Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 9 Mac 2014

MH370 hilang


Sekarang ni Malaysia menjadi tumpuan dunia apabila pesawat MAS MH370 (klu nda silap la..) hilang. Katanya terputus hubungan dan sehingga kini belum ditemui. Agak menyeramkan. Ya...bagi saya sebab saya balik kg naik kapal terbang. Patut pun awal pagi semalam adik saya tanya. Durang di kg lagi up to date dari sy. Hehe.. Mendengar berita tu terus tiba2 sy teringat tu movie barat. Kapal mengalami kerosakan alat perhubungan .... kapal mengalami sedikit gangguan tidak dapat berfungsi secara auto terpaksa menggunakan cara manual bergantung harap kepada kepakaran juruterbang berpengalaman.....kemudian mendarat dengan cemas kerana kehabisan minyak. Terhempas ??????..... ada yg selamat dan sebaliknya. Heheheee.... Katanya, juruterbang sudah berusia 53 tahun. Pasti pengalamannya mampu membantu menyelamatkan semua anak kapal. (Melainkan ada sabotaj..). Insya-Allah. Kita doakan yg terbaik untuk semua. Bulan mac penuh dengan cabaran. Tahun lalu bulan mac tragedi Lahad Datu. Tahun ni kapal hilang. Bukan itu saja - negara mengalami krisis air. Catuan air di sana sini. Setakat ini putrajaya masih di zon selamat. Bulan mac ni juga bulan kelahiran saya. Dugaan sana sini - saya harap saya tetap kukuh menghadapi semuanya. Semoga Malaysia sejahtera. Tadi 8/3-hari keluarga bkp di ILKP. Sy dtg utk tengok sj. Inda minat bei.. tengok sambil main game candy star kdg2 gelak melihat gelagat lucu mereka. Ada yg beria2 tapi kalah juga. Paling best yg kalah muka akan dilumuri tepung. Makanan tengahari disediakn secara gotong-royong. Nasinya lembik dan hangus. Uuuu....lama sy tidak hidu bau nasi hangus. Terus teringat kg dan zaman kanak2. Klu skrg tiada sudaitu nasi nokokogut abis masak nasi guna periuk elektrik. Tiba2 rindu mkn kogut takano. Dulu2 sy paling sukaitu. Sedap baa...:-) . Drama tv3 : Perjalanan "sebelum tidur maafkan semua orang". Teringat kata2 seorg yg gagal dlm bahtera masjidnya, "mereka mungkin akan memaafkan tapi belum tentu melupakan". SAYA SELALU MAAFKAN KAMU SEMUA. MAAFKN SAYA


Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou