Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Khamis, 6 Januari 2011

Perlu ke?

Perlu ke terus begini. Terus menipu. Terus berbohong. Ya untuk menyelamatkan diri sendiri. Ya mesti. Apalagi kalau dah buat salah. Ya perlu belajar untuk lebih pentingkan diri sendiri. Buat tak tau jer.... cuba terus mengelak. Ya asalkan kesalahan itu bukan sesuatu yang mampu memudaratkan diri. Ya....apabila kita terpaksa berbuat salah pastikan kita boleh menang walaupun tipis. Cuma katanya, cuba elakkan semua itu. Berusaha untuk tidak melakukan sebarang kesilapan. Kerana sekali buat salah dua kali buat salah.....empat kali buat salah lima kali buat salah enam kali buat salah tujuh kali buat salah.......sepuluh kali buat salah tidak mustahil akan timbul ketagihan untuk terus melakukan kesilapan. Begitu juga jika hendak berubah menjadi insan yang dicintai. Buat berulangkali..... .berulangkali mustahil tidak berubah. Huhuhuhu....aku berusaha untuk memujuk diri sendiri di atas keterlanjuran, kecuaian dan kemalasan diri sendiri. Ya mungkin tiada motivasi diri. Bersedia menerima apa jua hukuman yang bakal menimpa. Ya pujuklah hati 'tak mengapa. aku ok-ok je. semuanya pasti akan pulih seperti sediakala' .Teringat kata-kata ustazah Siti Norbahyah 'anda buat anda dapat'. Menakutkan. Takut kalau-kalau tak mampu menanggung hukuman yang diberi. Ya Allah, Engkau tolonglah hambaMu yang lemah ini. Kuatkan semangatku dan tabahkan hatiku. Berilah aku ketenangan menghadapi semua ini. Sesungguhnya hanya Engkau yang mengerti perasaan hatiku ketika ini.' Amiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou