Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Sabtu, 22 September 2012

Gangnam style


X-Factor USA session 2 kini kembali. Mengekalkan dua juri lelaki L.A Ried dan Simon Cowell. Juri perempuan juri baru iaitu Britney Spear dan Demi. Dari zaman American Idol, X-Factor UK sehingga X-Factor USA i like Simon. Really really. Handsome guy. Senyumannya memikat hati. LA Reid 'mengapa orang cantik tak punya suara yang bagus'....hahahaha.... Sebab itulah TV3 mewujudkan program hiburan 'vokal bukan sekadar rupa' (betul ke tajuknya?). Kadang-kadang bosan dengan program hiburan yang berlambak. Oppa...Gangnam Style.... Saya suka lagu ni. Terutama rentaknya. Fun!... Lagu ni pun pernah kecoh dikata liriknya menghina nabi. Berbagai cara digunakan untuk menyemarakkan amarah orang islam. Macam-macam. Tunjuk perasaan berkaitan filem IOM anti-islam masih lagi berterusan di luar negara seperti Pakistan. Cara tunjuk perasaan tu yang menakutkan. Agresif dan ganas. Nasib baik Malaysia buat secara aman. Sebelum terlupa tahniah kepada Shila Amzah kerana berjaya menjuarai pertandingan Shanghai Wave 2012. Juri China memang suka penyanyi Malaysia. Super Idol (Taiwan) juaranya ramai yang berasal dari Malaysia.

Minggu depan kena pergi kursus. Malasnya. Tapi kawan kata....'saya yang menurut perintah'....hahahaaaaa.... Dan yang paling best minggu depan juga ada menyertai program walk health di Presint 2 Putrajaya. Can be lost my stress....

Baru-baru ni kecoh seorang perempuan yang juga kakitangan awam telah mati bunuh diri di kuarters presint 9 Putrajaya. Kasihan. Tekanan hidup mungkin. Mengapa harus tunduk dengan tekanan? Mengapa harus membiarkan diri dilanda tekanan? Mungkin terlalu memaksa diri untuk mencapai sesuatu. Mungkin terlalu menjaga perasaan orang lain sehingga perasaan sendiri terabai dan terseksa. Hanya Allah yang tahu. Kadang-kadang kita perasan kita sabar tapi dicuit sikit marah bukan main lagi. Siap post dalam facebook... Kalau nak cerita rakan sebelah berapa ramai yang boleh dengar...kalau post dalam facebook beratus (mungkin beribu) friend (kpd friend) yang boleh baca. Tergelak-gelak baca komen yang menyokongnya... Komen yang ala mengkritik dibalas balik dalam post lain (baru).... Post yang paling kelakar saya pernah terbaca "telefon canggih tapi message tidak balas". Mungkin kalau message masih tidak dijawab akan ada post "buang telefon canggih tu" ....hahahaaa......

Perempuan perasan cantik perasan baik perasan bahagia tu....saya teringin mo tingu keperasanannya itu teruji...... Jangan telampau perasan bahagia kio.... Control sikit tu keperasanan ko. Jangan ketara sangat. Nanti tersandung. Hahaha.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou