Dengan ini disahkan bahawa SITI JIENAH BINTI LIYOR Telah Menyertai Aktiviti Berjalan 10,000 Langkah Merdeka pada 9 September 2012 bertempat di Dataran Putrajaya, Persiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya. Tandatangan :- YB Dato' Sri Liow Tiong Lai. Hahaha...poyo je kan?... Penat sungguh. Aktiviti ni adalah anjuran Kementerin Kesihatan Malaysia. Utamakan Kesihatan Sihat Sepanjang Hayat. Katanya aktiviti ni juga berlangsung serentak di 75 tempat di seluruh negara. Lenguhnya... Peserta dibekalkan (percuma) dengan pedometer untuk mengira langkah. Paling penting baju dapat percuma. Kalau ada bawa beg boleh saya tapau makanan yang berlebihan..huhuhu....bayangkan dah berjalan 1km hanya 24kcal yang burn. Aiyooo.. 9316 langkah hanya 275 kalori yang dibakar. Macam mana nak berjalan 10 ribu langkah sehari. Kerja ofis tak tercapai angka tu...kalau setiap petang berjalan kaki 7km maybe yes....... nak tidur kejap..
Tip Kesihatan
- lakukan aktiviti fizikal
- amalkan berjalan 10,000 langkah sehari
- amalkan 7 langkah mencuci tangan
- lihat, hidu dan rasa sebelum makan
- makan secara sihat
- kurangkan pengambilan gula
- tak nak merokok
- sihat tanpa alkohol
- jom tangani stress
(Minggu sihat kebangsaan Dr. Muda 2012)
Mkbs - kelmarin pi rumah terbuka hari raya rumah miza chia di Seremban. Besar dan cantik rumahnya. Yang paling penting kenyang tahap gaban. Terima kasih amoi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou