Ingin menggapai bintang tapi tak mampu...apakan daya.
Uhhh....puas tidur di tilam sendiri. Walaupun tilamku tebal mampat tidak selembut tilam hotel namun tidurku lena tanpa gangguan. Pulau Pangkor nyaman dan cantik. Pantainya bersih juga menawan. Aktiviti snorkeling acara kegemaran ramai. Saya telah mencuba dan tidak dinafikan ia menyeronokkan. Tapi bukan minat saya. Dan belum mampu membuatkan saya jatuh cinta. Melihat pemandangan laut, ikan-ikan...mampu menenangkan minda namun untuk menyelam ke alamnya tidak. Bukan sesuatu yang boleh disimpan sebagai kenangan. Sekadar selingan warna kehidupan. Lepas snorkeling satu badan bau macam air tabasan. Kalau rindu bau tabasan boleh pi berenang bersama ikan-ikan. Apa-apa pun naik bot memang menyeronokkan. Kursus Team Building, Pangkor dijalankan secara santai. Tanpa ada aktiviti lasak dan stress. Kebanyakkan aktiviti dibincang dalam tempoh yang amat singkat sekitar 10 minit kemudian dipersembahkan. Secara spontan tanpa perancangan rapi. Dan tetap berjaya. Sepanjang kursus diiringi dengan gelak ketawa. Dalam banyak-banyak aktiviti perkara baru bagi saya adalah Power Up (tut tut tut tut). Menguji fokus minda. Sedikit kelalaian akan membawa padah. Puteri Bayu Beach Resort - makanannya biasa saja. Penggemar makanan laut mungkin suka. Ketam, udang, ikan.... Sayur ???.... Huh!!... Siapa kata ikan bilis di Pulau Pangkor murah? Di Sabah jauh lebih murah. Di Keningau lagi murah. Nama saja ada laut. Ceh!...
Inilah kursus pertama yang saya sertai disertai oleh peserta yang sporting. So semestinya i love and fun it. Really really.... Next time join again. Itupun kalau masuk senarai. Hahaha... Emmm...rasa lapar pula. Forget it. Tidur!... Ok...
Sy telupa ucap birthday sama kawan yang anggap sy kawan baik. Pukul 5 lebih tadi sy buka fb tiada reminder. Bulan sept lalu kami bergaduh di alam maya. Mungkin sy telah diremovenya. Ok... Bagus juga. Maybe reminder dalam telefon saya boleh delete. Ok!... Biar masa menentukan.... Tak rugi puuunnnn...untung pun tiada. Tidak mampu membantu menyumbang kebahagiaan dunia akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou