Geram betul tengok orang yang kuat merungut. Semua perkara ada saja yang tidak kena... Apa yang dia tidak puas hati? Kalau nak sangat buatlah sendiri.. Tak payah menyusahkan orang. Tak faham!... Orang tua memang gitu kali. Tapi masalahnya before and now sama saja. Sesabar mana pun ada masa kata pedas terlepas juga. Fuh!.... Kalau orang yang jarang bersua boleh hilang sabar apatah lagi yang di depan mata sepanjang hari. Complain pun macam-macam. Lain orang lain caranya...tak usah sibuk membandingkan orang. Macam dia saja yang ada masalah. Macam dia saja yang perlu ditolong. Macam dia saja yang mahu hidup sempurna. Membosankan!.... Tapi yang maha dahsyat depan orang bukan main mulut manis...seolah-olah dia memahami semua perkara dalam dunia ni. Tak boleh dibawa berbincang. Asyik nak menang saja. Semua orang salah dia saja yang betul. Cakap bukan main gah lagi tapi orang lain yang bayar. Aduhai....sabar sajalah. Kata teman, tak semua orang kita ngam dan tak semua orang suka kita. Kita tak perlu suka orang cukup setakat hormat. Biarpun setakat hormat di depan sudah memadai. Sesungguhnya saya rimas dengan orang yang banyak bercakap banyak merungut sepanjang hari. Peninglah......
Mkbs - sudah two weeks tak habis lagi baca story book 'a simple death'.... Bulan nov ada exam. Tanpa asas perakaunan saya memberanikan diri untuk mengambil peperiksaan kpsl w27. N27 sudah lulus. Mustahil untuk lulus tapi nak try. Kata teman sekadar datang tengok soalan. Oklah. The question is when to start study?.... Saya panas lagi banyak betul panggilan dari syarikat insuran. 'sorry im busy now'....itu yang terangkat. Kalau saya ni gaji banyak saya beli 10 and more insuran. Cukuplah satu dua. Penat nak kira bajet. Ajal maut ketentuan Allah. Kita hanya mampu berusaha melewatkannya. Mohon dipanjangkan usia. Mati yang senang tanpa membebankan orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou