Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 24 Mac 2014

selawat perdana

Malam tadi saya dan maisarah turut serta memeriahkan program selawat Perdana Malam Cinta Rasul bertempat di depan dataran Masjid Putra, Putrajaya. Walaupun dibanjiri hampir setengah juta manusia Tetap rasa nyaman. Tiada perasaan stress tiada rasa panas tiada kedengaran suara tangisan budak walhal ramai budak kecil turut serta. Diberi sejadah, buku qasidah,buku yassin dan air mineral percuma. Ada juga jualan tapi kami tengok dari jauh jer... Perdana menteri dan isteri turut hadir. Dato Mukhriz pun ada. Ramai juga artis tanah air yang datang. Antara yang saya perasan Ezu aslam (fourtheen), adam af, sabhi sadhi, fizz fairus .... Tidak dapat dinafikan alunan qasidah Habib Syech Abdul Qadir Assegaff memang menakjubkan. Ya Hana Na - saya sudah mendengar qasidah ni sejak dulu namun auranya tidak sehebat masa sekarang. Saya harap program seperti ini akan diteruskan. Sejuk mata memandang PM dan isteri. And PM look handsome look great with wear jubah putih. Semoga Malaysia terus aman merdeka dilindungi Allah SWT selamanya. Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou