Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 8 Februari 2010

Racun Cinta


Drama 'Racun Cinta' di tv2 cukup meruntun kalbu. Mengalir air mata ini. Bagaimana agaknya kehidupan penghidap HIV? Menonton drama sahaja sudah mengganggu emosi bagaimana kalau diri berada di tempat mereka... Benar kata pujangga, setiap yang berlaku ada hikmahnya, setiap racun ada penawarnya, setiap perubahan ada risikonya, setiap perlakuan ada balasannya. Namun paling saya takut 'setiap perubahan ada risikonya'. Jika berubah dari seorang jahil kepada seorang qamil setinggi mana dugaannya kita pasti cuba dan dapat menerima segala halangan. Tapi bagaimana kalau dari baik kepada yang lebih baik dan keputusan sebaliknya.... Insan selalu tewas di sini. Walaupun kita kata Tuhan menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya tetapi kenapa ramai yang tersungkur dengan ujianNya. Mungkin kerana manusia selalu berfikir setiap perubahan pasti ke arah yang lebih baik tanpa bersedia jika sebaliknya. Biarpun orang kata 'setiap racun ada penawarnya' namun masa adalah penentu segalanya. Racun patukkan ular tak akan dapat diselamatkan jika lewat mendapatkan rawatan. Penawar juga boleh menjadi racun jika dibiarkan terlalu lama. Walau apa pun yang terjadi pokok pangkalnya pada diri sendiri. Jangan terlalu menguji kemampuan diri kerana jika tersungkur payah untuk bangkit semula.

Kita sedaya upaya untuk pertahankan untuk hari esok biarpun esok belum tentu ada untuk kita. Pendek kata, kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada esok hari dan hari-hari seterusnya. Kerana esok belum tentu baik untuk kita. Kerana belum tentu esok kita boleh ketawa seperti hari ini. Wallahu alam.


Badminton Grandprix Kebangsaan 2009

Saya suka persembahan pemain muda bergu lelaki. Terpancar semangat juang di wajah mereka. Jika terus diberi peluang dan sokongan saya yakin mereka boleh sehebat bergu utama negara. Syabas untuk semua pemenang.


Mkbs ; kalu sa ada sakti as like merlin ....sa akan tutup mulut pegawai yang tau becakap, tau mengarah tapi action nda ada...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou