Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Selasa, 18 September 2012

Innocence Of Muslims


Keningau semakin maju. Busynya like KL. Cuaca panas siang sejuk malam mencabar ketahanan my antibody. Baru dua minggu di Putrajaya rasa macam sudah berbulan-bulan.


Berita hangat diperkatakan penerbitan filem INNOCENCE OF MUSLIMS yang disiarkan di YouTube. Didalangi oleh seorang warganegara Mesir Nakoula Basseley yang beragama kristian koptik. Kehebatan YouTube memang tidak mampu disekat. Saya teringin juga nak tengok filem tu... Di mana sensitifnya. Teringat filem arahan Allahyarhama Yasmin Ahmad 'Muallaf' yang kecoh suatu masa dulu. Bila saya beli vcdnya....tiada apa pun... Apabila maruah agama dicabar dihina memang patut umat islam marah. Rusuhan memuncak di sana sini. Yang bikin panas Hilary Clinton kata itu kebebasan bersuara. Otak di lutut ka? Lepas tangan yea. Agaknya dia sedang menyembunyikan sesuatu? Semoga siasatan dapat merungkai rahsianya. Tapi bila difikir semula filem tu ditayang di YouTube...macam mana nak halang penyiarannya? Penghasilannya mungkin tiada kebenaran dan kelulusan. Mungkin juga filem tu dimanipulasi untuk menaikkan kemarahan umat islam. Dan mungkin juga ia dijadikan sebagai pengalih perhatian oleh pihak tertentu terhadap umat islam. Pasti ada agenda tersembunyi. Entah-entah Nakoula tu hanya kambing hitam untuk mencetuskan kemarahan umat islam. Tunggu dan lihat. Namun yang sedihnya disebalik rusuhan-rusuhan tersebut ada ramai yang terkorban dan cedera. Siapa mereka yang terkorban? Penganut kristian atau muslim? Berbaloi ke? Rusuhan yang sangat agresif merosakkan harta benda awam mengorbankan nyawa bangsa seagama. Musuh islam akan menjadikan ini sebagai alasan 'pengganas'... Pembunuhan duta USA di Libya mungkin. Entah-entah musuh-musuh islam itu sedang berparti bergelak ketawa melihat amarah umat islam. Mungkin juga dalang disebalik penerbitan filem itu ada penglibatan penganut islam. Sejarah membuktikan. Israel berjaya menakluki separuh daripada negara Palestin atas bantuan penganut islam sendiri. (Kalau tidak tak akan wujud negara israel..) Itu tidak mustahil. Hanya penganut islam yang tahu kelemahan umatnya. Saya suka Obama tetapi dia seolah-olah tidak berkuasa berbanding Hilary sedangkan dia presiden.
Semoga semuanya akan kembali aman damai.


Sambutan hari Malaysia ke-49 di Bintulu, Sarawak pada 16 september, orang Bintulu sopan saja. Tidak seperti sambutan merdeka 31 ogos di Bukit Jalil. Histeria!...


"Sabah menikmati banyak kemajuan sejak menyertai pembentukan Malaysia" - Tim. Menteri di JPM Liew Vui Keong. Statement ni satu hari tertera di berita tv1. Whats mean? Aiyyooo.... Sekarang ni hangat diperkatakan terutamanya dalam facebook 'Sabah keluar dari Malaysia'. Ingatkan di fb saja rupanya budak sekolah menengah juga fikir begitu. Kalau presidennya beragama islam selama-lamanya saya tidak kisah. ON saja.


Mkbs - bila duduk seorang diri teringat perkara2 yang memalukan diri masa lalu. Hish!!...bencinya. Tak suka!...


SITI JIENAH KAU HARUS SENTIASA BERSABAR....cayok!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou