari-hari minta mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin, tapi Abu Sayyaf masuk Lahad Datu saja dimarahnya dimakinya orang atasan kenapa tak arahkan tentera Malaysia yang berjaga tu tembak saja penceroboh tu... Aiyyoooo....kata pejuang keamanan. Abu Sayyaf tu militan islam ma...bukannya zionis. Saya bukannya sokong Abu Sayyaf tau... Apa sebenarnya motif perjuangan Abu Sayyaf?...(tiba-tiba terfikir...) Al-Qaeda contohnya, memang pada dasarnya ia nampak seperti membela agama tapi sebenarnya Osama Laden menubuhkan kumpulan tersebut untuk menumpaskan dan menghukum orang-orang atasan yang tamak dan banyak rasuah. Tapi sayangnya orang tak bersalah yang jadi mangsa.

mkbs : kalau parti STAR betul-betul mahu membela rakyat Sabah syukurlah. Jangan parti tu sertai Pakatan Rakyat sudah..... Namun jauh di sudut hati saya, saya berharap kerajaan sekarang akan kekal. Saya berdoa agar hati mereka berubah...paling tidak pun berubah di saat akhir ketika jemari mulai memangkah. (hanya doa....auh ku dogo muli moi pengundi....sa menyibuk saja mo publish cini...gerigitan ba kenegi sa...)

Selasa, 26 Februari 2013

Muhassabah Diri


Hentikan kasihan diri bila ada sakit fizikal tapi kasihani diri bila ada penyakit hati dan banyak sifat negatif sebab akan dekat ke neraka - Prof Dr. Muhaya

Sebelum ada keikhlasan betulkan hati - Ulama

Sebelum dakwah baikkan diri dan murah hati. Jika nak tegur orang tak solat tentukan akhlak kita yang solat ni... - Prof Dr. Muhaya

Orang mengungkit tidak ada keihklasan - Ustas Roslan

Setiap kali kita merasa sedih dan bimbang mulakan ubah emosi kita dengan fokus kepada kesyukuran dan kegembiraan dan apa nikmat yang kita ada. - Prof Dr. Muhaya

Kuasa wanita; mampu mmusnahkan kpimpinan, harta, nama dan khidupan sesebuah negara. Wahai pemimpin kawal isteri kalian! - Ustaz Asri


Orang yg selalu ingat MATI akan diberi Allah 3 perkara: 1-Cepat bertaubat. 2-Reda dengan apa yg berlaku 3-Bersemangat dalam beribadah. - Ustaz Azhar Ariff

Setiap insan yg beriman dengan Islam maka dia saudara kita seagama tanpa mngira bangsa, negeri, mazhab dan parti politik. - Dr Mohd Asri

Didik hati dgn tahajjud, didik jiwa dengan amal, didik akhlak dengan ilmu... Semua itu akan menambah nilai bagi kehidupan di sisi Allah swt - Ustaz Roslan

Kita tak mungkin dapat mengubah arah angin bertiup, namun kita mampu mengubah arah layar dalam menuju ke arah destinasi yang kita inginkan.. - IM Azlan

Cinta suci bukan untuk dinodai kasih jangan dikhianati Kesucian cinta ikhlas tak diundang..peliharalah - IM Azlan


mkbs - "orang mengungkit tidak ada keikhlasan".... susah menentukan keikhlasan ni. Walaupun pada ketika kita beramal tu hati kita rela tetapi bila kita disakiti secara tidak sengaja ia akan terungkit. Bukan sengaja ba. Apa-apa pun kita mencuba sedaya upaya. Allah SWT lebih mengetahui.






Isnin, 25 Februari 2013

Demokrasi Islam

Surah Cahaya

Tuhan adalah cahaya langit dan bumi
Cahaya-Nya seperti sebuah relung (pada dinding)
yang dalamnya ada sebuah pelita,
Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu
seakan-akan bintang bersinar,
dinyalakan dengan minyak dari sebatang pohon zaitun-
Pohon tumbuh tidak di sebelah Timur
dan tidak pula di sebelah Barat-
Yang minyaknya bersinar walaupun
api tidak menyentuhnya :
Cahaya di atas Cahaya!
Tuhan membimbing kepada Cahaya-Nya
siapa yang Dia kehendaki.
Tuhan memperbuat perumpamaan-perumpamaan
bagi manusia
Dan Tuhan mengetahui segala sesuatu. (24:35)

Setelah hampir tiga bulan hari ini saya habis membaca buku karya Reza Aslan bertajuk Tiada Tuhan Melainkan Allah. Bukan sengaja melambat-lambatkan tetapi pada masa yang sama saya membaca buku lain mengikut mood. Apa boleh buat saya bukanlah seorang yang suka membaca apalagi berkaitan sejarah. Buku ini memberi banyak pengetahuan mengenai asal-usul, perkembangan dan masa depan islam. Bermacam-macam konflik yang melanda. Politik di sana-sini. Negara barat seperti Amerika Syarikat begitu takut dengan kebangkitan islam. Pertumpahan darah sesama islam hanya kerana berlainan fahaman. Puak syiah dan sunni. Ahli wahhabi dan ahli sufi. Amerika Syarikat pernah menyokong Saddam Hussein dengan dibekalkan bahan kimia dan biologi oleh Pusat Kawalan Penyakit dan American Type Culture Collection syarikat yang berpangkalan di Virginia, melancarkan serangan ke atas bumi Iran. Saddam Hussein ada sebabnya menyerang Iran namun niat kerajaan Amerika Syarikat menyokong Saddam Hussein semasa perang Iran-Iraq ialah untuk membendung penyebaran revolusi Iran. Akhirnya, Saddam Hussein juga mati di tangan kerajaan itu. Begitu kuatnya pengaruh negara kuasa besar dunia itu. Negara islam sama sekali bukanlah satu konsep monolitik. Terdapat banyak negara dalam dunia moden yang boleh digelar sebagai negara islam, namun tiada satu pun di antara negara-negara itu yang mempunyai banyak persamaan dengan yang lain. Mesir ialah sebuah negara autokrasi yang berlakon sebagai sebuah negara republik. Syria ialah kediktatoran Arab yang presidennya tunduk kepada pihak tentera yang serba berkuasa. Jordan dan Maghribi pula ialah kerajaan yang sentiasa bergolak. Raja-rajanya yang muda takut-takut melangkah ke arah demokrasi meski tanpa menjejaskan penguasaan mutlak mereka. Iran ialah sebuah negara fasis yang ditadbir oleh sebuah oligarki ulama yang korup dan komited memadamkan sebarang percubaan ke arah pembaharuan demokratik. Arab Saudi ialah sebuah teokrasi fundamentalis yang hanya al-Quran menjadi perlembagaannya dan syariah undang-undangnya. Kesemua negara ini bukan saja menganggap diri mereka sebagai realisasi bagi ideal-ideal Madinah, mereka malah melihat satu sama lain sebagi pencemaran terhadap ideal-ideal itu. Jangan tidak tahu Arab Saudi dan Jordan menggunakan mata wang usd (amerika syarikat) dalam urusniaga ekonomi. Osama bin Laden dari puak Wahhabi juga pernah menjalinkan hubungan dengan Amerika Syarikat ketika Perang Dingin dengan Kesatuan Soviet. Demokrasi dibentuk oleh pluralisme bukan sekularisme. Sebuah negara demokratik dapat ditubuhkan di atas kerangka kerja moral yang normatif selagi pluralisme kekal menjadi sumber keabsahannya. Negara Israel diasaskan di atas kerangka kerja moral Yahudi yang eksklusif yang mengiktiraf semua Yahudi di dunia tanpa mengira kewarganegaraan mereka sebagai warga negara itu. Walaupun saya tidak suka Israel dan Yahudi tetapi saya akui kehebatan mereka. Bolehkah Islam melakukan seperti itu sedangkan penganut islam sering bergolak dengan perbezaan fahaman? Masing-masing mahu mengakui diri sendiri saja yang betul. Jika benar-benar ingin bersandarkan kepada ideal-ideal Madinah untuk menentukan sifat dan fungsi negara islam, ia perlu dicirikan tidak lebih sekadar sebagai menifestasi nasionalis bagi ummah. Tahap yang paling asas sebuah negara islam ialah sebuah negara yang ditadbir oleh muslim untuk muslim di mana penentuan nilai-nilai, norma-norma tingkah laku dan pembentukan undang-undang dipengaruhi oleh moraliti islam. Pada masa yang sama agama-agama minoriti dilindungi dan mereka dibenarkan ikut serta secara aktif dalam proses sosial dan politik masyarakat sepertimana dibenarkan di Madinah dulu. Saya percaya prinsip demokrasi tidak mungkin dapat diharmonikan dengan nilai-nilai islam yang asasi. Politik dan agama tidak sesuai bergabung. Ahli agama dan ulama berfungsi untuk memelihara moraliti negara. Politik mencemar maruah agama. Lihat saja pemimpin politik PAS Nik Aziz. Kenyataannya dan sokongannya sentiasa berubah. Contohnya, BR1M. Tahun lalu dia menyokong namun tahun ni lain jadinya. Yang tidak baik didengar penerima BR1M disamakan dengan haiwan. Katanya, duit tu duit rakyat dan sepatutnya dia juga layak menerimanya. Kenapa Nik Aziz tak buat permohonan? Kalau dia buat permohonan tentulah dapat. (apa sudah jadi?) Emmmm.... Kalau parti BN parti islam semata-mata (seperti PAS) saya yakin pertumpahan darah pasti berlaku. Apa-apa pun seperti kata Abdolkarim Soroush ,paling utama demokrasi islam mestilah prihatin bukan untuk mensejajarkan kedaulatan rakyat dengan tuhan tetapi keprihatinan untuk mensejajarkan 'kepuasan rakyat dengan keredhaan Tuhan'. Sekiranya terjadi konflik antara kedua-duanya, tafsiran islamlah yang mesti tunduk kepada realiti demokrasi bukan sebaliknya. Begitulah keadaannya sejak dulu sejak Tuhan menurunkan Wahyu pertama kepada Nabi Muhammad. Kisah islam terus menerus berada dalam keadaan evolusi kerana ia memberi respons terhadap keadaan sosial, budaya, politik dan keadaan-keadaan sementara. Ia akan sentiasa berevolusi. Cuma cara dan keadaan berbeza. Jangan terus berperang sesama islam sudah.
saya suka ungkapan ini. Sesuai ditujukan kepada siapa saja. Ibubapa kepada anak, adik-beradik, sesama kawan, di tempat kerja bos dengan anak buah dan banyak situasi lain.
"semakin ia cuba dilenyek, semakin kuat jadinya. Jika ditentang dengan kekejaman, ia meraih pengikut. Jika dibunuh pemimpin-pemimpinnya mereka menjadi syuhada. Jika ditekan dengan kuku besi, ia menjadi satu-satunya suara pembangkang. Jika cuba dikawal, ia berpaling menentang anda. Jika anda cuba menyenangkan hatinya, ia akan mengambil alih kuasa". Baik biar bertempat kata orang. Tapi tidak kata ahli sufi.

Update date : 24 mac feb &  9.11pm

mkbs : al-hamdulillah. Banyak yang nak ditaip, berlegar-legar di kotak fikiran namun i give up to do it. Terima kasih kepada buku ini.
Wowww....hujan lebat.

DJ PINGO vs BUM

Lagu Kanikuly.....sekarang lagu ni menjadi kegemaran saya. Bukan kegemaran apa...saya gunakan kerancakan lagu ini untuk bersenam...skipping dan senam ala-ala boxing. Setelah hampir lima bulan menderita kenaikkan berat badan (poyo...hehehe...) saya kembali untuk aktif. Every evening...before sleep. Oh oh, i try! I hope i get it.

Tak sabar nak tengok top 12 American Idol 2013. I think this session very interesting dan have a passion. Excited! Setakat ini 10 peserta telah terpilih iaitu 5 girls 5 boys. Girls : Teena Tores, Kree Harrison, Angela, Amber dan Adriana. Boys : Curtis, Elijah Liu, Paul, Charlie dan Devin. Saya teruja untuk melihat persembahan Adriana dan Elijah Liu. Kenapa? Sebab Adriana peserta from Filipina dan Elijah warga usa lelaki kacukan mexico dan cina. Mariah Carey kata 'itu satu kelebihan buat kamu'. Saya like to see his face.... Niki Minaj kata 'saya nak melahirkan zuriat anda'...sot!!... and i hope dua peserta ini akan berjaya ke top 12. Next week 10 peserta perempuan dan 10 peserta lelaki akan berentap kalah mati untuk merebut 10 tempat ke akhir. Peserta Angela...muka dia macam Shila Amzah. Matanya, mulutnya, giginya sama. Pandai cipta lagu juga. Suara pun lebih kurang. Suka meneran. Wowww.....seharusnya Shila Amzah masuk bertanding American Idol. Lagi cepat kaya. Hahahahaaaa...... Program mencari bintang di TV2, peringkat akhir akan diadakan pada 16 mac (kalau tak silaplah). Saya bosan tengok rancangan ni. Tapi semalam....ya Allah, kelakarnya. 4 peserta akhir iaitu wonder petpet, rokustep, warisan....(tak ingat nama penuh) dan ahli silap mata pasangan suami isteri. Keempat-empatnya hebat. Wajib tengok ni. Wonder petpet tu....peserta kegemaran saya. Macam mana patung tu boleh bercakap ah. Jurinya semalam Linda Onn dan Dr Fazley. Pertama kali saya suka penampilan Linda Onn. Dr. Fazley...kelakar. Semua peserta suka dia sebab hansome. Durang tak pilih Azad sebab hitam. Hahahahaaaa.....dan pertama kali juga saya suka tengok Azad mengacara. Semoga terus maju.

Update date : 24 Februari 2013.

Jumaat, 22 Februari 2013

Lenka – Trouble Is A Friend

 Trouble is a friend

Trouble he will find you no matter where you go, oh oh
No matter if you’re fast, no matter if you’re slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the mourn, oh oh
You’re fine for a while but you start to lose control

He’s there in the dark, he’s there in my heart
He waits in the wings, he’s gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don’t forget as you ease on down the road

He’s there in the dark, he’s there in my heart
He waits in the wings, he’s gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh

So don’t be alarmed if he takes you by the arm
I won’t let him win, but I’m a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Oh how I hate the way he makes me feel
And how I try to make him leave, I try
Oh oh, I try!

He’s there in the dark, he’s there in my heart
He waits in the wings, he’s gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh

So don’t be alarmed if he takes you by the arm
I won’t let him win, but I’m a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
Ooo, oh ooo, ooo ahh


mkbs - lagu lama yang tiba-tiba buat saya terpikat kembali. kebetulan ada dalam telefon adik...soooo...layannnnn.....love this... ye ke trouble is a friend?...

2AM Like Crazy (with translate)

LIKE CRAZY - 2AM

[Seulong]
Ajik gaseumi apeun gun
Chamado noonmuli naneun gun
Ipeuron ijeotda malhaedo
Najocha sokyeoboryeogo haedo
Neol itji mot.haeseo geureon georaseo

[Jokwon]
Michin deusi noonmuli na
Eereoda na jungmal museun il nal geo gata

[Changmin]
Boran deusi jal sala bogo shipeundae
Eoddeokhae na gyesok noonmuli na

[Jinwoon]
Museun japmoseul han gunji
Mweoga neoreul ddeonagae han gunji
Eeyureul al suga eopseoseo
Geureon naega neomuna boonhaeseo
Ijeoboryeo haedo gyeolgook neoraseo

[Jokwon]
Michin deusi noonmuli na
Eereoda na jungmal museun il nal geo gata
[Changmin]
Boran deusi jal sala bogo shipeundae
Eoddeokhae na gyesok noonmuli na

[Jinwoon] Jungmal eeyuneun moreugaetjiman
[Seulong] Naega mweorado neol seopseophagae haetgaetji
[Jokwon] Da neega majeunikka naega teullin geonikka
[Changmin] Doraman wajweo ee noonmuleul meomchweojweo

[Jokwon]
Michin deusi noonmuli na
Eereoda na jungmal museun il nal geo gata

[Changmin]
Boran deusi jal sala boryeo haetneundae
Noonmulman na gyesok michin deusi

translate

[Seulong]
Hatiku masih sakit
Aku menangis meskipun aku mencoba untuk menahan diri
Bahkan jika aku mengatakan aku lupa
Bahkan jika saya mencoba untuk membodohi diri sendiri
Ini karena saya tidak bisa melupakan kamu
Ini karena itu

[Jokwon]
Aku menangis seperti orang gila
Sesuatu yang sangat mungkin terjadi pada saya jika ini berlangsung

[Changmin]
Aku ingin hidup dengan baik untuk menunjukkan kepada Anda
Apa yang harus saya lakukan? Aku terus menangis

[Jinwoon]
Apa yang saya lakukan salah?
Apa yang membuat Anda meninggalkan?
Karena saya tidak mengerti alasan mengapa
Karena aku sangat marah pada diri sendiri untuk menjadi seperti ini
Aku mencoba untuk melupakanmu
Namun pada akhirnya, karena itu Anda

[Jokwon]
Aku menangis seperti orang gila
Sesuatu yang sangat mungkin terjadi pada saya jika ini berlangsung

[Changmin]
Aku ingin hidup dengan baik untuk menunjukkan kepada Anda
Apa yang harus saya lakukan? Aku terus menangis

[Jinwoo] Saya sungguh tidak tahu alasannya
[Seulong] Aku pasti telah melakukan sesuatu yang mengecewakan Anda
[Jokwon] Kau benar tentang itu semua, aku salah
[Changmin] Jadi kembali, menghentikan air mata

[Jokwon]
Aku menangis seperti orang gila
Sesuatu yang sangat mungkin terjadi pada saya jika ini berlangsung

[Changmin] Saya mencoba untuk hidup dengan baik untuk menunjukkan kepada Anda
Tapi aku hanya menangis seperti gila


MKBS - saya tergila-gila dengan lagu ni...huhuhuuu....2AM i like you....

Abu Sayyaf di Sabah

Sekarang ni tengah hangat diperkatakan...menjadi perhatian di facebook dan laman-laman muka buku elektronik yang lain....berlaku pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Sekatan jalan di bandar itu juga diperketatkan. Filipina nak tuntut kawasan tu. Hahahaaa..... perkara ni dah lama kan... tak selesai-selesai lagi. Takkan mereka nak mengalah dengan mudah kan?... Di saat kerajaan menunggu masa pembubaran parlimen PRU13, dengan macam-macam isu perkauman yang ditimbulkan tentunya mereka mengambil kesempatan disebalik keretakan ini. Politik!. Mereka sungguh bijak bukan? Saya tahu ramai rakyat Sabah yang risau sekarang ni. Apa tidak.... ada yang kata penceroboh tu telah berada di seluruh pelosok negeri. Risau kalau-kalau durang membunuh sembarangan. Tapi kan...ramai orang Sabah yang mahu negeri Sabah keluar dari Malaysia...jadi mengapa perlu takut?...dengan cara ini hasrat mereka mungkin akan tercapai. Bukan begitu? Ada yang kata 'bagi saja Lahad Datu tu sama durang'. Boleh saja ba kan? Orang Lahad Datu macam mana? Setuju kah?.. Tapi didakwa penceroboh tu adalah Abu Sayyaf (sayap apa pun aku tak tahu....hahahaa...). Kelompok ini amat merbahaya. Pemberontak Islam. Kalau kumpulan militan tu letupkan bom di merata tempat macam mana... kalau orang bukan islam yang mati saya tak kisah. Nak nak lagi orang bukan islam yang dipanggil 'pendakyah'...lagi bagus. Harap-harap penduduk yang terlibat dalam keadaan baik hendaknya. Saya juga sangat risau. Tapi kerisauan saya tiada maknanya. Saya cuma berharap kerajaan sekarang akan terus kekal selama-lamanya. Walaupun banyak kelemahan di sana sini tetapi sekurang-kurangnya agamaku ISLAM tetap terjaga. Bak kata ahli sufi "kalau kamu tidak mampu mengubah raja maka ubahlah dirimu sendiri"... Manusia bukannya sempurna. Undang-undang manusia juga tidak sempurna. Undang-undang agama adalah yang paling sempurna namun pelaksanaannya tetap tidak sempurna. Itu sebab Yang Esa ciptakan setiap manusia dengan kelebihan masing-masing untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Saya terbaca post facebook seorang kawan, '....halau semua pendatang yang telah dapat ic kembali ke negara asal..." Saya fikir itu terlalu kejam. Durang datang sini sudah lama. Durang datang sini untuk mencari rezeki. Kebetulan durang dapat kerakyatan itu tandanya rezeki. Allah permudahkan rezeki mereka. Ramai yang menyalahkan Dr M. Mugkin dia ada motif sendiri. Tapi saya tidak fikir dia harus dipersalahkan sepenuhnya. Dia adalah insan perantaraan yang Allah hantar untuk mempermudah rezeki pendatang asing pada masa itu. Tidak dinafikan ada sesetengah mereka yang menyumbangkan masalah jenayah. Orang tempatan juga ramai yang melakukan jenayah. Seharusnya perkara yang difikirkan adalah pada hari ini dan akan datang. Yang sudah berlalu biarkan. Mengapa perlu diperdebatkan? Yang hairannya, semua orang dipersalahkan termasuk parti politik dari zaman USNO, PBS sehinggalah UMNO/BN. Semua parti politik tu pernah memerintah negeri Sabah. Jadinya adakah PKR/DAP mampu mengubah keadaan tersebut? Cara durang cakap tu macam begitu. Mampukah PKR/DAP membatalkan kerakyatan warga asing dan menghalau mereka kembali ke negara asal? Jika mampu SILA kan. Minta parti politik itu sediakan dan tulis surat perjanjian dan diletakkan di tempat awam untuk memudahkan pemantauan rakyat Sabah. Berani ke? Jangan hanya pandai mengkritik. Apa-apa pun saya fikir pihak kerajaan perlu memperketatkan syarat pemberian hak kerakyatan kepada warga asing. Seperti didakwa jumlah warga asing yang sedang memohon kerakyatan di Putrajaya terlalu ramai. Saya pasti yang memohon itu tentunya yang sudah cukup syarat. Tidak kurang juga yang sekadar mencuba nasib. Kata orang 'cuba saja...kalau ada rezeki dapatlah..kalau tak apa boleh buat. lain kali cuba lagi'...ayat tu biasa kita dengar. Apalagi musim menjelang pru ni...tentu saja ada pegawai yang menutup sebelah mata untuk meluluskan permohonan...bukan saja atas arahan orang atasan tapi sebab semua nak cepat. Kalau lambat nanti kena complain....masuk surat khabar...dengan orang-orang politik sekali diheret bersama. Perkara ni sudah menjadi kebiasaan. Setiap perkara mesti dikaitkan dengan ahli politik. Cakap pasal politik....saya amat berharap PAS akan keluar dari pakatan. Saya yakin parti tu boleh bergerak sendiri. Kalau PAS keluar pakatan dan sekiranya PAS ambil alih negeri Sabah pun saya tidak kisah. Saya akan undi untuk mereka. Yeahhhh......

mkbs - ini cuma pendapat saya. Lebih positif...bumi ini Allah punya. Allah cuma beri pinjam. Rezeki kongsi sama-sama. Kalau ada penceroboh kawasan tangani dengan berhemah. Jangan balas dengan kekerasan. Kalau perundingan tidak berjaya, bunuh dan hapuskan saja penceroboh itu. Sebaikmana pun kita, jangan biarkan parasit memusnahkan pelindungnya. Pelindung wajib memusnahkan parasit yang menyusahkan dan membinasakan agama, bangsa dan negara.  

Cinta Sufi

Kau adalah nafasku
Harapanku
Temanku
Idamanku
Kekayaanku yang melimpah ruah
Tanpa-Mu nyawaku, cintaku
Aku tidak mungkin akan merayau merentasi
Tanah tak berpenghujung ini....
Merata-rata aku mencari cinta-Mu
Kemudian tiba-tiba aku dipenuhi dengannya.
Wahai penghulu kalbuku
Mata keinginan yang bersinar dalam dadaku
Aku takkan pernah bebas daripada-Mu
Selagi aku hidup.
Berpuaslah denganku, cinta
Dan puaslah aku...

Syair Rabiah (ahli sufi)


"Wahai Tuhan, biarkan cintaku tumbuh. Biarkan ia mekar sampai sempurna dan berpanjangan. Biarkanku minum air telaga cinta sehingga dahagaku hilang. Hanya cinta yang aku miliki, diriku adalah cinta dan aku hanya ingin menjadi cinta!".... (Kais Majnun)

"Tidakkah mereka sedar bahawa idea kebahagiaan mereka berbeza dengan yang aku miliki? Tidakkah mereka lihat bahawa hasrat mereka mungkin tertunai dalam kehidupan ini, sedangkan keinginanku sepenuhnya berbeza, keinginan yang tidak mungkin terpenuhi selama aku masih tetap di dunia fana ini?" (Kais Majnun)

"Jika kamu tidak mampu mengubah raja, maka ubahlah diri kamu sendiri" (ahli sufi)

"Terdapat perbezaan besar antara yang hanya mengumpul resepi dengan yang benar-benar memasak dan memakannya" (syeikh Fadhlalla Haeri - ahli sufi)


Cinta sufi menuntut penyerahan diri yang bulat kepada kehendak kekasih, tanpa memperdulikan kesejahteraan diri sendiri. Ini adalah cinta yang sampai ke tahap pelenyapan diri, malah itulah tujuannya. Cinta ialah api yang menghanguskan ego dan menyucikan jiwa dan pencinta ialah dia yang menyala dan membakar.

mkbs - Aku suka menjadi pencinta.

Rabu, 20 Februari 2013

Tidur Tidak Membatalkan Wudhu’

Wudhu disyari‘atkan untuk mengangkat hadats kecil. Orang yang berwudhu akan berada di dalam keadaan suci dan seterusnya dapat menunaikan ibadat-ibadat yang hanya sah apabila dia berkeadaan suci daripada hadats seperti sembahyang, thawaf serta memegang mushaf al-Qur’an.
Keharusan melakukan perbuatan-perbuatan tersebut akan terhenti dengan berlakunya perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu dan di antara perkara yang membatalkan wudhu itu ialah tidur.
Jumhur ulama mazhab fiqh menyimpulkan, tidur itu boleh membawa kepada batalnya wudhu. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
Maksudnya: “Pengikat (pengawal) dubur (daripada keluar sesuatu daripadanya) itu ialah dua belah mata (jaga), makasesiapa yang tidur, hendaklah dia berwudhu.”(Hadits riwayat Abu Daud)
Hadits tersebut bermaksud bahawa sedar atau jaga (tidak tidur) itu akan mengawal keluarnya sesuatu dari dubur, manakala orang yang tidur kadang-kadang keluar sesuatu daripada duburnya tanpa disedarinya.
Walau bagaimanapun, adakah semata-mata tidur membatalkan wudhu? Apakah sukat-sukat tertentu yang menjadi ukuran dalam penentuan tidur yang boleh membatalkan wudhu itu?
Untuk menjawab persoalan tersebut, berikut dijelaskan perkaraperkara yang berkaitan dengan tidur yang membatalkan wudhu dan yang tidak membatalkan wudhu mengikut pendapat para ulama mazhab Syafi‘e.

Tidur Yang Tidak Membatalkan Wudhu

Para ulama mazhab Syafi‘e menjelaskan dengan terperinci mengenai tidur yang tidak membatalkan wudhu itu. Mereka berpendapat bahawa tidur itu bagaimanapun keadaannya boleh membatalkan wudhu kecuali tidur di dalam posisi duduk,sama ada duduk di atas lantai atau tanah seperti duduk di atas tikar sembahyang atau duduk di atas kerusi seperti duduk di dalam kapal terbang dan termasuklah duduk sambil memeluk lutut. Tidur dengan cara demikian tidaklah menyebabkan wudhu batal, tetapi hendaklah memenuhi syarat atau ketetapan berikut:

1) Hendaklah tetap tempatnya (punggung dan tempat keluar hadats) di atas tanah, lantai, kerusi, binatang tunggangan atau selainnya, iaitu dua pipi punggungnya tetap pada tempatnya, tidak berubah dari posisi awal sebelum dia tidur, sekalipun jika seseorang itu bersandar atau duduk berpeluk lutut pada atau di atas sesuatu yang boleh menyebabkan dia jatuh atau gugur apabila sesuatu itu tiada. Ini kerana tidur dalam keadaan ini tidak dikhuatiri akan keluar sesuatu (angin) dari duburnya (kentut). Adapun kebarangkalian keluarnya sesuatu dari qubul bukanlah perkara yang perlu diambil kira kerana ianya jarang berlaku. Namun jika diyakini keluar angin daripada qubul sama ada lelaki atau perempuan, maka wudhu itu tetap batal.

2) Hendaklah tiada ruang di antara punggung dan tempat tetapnya itu ataupun tidak renggang di antara keduanya. Wudhu seseorang tidak akan batal jika terdapat ruang yang ditutup dengan sesuatu seperti kapas.
Wudhu orang yang tidur dengan posisi sedemikian adalah tidak batal. Perkara ini bersandarkan kepada hadits yang diriwayatkan dari Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah tidur kemudian mereka berdiri menunaikan sembahyang dengan tidak (lagi) mengambil wudhu.” (Hadits riwayat Muslim)
Perbuatan tidur yang dimaksudkan di dalam hadits ini ialah tidur dalam keadaan duduk yang tetap dan menurut riwayat lain, para sahabat itu tidur dalam keadaan duduk yang tetap sehingga kepala mereka terangguk-angguk hampir mencecah lantai. Mereka tidak lagi mengambil wudhu dan terus menunaikan sembahyang Isya’.Wudhu seseorang yang tidur dengan duduk yang tetap juga tidak batal jika pipi punggung atau salah satu pipi punggungnya berubah dari tempat asal atau terangkat selepas atau ketika dia bangun atau sedar. Ini kerana asal keadaannya yang suci setelah berwudhu.

Tidur Yang Membatalkan Wudhu

Wudhu seseorang akan batal jika tidurnya itu dalam keadaan yang tidak memenuhi syarat atau ketetapan di atas, iaitu apabila dia tidur dengan posisi punggung yang tidak tetap, tidur dengan posisi berdiri atau tidur dengan posisi berbaring, menelentang mahupun bertiarap walaupun dengan menutup atau menyumbat sesuatu seperti kapas pada ruang antara punggung dan tempat letak punggung tersebut.
Tidur dalam keadaan duduk yang tetap juga boleh menyebabkan wudhu batal, jika seseorang mendapati
punggungnya telah berubah dari tempat asalnya atau terangkat sebelum dia bangun atau sedar ataupun tempat duduknya berlubang-lubang seperti kerusi rotan. Ini kerana telah berlalu (berlaku) detik dia tidur dengan tidak tetap duduknya.

Adakah Wudhu Batal Disebabkan Mengantuk?

Wudhu seseorang tidak menjadi batal disebabkan mengantuk. Sekiranya seseorang menutup mata kerana mengantuk, tetapi masih dapat mendengarkan percakapan orang di sekeliling, maka dia masih boleh saja melakukan ibadat tanpa perlu mengambil wudhu semula kerana dia dikira masih jaga.
Antara tanda-tanda orang yang mengantuk itu ialah, dia masih dapat mendengar percakapan orang di sekelilingnya walaupun tidak memahami percakapan itu. Adapun jika dia tidak sedar, tidak mendengar lagi percakapan di sekelilingnya dan bermimpi, maka dia telah dikira tidur.

Adakah Wudhu Batal Disebabkan Rasa Syak Atau Ragu?

Menurut para ulama, wudhu seorang yang tidur dengan posisi duduk yang tetap tidak batal dalam keadaan seperti berikut:-

1) Jika dia merasa ragu atau syak sama ada pipi punggungnya atau salah satu pipi punggungnya berubah dari tempat asal atau terangkat.

2) Jika dia merasa ragu atau syak sama ada pipi punggungnya atau salah satu pipi punggungnya berubah dari tempat asal atau terangkat sebelum atau sesudah dia bangun atau sedar.

3) Jika dia merasa ragu atau syak sama ada dia tidur dengan posisi duduk yang tetap atau berubah.

4) Jika dia merasa ragu atau syak sama ada dia tidur atau hanya mengantuk.

Dalam hal lain mengenai perkara syak atau ragu ini juga, ulama ada menjelaskan bahawa seseorang yang merasa yakin dia masih dalam keadaan suci atau berwudhu’ apabila dia merasa ragu adakah wudhu’nya terbatal atau tidak, maka perasaan ragunya itu tidak menjejaskan wudhu’nya.
Oleh itu, dia boleh mendirikan sembahyang dengan wudhu’nya itu. Begitu juga sebaliknya, jika seseorang merasa yakin bahawa wudhunya sudah terbatal kemudian dia merasa ragu apakah dia masih mempunyai wudhu’, maka dihukumkan bahawa wudhunya telahpun terbatal. Sekiranya timbul ragu pada diri seseorang, maka hendaklah diteruskan dengan apa yang diyakininya. Ini bersesuaian dengan salah satu qa‘idah fiqhiyyah yang menyebut bahawa:  Ertinya: “Keyakinan tidak dihilangkan oleh keraguan.” Ini bermaksud keyakinan adalah satu perkara yang tetap, manakala ragu adalah satu perasaan yang mendatang. Oleh itu, sesuatu perkara itu dihukumkan mengikut apa yang tetap (yang diyakini) dan bukan yang diragui.

Sunat Berwudhu Walaupun Tidur Dengan Posisi Yang Tidak Membawa Kepada Batal Wudhu

Walau bagaimanapun, seorang yang tidur dengan posisi yang tidak menyebabkan wudhunya batal adalah disunatkan untuk berwudhu lagi atas alasan berwaspada dari keberangkalian keluarnya hadats dan mengelak dari khilaf (perselisihan) para ulama. Dalam pada itu juga, ulama mazhab Syafi‘e telah sepakat mengatakan bahawa memperbaharui wudhu itu adalah satu amalan yang dituntut mengikut keadaan tertentu. Menurut pendapat yang ashah, memperbaharui wudhu itu disunatkan hanya apabila dia telah mengerjakan sembahyang fardhu atau sunat dengan wudhunya yang pertama tadi. Al-Qadhi Abu ath-Thaiyib di dalam kitabnya Syarh al-Furu‘, al-Baghawi, alMutawalli, ar-Ruyani dan lain-lain ulama mazhab memutuskan bahawa jika seseorang itu belum menggunakan wudhunya yang pertama dengan melakukan apa jua ibadah, maka hukum memperbaharui wudhu itu adalah makruh. Ibnu Hajar Rahimahullah pula menegaskan bahawa tuntutan sunat memperbaharui wudhu itu ialah apabila dia telah mengerjakan apa jua sembahyang sekalipun yang hanya satu rakaat. Jika dia tidak bersembahyang, walaupun telah melakukan sujud (sajdah atau syukur) ataupun thawaf tidaklah disunatkan memperbaharui wudhu, bahkan hukumnya adalah makruh. Demikianlah dihuraikan beberapa perkara mengenai tidur dalam keadaan berwudhu. Kesimpulannya, wudhu tidak batal disebabkan tidur dalam posisi duduk dengan tempat yang tetap di atas lantai atau seumpamanya dan wudhu tidak batal jika ia disertai dengan perasaan ragu akan berlakunya perkara-perkara yang membawa kepada batal akibat tidur.

Sumber: http://www.mufti.gov.bn/


mkbs - perkongsian ilmu. 

Isnin, 18 Februari 2013

Peculiar Murder

Perlu ke buat macam tu? Tension betul. Marah aku dibuatnya. Sabar sajalah. Apa-apa sajalah. Sekarang ni saya tengah membaca buku bertajuk "A most peculiar Malaysian murder" tulisan Shamini Flint. Saya suka. Cerita penyiasatan inspektor Singh from Singapore berkerjasama dengan polis Malaysia dalam membongkar pembunuhan seorang ahli bisnes terkaya berbangsa cina warganegara Malaysia yang merupakan suami kepada seorang model warganegara Singapore. Mereka telah bercerai dan dalam proses mahkamah untuk merebut hak penjagaan anak. Jalan mudah mendapatkan hak penjagaan anak ahli bisnes tersebut telah memeluk agama islam. Namun sebelum kes tersebut dibicarakan di mahkamah syariah dia telah mati ditembak di depan kediamannya. Siapakah yang melakukannya? Setakat ini abang sulungnya telah mengaku dan telah dipenjarakan. Namun siasatan tetap diteruskan kerana menurut bekas isteri si mati mustahil. Abangnya tiada motif. Abangnya telah lama meninggalkan rumah menjalani kehidupan sendiri kerana tidak mahu mewarisi bisnes keluarga. Tekaan saya ketika ini ialah sama ada anak sulung si mati atau adik si mati. Adiknya kerana dia sudah sekian lama menginginkan syarikat keluarganya namun mendiang ayahnya memilih si mati. Anak sulungnya kerana teman wanitanya ada hubungan dengan si mati. Malah si mati pernah mengatakan akan berkahwin dengan teman wanitanya. Saya terus membaca dan ada satu suspek lagi iaitu teman lelaki bekas isteri si mati. Hahahahahaaaaaa........tidak sabar sudah mau tahu. Cayok!!!!!!...... Nanti sambung lagi yer....

Langkah Ceria, Putrajaya (februari) 2013

Selepas penat berjalan sejauh 3KM (Shu dengan adikkya memilih untuk berjalan sejauh 5KM. hebat kan?), kami terus pergi ke Presint 8 untuk menyertai kenduri1wilayah. Untuk menyertai cabutan bertuah dan teka biji buah betik kena bayar RM1.00. Huhuuu...ingatkan free... Ada banyak acara untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Kelakar pengacara tu. Nak tunggu makan tengahari....teramatlah letih. Letih baru lepas berjalan kaki di Presint 3. Kalau nak balik rumah dulu confirm tak datang dah...heheheee.... Majlis tersebut disambut secara serentak di tiga wilayah iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Menunggu ucapan Dato' Raja Nong Chik bin Datuk Zainal Abidin yang disiarkan secara langsung dari Kuala Lumpur. Selepas tu ucapan  Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor. Katanya 'saya tidak mengatakan kerajaan sekarang perfect, kesilapan ada di mana-mana tetapi sekarang ini kita punya pemimpin yang berusaha untuk memperbaiki semua kelemahan dengan usaha-usaha dan transformasi...kita sokonglah dia...kita beri dia peluang. Saya merayu kepada anda semua'. Maka itu wahai-wahai pengundi di Putrajaya berilah peluang yerrr.... Ucapannya boleh tahan juga panjangnya. Majlis kemudiannya diikuti penyampaian baucar BR1M 2.0. Seronok mereka dapat baucar. Belanja biar berhemah yer...hehehee... Pada masa yang sama orang ramai berpusu-pusu mengambil makanan. Katanya, makanan tersebut disediakan secara bergotong-royong. Wow...  bagus. Tapi sayangnya nasi habis...stok tak sampai-sampai. Yang tak baiknya, orang belakang tu tak sabar-sabar. Suara kuat pula tu....ehhh.... Kalau tak sabar pergilah tolong durang.... Perkara yang menghairankan juga, tong sampah disediakan bersepah-sepah tapi ada juga yang buang sampah merata tempat. Apa kes? Aiyyooo.....sebelum majlis bermula pengacara majlis ada mengumumkan, selepas majlis tamat perlu bekerjasama membersihkan tapak majlis. Aduiyeiii... kitorang terus balik lepas tamat pengumuman cabutan bertuah. hahahaa.....
Langkah ceria bagi bulan feb Presint 3, Putrajaya. Bulan depan diadakan masa dan tempat yang sama. Jangan lupa datang beramai-ramai bersama kawan-kawan dan keluarga. Dapat t-shirt free berwarna kuning dan banyak lagi. 

mkbs - sesiapa yang berminat boleh juga join PurpleWalk 2013 pada 10 mac depan. Daftar sekarang.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
No 55,Persiaran Perdana Presint 4,62100 Putrajaya,MALAYSIA.
Tel: 03-8323 1000 Faks: 03-8323 2000
Email : purple.walk@jpw.gov.my

Jumaat, 15 Februari 2013

Testing lagi.

Testing...testing...testing.... Emm...dah berapa kali testing dah. Tapi tetap mencuba. Mencuba di tempat lain. Harap-harap berjaya. Apa-apa pun redha dulu. Kalu katawa sebelum berjaya nanti megihad pula. Hahahahaaaa.....

Lagi-lagi testing

Bosan sudah mo testing-testing tapi still mahu mencuba. Tidak salah ba kan? Sorry....

Testing lagi

Testing lagi meti kaka....oka poddi. Hahahahaaa

Khamis, 7 Februari 2013

Ceramah Maulidur Rasul 1434H

Lama tak hadir majlis ilmu. Ambil kesempatan ketika ada kelapangan, kerja tidak sibuk. Ceramah nilai murni Maulidur Rasul 1434H yang diadakan di auditorium aras 4, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya. Penceramahnya ialah Ustaz Haji Harith Fadzilah Bin Haji Abdul Halim. Bagus ceramahnya. Diselitkan dengan contoh-contoh yang kelakar. Walaupun kelakar tetapi ia sebenarnya perkara benar yang menjadi rutin kehidupan kita. Ringkasannya :-


3 Tanda Orang Beriman
  1. Hatinya tidak terpaut pada dunia - urusan dunia tidak melekat pada hatinya.
  2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu keduniaan yang berlebihan
  3. Benci terhadap perbualan dan perkataan yang sia-sia

3 Tanda Orang Alim
  1. Jujur dalam berkata-kata
  2. Menjauhi segala yang haram
  3. Rendahkan diri

3 Tanda Orang Jujur
  1. Merahsiakan ibadahnya - ibadah waktu malam
  2. Merahsiakan sedekahnya
  3. Merahsiakan ujian yang menimpanya

3 Tanda Orang Bertakwa
  1. Takut berlaku dusta dan keji
  2. Menjauhi kejahatan
  3. Memohon yang halal takut jatuh kepada haram

3 Tanda Ahli Ibadah
  1. Mengawasi dirinya
  2. Menghisab dirinya
  3. Memperbanyakkan ibadah 


* Jangan melayan rasa marah
* Jangan mencela makanan - jika makanan tak sedap atau tak suka makanan yang terhidang diam dan
   jangan makan. Jangan mencela dan menghina makanan tersebut.
* Berwuduk dan berzikir sebelum tidur

mkbs - banyak pengajaran dan peringatan yang diperolehi. Syukur al-Hamdulillah. Perlu dipraktikkan dalam tempoh 21 hari Inysa-Allah akan menjadi tabiat - kata Prof Dr Muhaya.

Selasa, 5 Februari 2013

Coretan Balik Kampung

Balik semula ke Putrajaya pada 02.02.2013 pukul 6.45 petang. Hari ni dah 05.02.2013 tapi hati masih di kampung (Sabah)... masih terbayang-bayang mee goreng adikku yang sedap tu...hahahaaa....kalau dekat kampung selera menjulang tinggi. Tapi dekat sini makanan banyak berselerak pun tak tahu nak makan apa...huhuhuuuu....bosan... tiap-tiap malam kelaparan. tapi sebab nak diet nak turunkan berat badan tak nak makan malam....(sebenarnya makan juga...sikit-sikit. hahahaa....)Tiada mood nak buat kerja. Kalaulah cuti masih ada saya mau sambung cuti lagi sehingga cuti Chinese New Year. Berangan saja si Jienah. Tak sedar poket dah kosong...hahahaaa... Tiba-tiba saya teringat. Tanggal 26.01.2013, ada pertandingan terbuka bola sepak yang diadakan di padang Kampung Tanah Merah depan rumahku. Tapi masa tu saya tiada di rumah ba. Saya join mama pi menolong mengatam di sana kotayangan. Menurut adikku, masa pertandingan tu tiba-tiba bola tu terbang singgah di atap rumah. Amboi...geram sangat ke? marah sangat ke? sampai sepak bola mengenakan rumah orang. Tu nasib baik cermin tingkap tak kena...kalau kena siapa nak ganti?... Mamaku cakap rumah jiran sebelah (Karim) pun selalu kena. Durang tu bolehlah. Kena tiga kali sehari pun tak pe. Durang banyak duit. Setakat pecah cermin rumah celah-celah gigi jer... Tapi keluarga kami yang tak kaya ni macam mana? Satu lagi kalau atap rumah kami kemek dan bocor siapa nak ganti? Nak beli bola sepak tu pun liat mengharap orang lain ni kan nak ganti kerosakan rumah orang... Dan yang paling menggeramkan, sampah-sarap depan pagar rumah kami tu... penganjur tak tubuhkan ajk kebersihan ke? aiyyooo... Lagi cerita sambutan tahun baru 2013. Ceritanya, tepat 12 tengah malam jiran sebelah rumah main bunga api...bukan durang saja tapi di gerai pun...katanya bunga api cantik oooo....yang melucukan jiran sebelah rumah yang meroyan tempoh hari keluar serta-merta melihat kejadian. Alarm kereta berbunyi bertalu-talu. So, korang tak marah ke? Tak sakit hati ke? Korang tak merungut ke? Jantung tak terkeluar ke?... Syukurlah jantung tak terkeluar. Masih panjang umur. Al-Hamdulillah. Ceritanya lagi, suatu hari di petang hari...lelaki dewasa namanya Sungar menendang-nendang satu bungkusan di padang bola. Boleh dia tanya husband adikku apa bendanya itu...siapa punya... Sekali tengok pampers budak. Cara lelaki tu bercakap macam menuduh itu pampers anak adikku. Tapi husbandnya relaks menjawab. Siapa yang pakai pampers murah tu? (hehehe...) Begitu ke caranya? Di kampung tu keluarga aku saja ke yang ada anak kecil?....lelaki tu tak semak pula ahli keluarga dia...buat malu saja. Perangainya sama saja dengan orang 'itu'. Perlu ke ditendang-tendang benda tu? Sekali tengok anak saudara ko punya....tak malu ke? Eeehhhh...seram tingu tu gaya kata mamaku...hahahaaa.... Yang menakutkan lagi ada pencuri ba di kampung. Ko tau kah botol / tin kosong yang mamaku kumpul dan disimpan di bawah tangga suda hilang? Wowww....itu pun mo curi ka?...kalau mo sangat kasih tau ba. Mama sy tidak tamaha mo bagi itu. Tapi mama cakap biar laitu...cuma takut kalau barang-barang buat rumah hilang. Bukan murah itu. keluarga macam kami mo dapat semua itu sakit tau...macam-macam yang dikorbankan. Bukan macam jiran sebelah kiri kanan yang petik jari saja terus dapat. Tapi hairannya ada juga yang dengki dengan keluarga miskin ni...kesian..... Pengajaran bagi bapaku. Buat perangai macam budak-budak. Dia ingat jiran sebelah diaitu akan kesian sama dia. Sekali kena minta sogit. Kotoh!!!...kalau lepas ni inda insaf-insaf lagi tak tau nak kata apa... nasib baik sogit seekor ayam saja. Bayangkan kalau tiba-tiba durang minta satu ikur kambing... dua ikur ayam pun susah mo bagi..mangkali jadi gila..heheheeee... Husband adik saya cerita, satu hari dia pi membeli roti di kedai atuk Massan, bulih urang tua tu cakap 'durang tidak masak nasi ka?'...bengang sy katanya. Suka hati oranglah nak makan apa...nak makan roti nak makan kuih nak makan mee...ya Allah. Kalau dia jawab beras sudah habis, agak-agak urang tua tu akan bagi beras percuma tak?.... aku jawab biasa laitu...maybe urang tua tu tiada modal mo bercakap..itu positif thingking lah...kalau negatif thingking...macam mana?...macam-macam cerita. Walaupun ada cerita menyakitkan tapi seronok dikongsi bersama.


Share Twitter - peringatan




"Perempuan tak perlu bangga berpakaian 'mahal' kalau pakaian itu membuatkan kamu nampak 'murah'". - Ustaz Idrus

"Tubuh wanita yang seksi atau tak tutup aurat hinggakan dilihat oleh lelaki, syaitan akan tiup nafsu syahwat untuk buat maksiat" - Ustaz idrus

"Jaga solat, solat di awal waktu kerana orang yang berjaya adalah orang yang khusyuk solatnya" - Ustaz Idrus

Jodoh bukan bererti kekal lama. Jodoh itu bererti pasangan kita. - Ustaz Idrus

Di antara tanda Istidraj; berlimpah nikmat tanpa keinsyafan unttuk bersyukur; berbanyak maksiat tapi hati tak gelisah karenanya.

"Org yg merungut tanda dia tak bersyukur... Org yg tak merungut tanda dia seorang yg bersyukur. Kurangkan merungut,bykkan menyebut Alhmdulilah" – IMAM MUDA HASSAN

Ramai yg tak setuju statement "rindu itu pasti berbalas".. Kalian semua rindukan siapa sebenarnya? – ustaz Asyraf
(tapi saya percaya rindu pasti berbalas....)

Hari ini cuba niat untuk mulakan satu tabiat yang baik dan lakukannya selama 21 hari atau lebih in shaa Allah jadi tabiat – PROF DR. MUHAYA

"Putih.. Putih Melati.. Merah.. Merah Delima.. Siapa yang baik hati pasti ku terima..." – FAHRIN AHMAD

jelas bentuk xbole“@umyunique: perempuan pakai T-shirt m'gunakan sarung lengan atau inner itu haram? Kerana menampakkan bentuk tubuh”

sy pgg ftwa kata hrm..byk sbb antranya mudarat“@fauzanpower: @imammudaasyraf Saya nak tanya haram ke merokok dan sebabnya sekali.


mkbs - nak cuba seperti twit Prof Dr. Muhaya. Agak-agak kalau tak nak makan pedas selama 21 hari...boleh berhenti makan pedas tak?


Isnin, 4 Februari 2013

Kau Mengecewakanku

Tahukah engkau telah melukai hatiku? Tahukah engkau telah menyakiti perasaanku? Tahukah engkau betapa dalamnya luka hatiku? Tahukah engkau bahawa kau telah mengecewakanku?Tahukah engkau betapa aku menyayangimu? Tahukah engkau aku amat menghargaimu? Tahukah engkau betapa tingginya nilaimu terhadapku? Tahukah engkau betapa aku menyukaimu? Walaupun kau bakal pergi meninggalkanku aku mahu mengatakan bahawa aku amat menyayangimu, aku amat menghargaimu, aku amat menyukaimu...menjagamu dengan penuh kasih sayang...sesungguhnya memilikimu bukan suatu keputusan yang mudah bagiku...menyingkirkanmu amat melukakan hatiku. Biarpun engkau tengah nazak aku masih setia menggunakan khidmatmu sehingga ke titik noktah terakhir. Dan aku mahu engkau tahu sehingga kini aku masih berusaha untuk memulihkan keadaanmu seperti sediakala.Dan kesempatan ini juga aku mahu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas perkhidmatanmu dalam tempoh ini. Jasamu akan tetap kukenang sampai bila-bila. Aku memohon maaf andai aku terpaksa membuangmu suatu ketika nanti. Terima kasih wahai TELEFONKU... .hahahaa....siut saja kan?...sedih...sekarang ni aku guna telefon adik aku..itu nasib baik diberi pinjam...bukan senang aku nak beli benda yang ????....tiga kali pi kedai telefon tak jalan juga. kejap saja ok. lepas tu ko balik. Nanti ada masa nak try repair di mines pula...

mkbs - emmm....rupanya message ni tak berjaya publish...tak perasaan pun. So, now i click publish. hahahaa...nak terpublish suda....(rupanya banyak lagi yang tak berjaya publish...mungkin disebabkan kerosakan my phone...)..tak sempat nak click publish...huhuhu...