Walaupun saya dilahirkan dari keluarga yang serba kekurangan, saya tidak pernah merasa duit itu menggerunkan. Saya cuma pernah merasa duit memusnahkan impian saya. Setelah sepuluh tahun, akhirnya saya dapat merasakan dan saya akui ' duit itu memang menggerunkan'. Apa yang saya perlu apa yang saya hendak apa yang saya ingin semua hangus tanpa duit. Duit juga membuatkan hidup saya begitu stress. Saya faham jika ada insan yang putus harapan kerana duit. Saya cuba untuk memahami, mendalami apa pun jua situasinya duit bukan segala-galanya. Walaupun duit adalah segala-gala untuk hidup. Biarpun duit pernah membuatkan saya terluka, biarpun duit pernah memusnahkan impian saya, biarpun duit sering membuatkan hidup saya tidak tenang tetapi saya amat bersyukur, duit belum pernah membuatkan saya hilang tempat berteduh dan hilang orang tersayang. Thanks GOD! Yang penting jangan biarkan kuasa duit menguasai kelemahan diri sendiri.
Semalam baru habis exam KPSL N27. I'm so dissapointed. At the first day my confident level just 60 percent. Second day high sikit but at the third day wow!!!...down men...like 'tiada harapan'. Yang bikin panas cara bercakap seorang kawan tu...lemah semangat i...broke my heart to hear that. Seandainya tak lulus saya memang akan kecewa kerana saya telah study tiga minggu sebelum exam. Walaupun pertama kali saya menduduki peperiksaan tersebut saya menyimpan harapan besar terhadapnya. Apa-apa pun terserah kepada yang Essa. Mungkin juga usaha saya belum mencukupi. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, setiap keperitan pasti ada kesenaangan, setiap kemenangan pasti ada pengorbanan, setiap kebahagiaan pasti ada kelukaan dan setiap yang diperolehi pasti ada yang kena dilepaskan. Sama ada bahagia mahupun terluka, sama ada menang mahupun terkorban, sama ada perit mahupun senang, sama ada dapat mahupun terlepas yang penting di sudut masih ada terselit secalit kegembiraan yang mampu membuatkan hidup terus ceria.
Dato' ustazah Siti Norbahyah. She is a great women. I want to be like her. Rancangan terbitannya semanis kurma bertajuk 'kahwin syariat atau adat'. Minggu lalu tajuknya 'ibubapa derhaka' dan minggu depan 'suami nusyuz'. Tengok jangan tak tengok. Ingat lagi tak dengan Aidil AF3. Boleh dia cakap 'siapa yang belum kahwin tu, kahwin cepat-cepat'. Kenapa ye orang yang baru kahwin mesti cakap begitu? Nanti bila dah ada anak katanya 'tak yah kahwinlah. Kalau kahwin tak yah beranak'. Hish!!... Tapi setakat ni, setelah umur menginjak 29 tahun saya belum rasa stress kalau orang tanya pasal kahwin. Sebab saya belum terfikir nak kahwin. Pernah terdetik disanubari 'berkahwin tu amat menyusahkan'. Rakan sepejabat menceritakan pengalamannya. Katanya rugi tak kahwin. Walaupun tiada penyesalan tetap rasa rugi. Saya memang akui semua itu. Katanya 'kahwinlah dengan orang yang suka kita bukan yang kita suka'. Adakah urang suka sy...hahahaha!!!!..... Saya takkan melakukan perkara yang saya rasa ragu-ragu. Saya ragu kerana takut. Takut dapat pasangan yang panas baran takut dapat pasangan yang suka bergantung kepada pasangan takut dapat pasangan yang suka berpoya-poya takut dapat pasangan yang tidak beriman kepada Allah. Saya membesar dengan keluarga yang serba serbi kurang takkan dah kahwin pun kena melalui semua itu?...
Now, i just thinking all about my career. Dalam masa terdekat ini saya memang tidak berupaya untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Oleh itu saya perlu menduduki peperiksaan untuk naik selangkah dari jawatan sekarang. Sekurang-kurangnya dapat tingkatkan gaji. Itu sudah memadai. Duit kan segala-galanya.... 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'...'perlahan-lahan lama-lama sampai ke puncak jua'. Insya-Allah. Saya bukanlah wanita yang bercita-cita tinggi. Cukup sekadar mampu untuk hidup bahagia.
mkbs - walaupun sedikit kecewa dengan soalan-soalan exam semalam tetapi sesungguhnya saya masih menyimpan sedikit harapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou