Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Sabtu, 1 Mac 2014

Pengalaman Baru MJ


Aikkk...rupanya hari ni sudah masuk bulan tiga. Aiyoyoyo...cepatnya masa berlalu. Semalam 28.2.14 pengalaman pertama saya ke KL seorang diri. Bertugas di kaunter terimaan Maju Junction. Risau sebab saya tak pernah ke mana-mana seorang diri kecuali jogging dan balik kg. Hehehe.... Yang paling kelakar saya tak pernah naik LRT seorang diri. Hati berdebar-debar kerana takut sesat dan lewat sampai nanti punch card merah. Kalau setakat sesat tidak apa juga...sesat pun takkan sampai Australia. Hahaha.. Gerak dari rumah lebih kurang enam suku pagi. Jalan kaki sampai ERL - naik ERL pukul enam 35 - turun di hentian Bandar Tasik Selatan. Tukar naik LRT. Masa nak beli tiket by mesin - baca lama sangat. Belum sempat klik Bandaraya dah patah balik - ulang lagi. Nak tergelak aku. Lembab. Nasib baik ada adik tu tegur. Agaknya dia lemas tengok saya asyik2 ulang. Itulah hebatnya mereka yang hari2 guna perkhidmatan ni. Cepat. Geli hati saya tengok tokennya. Ingatkan kad yang keluar. Begitulah keadaanya orang yang terlalu jarang pergi KL. Seingat saya, paling last saya pergi KL tahun 2009. Pergi dengan kawan. Benci mo pi sana bha...ramai kepie tulun koinggolou tulu. Rimas. Lagipun tiada sebab nak pi KL. Naik LRT turun di hentian Bandaraya. Lalu depan Sogo. Nak cari Maju Junction pun lambat juga. Telefon CC kemudian tanya polis bantuan. Sampai pukul 7.38am. Hampir2 lupa punch card. Nasib baik kakak yang jaga kaunter pencen tu ingatkan. Terima kasih yer. Saya kekalutan sedikit apabila PC kaunter tu tak boleh on. Dah on semua tapi moniter tak cerah2. Nasib baik kawan dah bagitau awal2. Tapi hati tetap kalut sebab lebih 10 minit nak tunggu on. Asyik2 on off on off. Lebih kurang sama dengan keadaan saya dengan mesin token LRT. Hahahaaa..... Sedihnya sarapan dengan roti gardenia dan air mineral. Tapi syukur dapat jugalah makan kan? Pengalaman buat kerja baru - biasa saja. Senang saja sebab pelanggan semua baik2. Jadi tak payah risau. Beres. Hahahaaa... sambung kemudian. Lapar.


Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou