PadaMu saja aku mengadu
Resah gelora yang menghempas kalbu
Terasa berat namun apa dayaku luahkan
Walau sarat terasa malu padaMu
Akulah insan sejuta dosa
Tiada mengenal erti kesalahan
Berkali-kali terus masih terulang segala kesilapan
Meski ku tahu pedihnya
Masihku di sini terantai rebah
Di detik nadi bagaikan terhenti
Andai aku di sisi rahmatMu
Berkatkah ku ulang masa lalu
(Hafiz Hamidun)
Sekarang ni (sehingga mac 2013) musim hujan. Bukan setakat hujan lebat malah diiringi dengan angin kencang, dentuman guruh dan petir. Berita malam tadi New York City, USA telah dilanda ribut taufan dan banjir besar sehingga diumumkan kawasan darurat oleh presiden Barack Obama. Bekalan elektrik keretapi bawah tanah diputuskan bagi mengelak kerosakkan berganda. Pesakit terpaksa dipindahkan. Generator tidak berfungsi. (Nasiblah bagi yang guna mesin hayat...). Indah bandar raya di tepi pantai tapi apabila hujan banjir mari... Cantik bandar raya di tanah tinggi tapi apabila musim hujan tanah runtuh pula... Yang hairannya Amerika Syarikat negara yang selalu dilanda bencana alam namun orangnya tak insaf-insaf... Kanapa laitu beliung nda bawa terbang tu white house taru sana tangah-tangah iran. Mangkali kalu teterbang tu turus insaf... Lapangan terbangan Kota Kinabalu juga putus bekalan elektrik menyebabkan operasinya tergendala selama dua hari bermula khamis lalu. Apa sebabnya pun tidak pasti. Yang pasti kerajaan memohon maaf atas kejadian itu. Ceh!... Nasib baik sa nda balik Sabah. Kalau tidak mungkin k.o suda teampas di laut tiada tampat tumpo... Di sini urang balik kg tesangkut jalan sesak berjam-jam. Apa lagi jalan yang selamat dan cepat? Macam mana pun kerajaan kasih besar tu jalan tetap akan jem...sebab semua penduduknya mampu beli kereta. Paling senang buat jalan raya enam tingkat. Paling atas jalan nak ke Kelantan...tingkat kelima jalan ke Terengganu... Ataupun buat laluan bawah tanah kalis air... Emmm...berangan. Kalau ada pun mo naik fikir 6 kali. Hahaha.... Musim hujan begitulah keadaannya. Nak marah tak boleh. Kena nikmati rahmat Allah. Nanti tiba musim panas nikmatnya lain pula. Al-Hamdulillah, kita beruntung berada di garisan khatulistiwa...
Mkbs - kamarin rosak diet sa. Malam makan keropok lekor dan ayam goreng...lepas tu minum teh hijau no sugar 700ml...kemudian ziarah toilet ja. Huhuhu....
Emmm...want to sleep... Teringat rendang daging korban Pn. Saleha. Sedap!!...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou