Keadaan rumah ketika saya balik kampung 1 hingga 11 mei lalu. Dikhabarkan sudah siap 95%. Syukur al-Hamdulillah ia tercapai jua akhirnya. Kesabaran yang kerapkali tercabar pengorbanan yang seringkali menyakitkan hati dapat dikawal dengan baik. Itulah berkat sokongan semua terutama ibu saya.
Semasa menonton drama Korea 'no limit'....seorang nenek bertanya kepada seorang ibu 'apakah impian anda',...jawabnya 'ingin melihat anak-anaknya membesar dengan baik'... Nenek tu berkata 'kamu tak sepatutnya risau dengan anak-anak. Anak-anak punya rezeki masing-masing. Yang penting kamu dapat melakukan perkara yang ingin kamu lakukan selagi berpeluang'. Jika difikir-fikir ada benarnya kata-kata itu. Membina rumah itu adalah impian saya sebelum umur menginjak 30. Sama ada ia mendapat penghargaan atau sebaliknya saya tidak kisah yang penting ia telah tercapai. Dan hanya itu yang mampu saya lakukan. Tentang kehidupan saya? Saya yakin setiap makhluk yang diciptakanNya ada rezeki masing-masing. Biar takdir dan waktu yang menentukannya. Jawaban saya tunggu dan lihat.
Kesihatan saya di hujung minggu ini amat menakutkan. Tiga hari demam sakit tekak batuk pening tak larat nak bangun tak selera nak makan. Semoga esok akan bertambah baik dan yang paling penting harap demam ini demam biasa semata.
Malam ini ada Hits 1 siaran langsung di tv2, 8.30 malam bertempat di pusat peranginan Sunwil Lagoon.... Saya berharap Stacy dan Adam dapat memberikan persembahan yang mantap dan semoga mereka tak pulang dengan tangan kosong. Insya-Allah.
Mkbs : semoga semua yang dirancang berjalan dengan lancar.
So : terima kasih untuk semua yang telah memberi sokongan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou