"Manusia biasanya lebih cepat bertindak untuk membalas keburukan daripada kebaikan kerana rasa terhutang budi itu satu beban sedangkan membalas dendam itu satu keseronokan"...
Bagi insan yang optimis kenyataan di atas tidak boleh diterima. Manusia sepatutnya sentiasa berfikiran positif. Manusia seharusnya tahu menggunakan akal untuk berfikir. Ya. Dan itu yang termaktub dalam ajaran agama kita. Insan yang akalnya panjang imannya utuh kenyataan itu tidak relevan. Hanya insan yang jiwanya sakit sahaja. Memang betul. Kerana adanya insan seperti itu maka wujud kenyataan tersebut. Itulah realiti kehidupan. Jenayah minda (criminal mind) namanya. Tapi sebetulnya saya akui rasa terhutang budi itu satu beban. Selagi kita belum membalasnya kita akan rasa susah hati. Rasa serba salah, takut buat salah dan risau menyakitkan hatinya. Sampai satu ketika ia akan menjadi bahan ungkitan. Huh! seumur hidup ia menjadi satu bebanan perasaan. Sedangkan membalas dendam itu mampu melepaskan kesakitan. Itulah sebabnya kita sering melihat orang yang apabila hatinya disakiti dia akan mencari peluang untuk membalasnya. Katanya 'puas hati aku'. Sekiranya dia tidak dapat membalasnya sendiri dia akan dilakukan melalui orang lain.
Namun jika dilihat sedalam-dalamnya, tidak semua manusia dapat melakukannya. Walaupun kita berusaha untuk sentiasa berfikiran optimis tetapi sampai satu tahap hati dan perasaan kita tidak dapat dikawal. Betapa susahnya menjaga emosi. We want to never fail but who know?
mkbs - binggung no sy...bisuk suti nu o maan. mogonsok dara nga ingga no tusin..hahaha...mangakan po tontolu...huhuhu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou