9 tahun mencari rezeki di bumi semenanjung Malaysia, saya belum pernah sekali pun balik kampung di Keningau, Sabah untuk menyambut hari raya haji. Malah saya tidak pernah terfikir untuk merancangnya. Mungkin selepas ini akan dimasukkan dalam kalendar cuti. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN DAN RAKYAT SELURUH DUNIA AMNYA.
Syarat Wajib Haji
1 - Islam
2 - Berakal
3 - Baligh
4 - Merdeka
5 - Mampu mengerjakan haji iaitu ;
@ Mampu mengerjakan sendiri dengan syarat :
i-mampu membayar tambang dengan segala perbelanjaan bagi mengerjakan haji hingga selesai dan balik ke tempatnya.
ii-mempunyai bekalan yang cukup untuk menyara orang di bawah tanggungannya.
iii-ada kenderaan untuk pergi dan balik.
iv-aman perjalanan seperti tiada ketakutan tentang perompak, musuh di tengah jalan yang mengancam keselamatan diri dan harta dan sebagainya.
v-sihat tubuh badan
vi-perbelanjaam pergi dan balik hendaklah daripada harta yang halal
vii-seseorang wanita hendaklah ditemani oleh suami atau muhrimnya atau pergi bersama beberapa orang wanita lain yang boleh dipercayai.
@ Tidak mampu pergi dengan diri sendiri tetapi mampu mengupah orang lain pergi menggantikannya atau menjadi wakil baginya.
# Jika seseorang pergi haji dengan berhutang untuk perbelanjaannya sedangkan dia tahu dia tidak mampu membayar hutang tersebut maka berhutang dalam hal tersebut adalah haram.
# Dr. Hj. Ismawi Hj. Zen adalah arkitek pertama Malaysia yang dipanggil oleh kerajaan Arab Saudi pada tahun 2008 untuk terlibat dalam seni reka bentuk membesarkan Masjidil Haram bagi menampung jumlah jemaah haji yang terus meningkat. Jumlah jemaah haji pada tahun ini mencecah 3.5 juta dan dijangka 5 tahun akan datang bilangan jemaah haji akan meningkat kepada 8 hingga 10 juta.
Saya mahu menjadi sebahagian daripada 8 juta tersebut. Insya-Allah.
Mkbs - siang tadi beli kek red velvet...rancang nak makan siang 26hb tapi malangnya pukul 8pm 25hb sudah habis. Hujan lebat kilat sambung-menyambung guruh berdentum kuat, aku makan kek pun laju tanpa henti. Apa kes? Habis diet aku. Huhuhu.....
# Takziah buat bos yang kehilangan ibu tersayang pada 24hb lalu. Dia tetap cool boleh buat lawak lagi kata bos yang seorang lagi. Dia memang nampak keras. Tapi hatinya siapa yang tahu. Biasanya, mereka yang berhati keras hanya keras di depan orang lain. Ketika mereka bersendirian mereka adalah insan paling lemah.
Ok...i want to sleep right now. After subuh maybe continue sleep...nothing to do... Yes should be rest...28th i will join walk to health Nestle, Insya-Allah. A huge hope i'm gonna be health forever and ever till i close my eyes.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou