Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Rabu, 31 Oktober 2012

Andai Aku Di SisiMU


PadaMu saja aku mengadu
Resah gelora yang menghempas kalbu
Terasa berat namun apa dayaku luahkan
Walau sarat terasa malu padaMu

Akulah insan sejuta dosa
Tiada mengenal erti kesalahan
Berkali-kali terus masih terulang segala kesilapan
Meski ku tahu pedihnya

Masihku di sini terantai rebah
Di detik nadi bagaikan terhenti
Andai aku di sisi rahmatMu
Berkatkah ku ulang masa lalu

(Hafiz Hamidun)


Sekarang ni (sehingga mac 2013) musim hujan. Bukan setakat hujan lebat malah diiringi dengan angin kencang, dentuman guruh dan petir. Berita malam tadi New York City, USA telah dilanda ribut taufan dan banjir besar sehingga diumumkan kawasan darurat oleh presiden Barack Obama. Bekalan elektrik keretapi bawah tanah diputuskan bagi mengelak kerosakkan berganda. Pesakit terpaksa dipindahkan. Generator tidak berfungsi. (Nasiblah bagi yang guna mesin hayat...). Indah bandar raya di tepi pantai tapi apabila hujan banjir mari... Cantik bandar raya di tanah tinggi tapi apabila musim hujan tanah runtuh pula... Yang hairannya Amerika Syarikat negara yang selalu dilanda bencana alam namun orangnya tak insaf-insaf... Kanapa laitu beliung nda bawa terbang tu white house taru sana tangah-tangah iran. Mangkali kalu teterbang tu turus insaf... Lapangan terbangan Kota Kinabalu juga putus bekalan elektrik menyebabkan operasinya tergendala selama dua hari bermula khamis lalu. Apa sebabnya pun tidak pasti. Yang pasti kerajaan memohon maaf atas kejadian itu. Ceh!... Nasib baik sa nda balik Sabah. Kalau tidak mungkin k.o suda teampas di laut tiada tampat tumpo... Di sini urang balik kg tesangkut jalan sesak berjam-jam. Apa lagi jalan yang selamat dan cepat? Macam mana pun kerajaan kasih besar tu jalan tetap akan jem...sebab semua penduduknya mampu beli kereta. Paling senang buat jalan raya enam tingkat. Paling atas jalan nak ke Kelantan...tingkat kelima jalan ke Terengganu... Ataupun buat laluan bawah tanah kalis air... Emmm...berangan. Kalau ada pun mo naik fikir 6 kali. Hahaha.... Musim hujan begitulah keadaannya. Nak marah tak boleh. Kena nikmati rahmat Allah. Nanti tiba musim panas nikmatnya lain pula. Al-Hamdulillah, kita beruntung berada di garisan khatulistiwa...


Mkbs - kamarin rosak diet sa. Malam makan keropok lekor dan ayam goreng...lepas tu minum teh hijau no sugar 700ml...kemudian ziarah toilet ja. Huhuhu....

Emmm...want to sleep... Teringat rendang daging korban Pn. Saleha. Sedap!!...

Ahad, 28 Oktober 2012

World Walking Day 2012


World Walking Day 2012, 100 tahun Nestle di sisimu - Good Food Good life. 28 Oktober 2012, Ahad bermula pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi bertempat di Istana Kehakiman, Persiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya. Dijalankan serentak di 6 kawasan di seluruh negara. Berjalan sebanyak 6,755 langkah. Terasa penat. Kalau di Tamparuli, Sabah tu macam mana... Pukul 8 pagi panas siut. Penyertaan di Putrajaya adalah yang teramai seramai 6 ribu. Warming up tarian hindustan... Ceria!.. Warna baju @ design baju sama macam tahun lalu. Air mineral sikit. Kami tak sempat dapat dah habis. Tahun lalu sebelum berjalan dibekalkan ai mineral. Cabutan bertuah biasa saja. Tidak menarik. Tapi tetap juga tak bertuah. Eemmm....next week akan berjalan di Taman Wetland pula...baru mo putih tu kulit jadi perang balik. Hahaha... Senaman untuk kesihatan ba. Kalau mo buat sendiri tidak terbuat tu. Malas berjalan ba... Berjalan 6 ribu lebih langkah kalori yang burn baru dalam 3 ratus tapi makan tengahari nasi kandar...hahaha...dan now mengantuk...how? Hantam sajalah labu....


Mkbs - bila lah ada tuah agaknya ni...

Sabtu, 27 Oktober 2012

Guntur Kuatnya Ko


Gambar hujan lebat. Masa ambil gambar ni kilat terang sekali. Nasib baik tak disambarnya.

Sekarang ni hujan lebat di Putrajaya. Dengan angin kencang guruh berdentum kuat kilat sambung-menyambung. Memang menakutkan. Harap-harap akan berhenti cepat. Saya tak suka dengar bunyi guruh tu...pening kepala. Huh!!.... Angkara siapa guruh berdentum? Tiada kerja lain kali....

Oh guruh sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai di sini saja
Aku sudah pening kepala mendengar ko membebel
Oh guruh cukup cukup cukup sudah
Nanti ramai yang sakit dengar ko mengamuk
Bisuk baru sambung lagi...


Mkbs - ada cerita di kampung seorang bergelar haji tidak hadir majlis bacaan yassin kerana menghadiri majlis perkahwinan. Kalau tak dapat datang apa salahnya bagitau kan?... Ataupun umumkan saja 'dibatalkan'. Kata nak jadi wakil rakyat....POYO!!!...berlagak lebih...

Jumaat, 26 Oktober 2012

Hari Raya Qurban 1433H


9 tahun mencari rezeki di bumi semenanjung Malaysia, saya belum pernah sekali pun balik kampung di Keningau, Sabah untuk menyambut hari raya haji. Malah saya tidak pernah terfikir untuk merancangnya. Mungkin selepas ini akan dimasukkan dalam kalendar cuti. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN DAN RAKYAT SELURUH DUNIA AMNYA.

Syarat Wajib Haji

1 - Islam
2 - Berakal
3 - Baligh
4 - Merdeka
5 - Mampu mengerjakan haji iaitu ;
@ Mampu mengerjakan sendiri dengan syarat :
i-mampu membayar tambang dengan segala perbelanjaan bagi mengerjakan haji hingga selesai dan balik ke tempatnya.
ii-mempunyai bekalan yang cukup untuk menyara orang di bawah tanggungannya.
iii-ada kenderaan untuk pergi dan balik.
iv-aman perjalanan seperti tiada ketakutan tentang perompak, musuh di tengah jalan yang mengancam keselamatan diri dan harta dan sebagainya.
v-sihat tubuh badan
vi-perbelanjaam pergi dan balik hendaklah daripada harta yang halal
vii-seseorang wanita hendaklah ditemani oleh suami atau muhrimnya atau pergi bersama beberapa orang wanita lain yang boleh dipercayai.
@ Tidak mampu pergi dengan diri sendiri tetapi mampu mengupah orang lain pergi menggantikannya atau menjadi wakil baginya.

# Jika seseorang pergi haji dengan berhutang untuk perbelanjaannya sedangkan dia tahu dia tidak mampu membayar hutang tersebut maka berhutang dalam hal tersebut adalah haram.

# Dr. Hj. Ismawi Hj. Zen adalah arkitek pertama Malaysia yang dipanggil oleh kerajaan Arab Saudi pada tahun 2008 untuk terlibat dalam seni reka bentuk membesarkan Masjidil Haram bagi menampung jumlah jemaah haji yang terus meningkat. Jumlah jemaah haji pada tahun ini mencecah 3.5 juta dan dijangka 5 tahun akan datang bilangan jemaah haji akan meningkat kepada 8 hingga 10 juta.
Saya mahu menjadi sebahagian daripada 8 juta tersebut. Insya-Allah.


Mkbs - siang tadi beli kek red velvet...rancang nak makan siang 26hb tapi malangnya pukul 8pm 25hb sudah habis. Hujan lebat kilat sambung-menyambung guruh berdentum kuat, aku makan kek pun laju tanpa henti. Apa kes? Habis diet aku. Huhuhu.....

# Takziah buat bos yang kehilangan ibu tersayang pada 24hb lalu. Dia tetap cool boleh buat lawak lagi kata bos yang seorang lagi. Dia memang nampak keras. Tapi hatinya siapa yang tahu. Biasanya, mereka yang berhati keras hanya keras di depan orang lain. Ketika mereka bersendirian mereka adalah insan paling lemah.
Ok...i want to sleep right now. After subuh maybe continue sleep...nothing to do... Yes should be rest...28th i will join walk to health Nestle, Insya-Allah. A huge hope i'm gonna be health forever and ever till i close my eyes.

Khamis, 25 Oktober 2012

BATU KARANG



PENAWAR PENYAKIT BATU KARANG

Selalunya saya hanya dengar tentang penyakit batu karang ni..so nothing feeling about it...tiba-tiba pula ayah sepupu saya kena...rasa takut beb... maka hari menjelang raya haji esok saya mengambil kesempatan di dalam kesempitan untuk mengodek-godek googgle mencari penawar penyakit ni... sebelum kena sebelum membesar bagus bersedia kan?... khabarnya semua orang ada penyakit ni. Cuma bezanya tahap kebahayaannya... Bermacam-macam petua yang saya jumpa. Kalau ada kelapangan bolehlah mencubanya. Nak try lobak putih tu.. sebab kalau buat sup sedap tu... macam manalah rasa dia itu....

Pertama ;-

2 inci lempoyang
3 gelas air
Lempoyang dipotong dan diketuk.Rebus sehingga air tinggal ½ cawan.Seeloknya rebuslah dalam periuk tanah atau kaca,untuk mengelakkan tindakbalas kimia yang keterlaluan,sekiranya kita menggunakan periuk aluminium.Minumlah setiap hari,sehinnga batu karang pecah.Lempoyang juga bagus untuk orang berdarah tinggi dan sakit jantung.

Kedua ;-

Minum air lobak putih. Blender cukup-cukup lobak putih tu dan tapis serta minum airnya, amalkan pagi dan malam. jangan lupa minum air sehari sekurang-kurangnya 3 or 4 liter. Kalau tidak minum air batu karang akan dtg balik. Selamat mencuba.

Ketiga ;-

lobak putih + 3-4 pokok akar lalang + gula batu + kena blend bersama segelas air, lepas tu tapis dan amek air tu saja
= amalkan minum sebulan sekali saja.
Insyallah batu akan keluar.

Keempat;-

5 hari yang pertama, minum 4 gelas air epal hijau setiap hari (nak makan 4 @ 5 biji epal hijau pun boleh gak). Jus epal ni melembutkan batu karang.
Hari ke enam pula , jangan makan malam! Pada pukul 6 petang minum garam Epsom (magnesium sulphate) dengan air suam. Ulang lagi pada pukul 8 malam. Magnesium sulphate buka bukaan pundi kencing. Pada pukul 10 malam, ambil setengah cawan minyak zaitun(atau minyak bijan) yang dicampur dengan setengah cawan air lemon. kacau dan minum. Minyak ini akan bertindak menjadi pelincir.
Esok paginya, jangan terkejut kalau nampak batu hijau kat najis…biasanya terapung!…dan boleh dikira . Jika tak de batu karangpun, petua ini elok untuk membersihkan pundi kencing.

Kelima;-
Nanas penawar penyakit batu karang. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nenas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nenas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi. Selain itu untuk meredakan sakit batu karang ialah minum air limau nipis sebaik-baiknya tanpa gula. Perah sebiji limau nipis tua ke dalam secawan air dan minum sukatan yang sama tiga hingga lima kali sehari. Untuk menyahkan batu karang, boleh dicampurkan dengan minyak zaitun. Caranya, ambil sesudu besar air perahan limau nipis dan sesudu besar minyak zaitun dengan 4 cawan air. Insya Allah batu karang akan keluar bersama air kencing beberapa jam selepas itu. Sekiranya tempat anda ada buah 'katak puru' atau 'nam-nam' boleh juga dijadikan penawarnya. Ada juga orang tua berpesan dengan minum jus lobak puti dapat mengatasi masalah batu karang ini. Namun begitu pencegahannya lebih penting. Jadi elakkan makanan laut terutamanya yang bercengkerang seperti ketam, kerang, lala, udang dan sotong. Semuanya datang dari laut dan batu karang juga tempatnya di laut, jadi jangan biarkan ia membesar dalam perut kita.

Keenam;-

Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira
satu gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum seperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari.

Ketujuh;-

Kisar sebiji buah tembikai bersama sedikit gula batu (untuk sedapkan). Minum setiap hari.
Makan tembikai 1 biji kena habiskan dalam masa 24 jam selama 3
hari berturut2 (sama ada makan atau jadikan jus tanpa campur air)
Insya Allah sembuh masa minum selawat 3x ya.

Kelapan;-
Ambil tujuh tongkol jagung. Buang isinya kemudian rebus dengan 5 gelas air sehingga air tinggal setengah. Amalkan minum air rebusan ni 3 kali sehari.

Kesembilan;-

Ambil sebuk jintan hitam sebanyak satu sudu teh. Campurkan dalam segelas air panas bersama 3 sudu madu asli. Gaul sebati dan minum sehingga habis. Dikatakan minuman ramuan ini akan membuatkan batu karang tu pecah dan keluar dengan sendirinya. Insya-Allah.


Insya-Allah dengan izinNya pasti akan sembuh. Berusaha dan tawakkal...

Ahad, 21 Oktober 2012

Kelantan Menang


Piala Malaysia 2012 milik Kelantan. Kelantan menewaskan ATM, 3-2. Mahu ATM menang tapi apakan daya. Masa tambahan yang agak panjang tidak berjaya dimanfaatkan. Bak kata pepatah bola itu bulat. Tapi asyik-asyik Kelantan saja yang menang.... Ramai pula orang kelantan tinggal di flat antarabangsa presint 9, Putrajaya. Emmm... Bukan main bising lagi. Dengan bunyi wiselnya bunyi gendangnya jeritannya...uuhh....... Nasib baik cuaca ok. Kalau tak berlawanlah mereka dengan guruh. Nak tengok juga.... Apa-apa pun suka atau tidak TAHNIAH KEPADA PASUKAN KELANTAN.

Sebenarnya saya bukan nak komen tentang bola sepak. Tak tahu sangat pun. Saya nak share about something that make me interesting.

16 CARA MENGURANGKAN FOOD BILL

1. Ringkas - masak dengan ringkas. Tak perlu sampah-sarap yang berlebihan.

2. Kurangkan pengambilan daging - seminggu 2 kali. Ini bagus sekali. Banyakkan dan pelbagaikan pengambilan sayuran. Kalau yang tidak suka sayur what more can i say...makan ulam lebihlah.

3. Merebus - memasak tidak perlu minyak bagai. Rebus dengan penuh kasih sayang pasti sedap.

4. Beli jumlah yang banyak - 'lebih, murah'. Tapi package besar tidak selalunya berkualiti. Tengok tarikh luput. Pastikan beli dan makan bukan beli dan buang. Itu kawan syaitan. Kalau ia pun banyak duit....

5. Sediakan senarai - ini paling bagus. Kena kuat hati kena lawan nafsu.

6. Abaikan senarai - aikk...berikan kebebasan diri mencari jualan istimewa berdiskaun berpandukan nilai terbaik dan menepati bajet pada hari itu.

7. Sayur berperisa - ini bagi yang malas bolehlah. Tapi jangan selalu.

8. Kedai berhampiran - ada kedai yang dekat buat apa pi cari kedai yang jauh. Mahal sikit jer.. Lagi murah lagi banyak berbelanja. Barang yang tak dibeli bulan lalu dibeli akhirnya nasuk tong sampah. Tak sempat makan..

9. Berbelanja di hujung waktu - waktu terbaik untuk tawar-menawar. Shopping kompleks ada ke? Kalau pasar malam iyalah...

10. Makanan beku - jangan beku berbulan-bulan pula...

11. Kurangkan saiz pengambilan makanan - serving less and eating less. Kalau dulu makan nasi satu pinggan sekarang satu sudu. Huhuhu...semangat kena kuat ma.

12. Jauhi bungkusan berhias - itu mata jangan terbeliak nampak barang yang dibungkus cantik. Entah-entah itu barang sudah luput. Padan muka!

13. Beli penapis air - bila keluar bawa air sendiri. Tidak payah membeli. Bukan saja jimat malah baik untuk kesihatan diri.

14. Kreatif - masak apa yang ada pada waktu itu. Tidak perlu terhegeh-hegeh...merungut-rungut bagai mau pi membeli gara-gara malas mo keluar rumah...hahaha

15. Menanam - cili, sayur sawi dan sebagainya boleh tanam dalam pasu. Kalau ada ruang tanam di kawasan rumah. Kalau malas beli sajalah. Orang suka menanam bolehlah kan....

16. Hindari 'Lite Food' - no comment.

Macam-macam. Semuanya terpulang pada diri sendiri. Kuncinya mahu atau tidak. Kita cut bajet makan, bajet baju pula terlebih...kita cut shopping, kereta rosak bajet lebih...owwaah... Kesimpulannya, sama saja. Umpama roda. Jangan berhutang keliling pinggan sudah. (Mengingatkan diri sendiri...)

Jiran sebelah dapat transfer back Ipoh, Perak. Cemburunya. Sedihnya. Kenapa nak pindah? Awal sangat. Biarlah saya orang lama yang berambus dulu... Walaupun keadaan belum mendesak tapi bila tengok orang lain transfer rasa tercabar. Tidak mengapalah...mungkin ada hikmah disebaliknya.

Ayah sepupu disahkan sakit buah pinggang batu karang. Sekarang sedang menjalani dialisis di hospital KK. Harap-harap semuanya ok. Masa raya tempoh hari saya sempat berjabat tangan dengannya. Katanya 'cuti berapa lama?'. 'ko bila mo kawin. Sy tunggu-tunggu'. Saya hanya senyum. Nda tau mau jawab apa. Baru mau minta angpau...

Kelantan Menang


Piala Malaysia 2012 milik Kelantan. Kelantan menewaskan ATM, 3-2. Mahu ATM menang tapi apakan daya. Masa tambahan yang agak panjang tidak berjaya dimanfaatkan. Bak kata pepatah bola itu bulat. Tapi asyik-asyik Kelantan saja yang menang.... Ramai pula orang kelantan tinggal di flat antarabangsa presint 9, Putrajaya. Emmm... Bukan main bising lagi. Dengan bunyi wiselnya bunyi gendangnya jeritannya...uuhh....... Nasib baik cuaca ok. Kalau tak berlawanlah mereka dengan guruh. Nak tengok juga.... Apa-apa pun suka atau tidak TAHNIAH KEPADA PASUKAN KELANTAN.

Sebenarnya saya bukan nak komen tentang bola sepak. Tak tahu sangat pun. Saya nak share about something that make me interesting.

16 CARA MENGURANGKAN FOOD BILL

1. Ringkas - masak dengan ringkas. Tak perlu sampah-sarap yang berlebihan.

2. Kurangkan pengambilan daging - seminggu 2 kali. Ini bagus sekali. Banyakkan dan pelbagaikan pengambilan sayuran. Kalau yang tidak suka sayur what more can i say...makan ulam lebihlah.

3. Merebus - memasak tidak perlu minyak bagai. Rebus dengan penuh kasih sayang pasti sedap.

4. Beli jumlah yang banyak - 'lebih, murah'. Tapi package besar tidak selalunya berkualiti. Tengok tarikh luput. Pastikan beli dan makan bukan beli dan buang. Itu kawan syaitan. Kalau ia pun banyak duit....

5. Sediakan senarai - ini paling bagus. Kena kuat hati kena lawan nafsu.

6. Abaikan senarai - aikk...berikan kebebasan diri mencari jualan istimewa berdiskaun berpandukan nilai terbaik dan menepati bajet pada hari itu.

7. Sayur berperisa - ini bagi yang malas bolehlah. Tapi jangan selalu.

8. Kedai berhampiran - ada kedai yang dekat buat apa pi cari kedai yang jauh. Mahal sikit jer.. Lagi murah lagi banyak berbelanja. Barang yang tak dibeli bulan lalu dibeli akhirnya nasuk tong sampah. Tak sempat makan..

9. Berbelanja di hujung waktu - waktu terbaik untuk tawar-menawar. Shopping kompleks ada ke? Kalau pasar malam iyalah...

10. Makanan beku - jangan beku berbulan-bulan pula...

11. Kurangkan saiz pengambilan makanan - serving less and eating less. Kalau dulu makan nasi satu pinggan sekarang satu sudu. Huhuhu...semangat kena kuat ma.

12. Jauhi bungkusan berhias - itu mata jangan terbeliak nampak barang yang dibungkus cantik. Entah-entah itu barang sudah luput. Padan muka!

13. Beli penapis air - bila keluar bawa air sendiri. Tidak payah membeli. Bukan saja jimat malah baik untuk kesihatan diri.

14. Kreatif - masak apa yang ada pada waktu itu. Tidak perlu terhegeh-hegeh...merungut-rungut bagai mau pi membeli gara-gara malas mo keluar rumah...hahaha

15. Menanam - cili, sayur sawi dan sebagainya boleh tanam dalam pasu. Kalau ada ruang tanam di kawasan rumah. Kalau malas beli sajalah. Orang suka menanam bolehlah kan....

16. Hindari 'Lite Food' - no comment.

Macam-macam. Semuanya terpulang pada diri sendiri. Kuncinya mahu atau tidak. Kita cut bajet makan, bajet baju pula terlebih...kita cut shopping, kereta rosak bajet lebih...owwaah... Kesimpulannya, sama saja. Umpama roda. Jangan berhutang keliling pinggan sudah. (Mengingatkan diri sendiri...)

Jiran sebelah dapat transfer back Ipoh, Perak. Cemburunya. Sedihnya. Kenapa nak pindah? Awal sangat. Biarlah saya orang lama yang berambus dulu... Walaupun keadaan belum mendesak tapi bila tengok orang lain transfer rasa tercabar. Tidak mengapalah...mungkin ada hikmah disebaliknya.

Ayah sepupu disahkan sakit buah pinggang batu karang. Sekarang sedang menjalani dialisis di hospital KK. Harap-harap semuanya ok. Masa raya tempoh hari saya sempat berjabat tangan dengannya. Katanya 'cuti berapa lama?'. 'ko bila mo kawin. Sy tunggu-tunggu'. Saya hanya senyum. Nda tau mau jawab apa. Baru mau minta angpau...

Sabtu, 13 Oktober 2012

Lena


Ingin menggapai bintang tapi tak mampu...apakan daya.


Uhhh....puas tidur di tilam sendiri. Walaupun tilamku tebal mampat tidak selembut tilam hotel namun tidurku lena tanpa gangguan. Pulau Pangkor nyaman dan cantik. Pantainya bersih juga menawan. Aktiviti snorkeling acara kegemaran ramai. Saya telah mencuba dan tidak dinafikan ia menyeronokkan. Tapi bukan minat saya. Dan belum mampu membuatkan saya jatuh cinta. Melihat pemandangan laut, ikan-ikan...mampu menenangkan minda namun untuk menyelam ke alamnya tidak. Bukan sesuatu yang boleh disimpan sebagai kenangan. Sekadar selingan warna kehidupan. Lepas snorkeling satu badan bau macam air tabasan. Kalau rindu bau tabasan boleh pi berenang bersama ikan-ikan. Apa-apa pun naik bot memang menyeronokkan. Kursus Team Building, Pangkor dijalankan secara santai. Tanpa ada aktiviti lasak dan stress. Kebanyakkan aktiviti dibincang dalam tempoh yang amat singkat sekitar 10 minit kemudian dipersembahkan. Secara spontan tanpa perancangan rapi. Dan tetap berjaya. Sepanjang kursus diiringi dengan gelak ketawa. Dalam banyak-banyak aktiviti perkara baru bagi saya adalah Power Up (tut tut tut tut). Menguji fokus minda. Sedikit kelalaian akan membawa padah. Puteri Bayu Beach Resort - makanannya biasa saja. Penggemar makanan laut mungkin suka. Ketam, udang, ikan.... Sayur ???.... Huh!!... Siapa kata ikan bilis di Pulau Pangkor murah? Di Sabah jauh lebih murah. Di Keningau lagi murah. Nama saja ada laut. Ceh!...


Inilah kursus pertama yang saya sertai disertai oleh peserta yang sporting. So semestinya i love and fun it. Really really.... Next time join again. Itupun kalau masuk senarai. Hahaha... Emmm...rasa lapar pula. Forget it. Tidur!... Ok...


Sy telupa ucap birthday sama kawan yang anggap sy kawan baik. Pukul 5 lebih tadi sy buka fb tiada reminder. Bulan sept lalu kami bergaduh di alam maya. Mungkin sy telah diremovenya. Ok... Bagus juga. Maybe reminder dalam telefon saya boleh delete. Ok!... Biar masa menentukan.... Tak rugi puuunnnn...untung pun tiada. Tidak mampu membantu menyumbang kebahagiaan dunia akhirat.

Rabu, 10 Oktober 2012

Team Building - Pangkor


(Berdiri dari kiri : Miza, Husna, Norinai. Duduk : Mash dan Ella) Gaya termahal. Sukar dijumpai di mana-mana.

Kursus Jati Diri, Puteri Bayu Resort Pulau Pangkor, 9 hingga 11 okt. Saya excited datang sini sebab belum pernah sampai lagi. Niat melencong sikit. Hehehe.... Tapi perjalanannya very tired. Bertolak dari Putrajaya pukul 9 pagi sampai di lumut hampir pukul 2 petang. Feri gerak pukul 3.15. Sempat makan lagi. Penat duduk dalam bas. Nasib baik tak muntah naik feri. Masa nak masuk tu terasa pening dah. Sampai di penginapan hampir-hampir pukul 4 petang. Can you imagine the journey? So long. You know...saya balik kampung di Keningau, Sabah saya naik flight 9.20am sampai airport Kota Kinabalu take a taxi sampai rumah pukul 3.45pm. See.... Sampaikan ada seorang kawan tu kata 'sabar ye...jienah'... Kasihan saya kan? Kelaparan pula tu... Hahaha.... Kelas pertama tadi agak seronok. Tak rasa stres pun. Macam mana nak cari 20 jarum, nyamuk, semut, cacing.....tadi dah petik 20 jenis daun. Daun apa entah...main ambil je... Kalau pekerja resort tu nampak apa agaknya pandangannya.... Huhuhu.... Tak siap lagi tapi dah tengah malam have to rest. Esok sambung. Esok juga nak pi snorkling... Takut tapi nak cuba. Now time to sleep but can't. Badan rasa gatal pakai selimut resort padahal baru mandi. Last-last kain sarung jadi selimut... Ntahlah badan ni banyak pula cakadaknya.


Tiiiduur...early morning have to find cacing... Have a great sleep. See u.....

Isnin, 1 Oktober 2012

Alzheimer


Setelah sebulan balik ke Putrajaya dengan jamuan raya bagai dengan kenaikkan berat badan pagi ahad baru berkesempatan pergi jogging. Pijak batu refleksi...terasa kesakitannya. Confirm naik banyak. Walaupun sakit badan rasa segar.

Exam this nov but saya belum do any preparation. Not to past but just try... Before close up my eyes i want to share a little info about our healthy. (Uneasy to read and 100 percent understand but i try...coz very lazy to do any work at home...just read). It is about Alzheimer. Now, disease don't recognize age. Everybody have to ready to face whatever an unexpect.

Lindungi Diri Anda Daripada Alzheimer

4 langkah mudah untuk kekal minda cerdas.

1 - Lakukan senaman. Senaman boleh membina otot otak. Hanya senaman ringan sudah memadai.

2 - Regangan minda. Banyakkan membaca bahan-bahan berbentuk ilmiah. Selalu bersembang dengan kawan tentang perkara-perkara yang baik. Paling penting banyakkan membaca al-Quran.

3 - Beri otak anda makanan. Makan secara berhemah, jaga berat badan. Perbanyakkan makan makanan segar dan ikan. Diabetes adalah salah satu faktor penyebab Alzheimer.

4 - Pengendalian stress. Urus diri anda agar tidak selalu stress. Kajian menunjukkan, stress boleh menyebabkan penyakit Alzheimer meningkat dua kali ganda dalam tempoh 5 tahun.


Laughter is the best medicine.

Listen closely.
A wife asks her husband, 'could you go to the shops for me?. Buy one carton of milk and if they have eggs, get six'. A short time later, the husband comes back with six cartons of milk. The wife asks him, 'why on earth did you buy so much milk?'. He replies, 'they had eggs'.
Hahaha.....minta lepuk. Tersebut lepuk...teringat lepuk nangka. Sedap kasi tutu' garam campur kisap sama lada. Ummmm.... Adoi, lapar. Emmm...bagus tidur. 4 jam dari sekarang kena bersedia untuk pergi kerja. Kerja sedang menanti. Harap semuanya ok. Selamat tidur.