Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
Halaman
"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"
Sabtu, 1 Mac 2014
Sambungan kaka bei...
Sambungan.... Rehat yang panjang dimanfaatkan pergi berjalan2 di sekitar Sogo dan Sogo. Nanti selepas ni saya tahu dan berani berjalan seorang mencari dan membeli keinginanku. Hehehe... Tapi rasa rugi tidak dapat membeli-belah. Bukan tidak dapat but tidak mampu. Duit dah digunakan membeli tiket flight. Makanya aku pokai right now. Masa balik tu ada sedikit kekalutan. Kaunter pencen balik tepat 5pm. Kitorang lewat 3 minit jer dorang dah bising. Sabar jerlah. Dalam lift pun dia asyik membebel. Katanya dia naik bas, kalau tertinggal bas yang ni lewatlah sampai rumah. Akak nak pi hospital lagi. Kesian juga sama dia... tapi kenapa tak bagitau awal2. Patut pun kebanyakkan orang berjalan sambil berlari. Semua mengejar timing bas dan seumpamanya. Huhuhuuuu.... Sabar sajalah. Masa balik saya masih menghadapi masalah yang sama di mesin token LRT. Beranikan diri minta tolong orang. Saya fikir saya mesti beli kad touch n go. Tak perlu susah payah mengadap mesin bagai. Pening laaa. Kawan kata bila nk balik naik train yg ke sri petaling. Kebetulan train sampai sy tanya org sebelah katanya iya. Tapi bila sy tanya seorg nyonya katanya bukan. Dia pun suruh sy turun di hentian Razak. Sementara menunggu org ramai masuk dia sempat ajar sy. Terima kasih nyonya. Fuh! Dari Bandaraya hingga Tasik selatan train tu penuh sesak. Tahan nafas. Kemudian beli tiket ERL. Yang ini paling senang. Buy by mesin pun kacang ja. Ingatkan bila naik ERL dapat duduk rehat. OMG!.. ERL lagi sesak. Kalau org sebelah tu gerak tangannya confirm kana nenen sy. Hahaha.... Sampai di hentian Putrajaya- wow train jadi lengang. Ramainya org turun sini. Orang Putrajaya kerja d KLllllllll.... sanggupnya. Hebat mereka. Sy yg baru sehari dah penat. Apa taknya - keluar dari ofis pukul 5.05pm sampai di rumah lebih kurang 6.35pm. Dalam tempoh itu sy berdiri dan berjalan. Letihnya kaki. Penat. Sekali sebulan bolehlah kot. But bagi yg banyak komitmen boleh sakit jiwa loo... SABAR & YAKIN.
Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou