Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 7 Februari 2010

Tepukan untuk diri sendiri...


Towel - Hadiah naib johan pertandingan Batu Seremban JPA 2009. Sudah 4 tahun menyertai tapi belum pernah sekalipun menduduki takhta johan. Hmmm...besar sungguh towel tu...nak pakai mandi tak sesuai. Saiz macam saya hanya sesuai untuk dijadikan selimut. Hahaha....


BOYS OVER FLOWERS

Drama ini sungguh menyeronokkan dan mengecewakan peminat drama Korea seperti saya. Walaupun 'happy ending' tapi banyak persoalan yang tidak berjawab. Jan Di tak tahu orang yang selalu dijenguknya adalah ayah Jun Pyo. Bagaimanakah ayah Jun Pyo boleh sembuh? Punca kematian ibubapa Ji Ho juga tidak diketahui. Dan yang paling saya tak puas hati adalah 'nenek kebayan'. Dengan kekejaman dan keangkuhannya sepatutnya dia hidup menderita. Apapun itu sekadar drama. Dalam kehidupan realiti ada sesetengah insan yang bernasib baik seperti itu.


Dialog yang menyentuh jiwa.....

'saya berjanji mak awak bukan penyebab untuk saya tinggalkan awak'... Jan Di

'betapa sukanya saya pada awak, betapa dalamnya cinta saya pada awak, yang saya mampu bertahan setakat ini saja'.... Jan Di


'jangan sakiti dia. Jika mungkir janji lagi saya akan musnahkan semuanya'... Jun Pyo

'angin yang singgah di satu tempat apabila berlalu ia tak akan kembali'... Autumn


'kita perlu berani mencuba agar tidak menyesal'.... Autumn


'saya yakin awak tak akan senasib dengan ikan duyung'... Ji Ho


'jika diberi pilihan antara persahabatan dan percintaan, apa pilihan awak?... Jae Kyung

'selain dia...selepas dia adakah awak akan jatuh cinta lagi?... Yi Jung

'jika awak terus mengelak kesilapan pasti akan berulang'... Jan Di


Kalaulah saya sekuat setabah Jan Di.....???

Setiap manusia ada kesusahannya sendiri. Sama ada yang kaya mahupun yang kekurangan. Namun kelebihan ada pada yang kaya kerana biarpun diselubungi masalah mereka masih boleh berlagak dengan kemewahan yang dimiliki. Berbanding yang kekurangan terpaksa menagih simpati.
Teringat lirik sebuah lagu cina 'cinta saja tidak boleh menyara hidup'... What do you think? Ya bagi insan yang inginkan lebih dari sedia ada. Tidak bagi insan yang hanya inginkan kesederhanaan yang dilimpahi rahmat kasih sayang.

Pada saya kedua-duanya tidak dapat menjamin untuk satu kebahagiaan hingga akhir hayat. Dunia sudah berubah. Building caraecter sudah tiada kejujuran. Terlalu banyak ruang untuk penipuan, pembohongan dan seumpamanya. Kita perlu sentiasa bersedia untuk dilukai dan dianiaya.


SO ; terkejut bila adik sms mama jatuh tangga. Nasib baik saya telefon katanya tiada apa-apa cuma luka sikit.
Lega hati....

** Minta maaf kepada barisan komuniti group laman web unit LDP II sebab saya tak hadir game bowling di Alamanda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou