Piala Malaysia 2012 milik Kelantan. Kelantan menewaskan ATM, 3-2. Mahu ATM menang tapi apakan daya. Masa tambahan yang agak panjang tidak berjaya dimanfaatkan. Bak kata pepatah bola itu bulat. Tapi asyik-asyik Kelantan saja yang menang.... Ramai pula orang kelantan tinggal di flat antarabangsa presint 9, Putrajaya. Emmm... Bukan main bising lagi. Dengan bunyi wiselnya bunyi gendangnya jeritannya...uuhh....... Nasib baik cuaca ok. Kalau tak berlawanlah mereka dengan guruh. Nak tengok juga.... Apa-apa pun suka atau tidak TAHNIAH KEPADA PASUKAN KELANTAN.
Sebenarnya saya bukan nak komen tentang bola sepak. Tak tahu sangat pun. Saya nak share about something that make me interesting.
16 CARA MENGURANGKAN FOOD BILL
1. Ringkas - masak dengan ringkas. Tak perlu sampah-sarap yang berlebihan.
2. Kurangkan pengambilan daging - seminggu 2 kali. Ini bagus sekali. Banyakkan dan pelbagaikan pengambilan sayuran. Kalau yang tidak suka sayur what more can i say...makan ulam lebihlah.
3. Merebus - memasak tidak perlu minyak bagai. Rebus dengan penuh kasih sayang pasti sedap.
4. Beli jumlah yang banyak - 'lebih, murah'. Tapi package besar tidak selalunya berkualiti. Tengok tarikh luput. Pastikan beli dan makan bukan beli dan buang. Itu kawan syaitan. Kalau ia pun banyak duit....
5. Sediakan senarai - ini paling bagus. Kena kuat hati kena lawan nafsu.
6. Abaikan senarai - aikk...berikan kebebasan diri mencari jualan istimewa berdiskaun berpandukan nilai terbaik dan menepati bajet pada hari itu.
7. Sayur berperisa - ini bagi yang malas bolehlah. Tapi jangan selalu.
8. Kedai berhampiran - ada kedai yang dekat buat apa pi cari kedai yang jauh. Mahal sikit jer.. Lagi murah lagi banyak berbelanja. Barang yang tak dibeli bulan lalu dibeli akhirnya nasuk tong sampah. Tak sempat makan..
9. Berbelanja di hujung waktu - waktu terbaik untuk tawar-menawar. Shopping kompleks ada ke? Kalau pasar malam iyalah...
10. Makanan beku - jangan beku berbulan-bulan pula...
11. Kurangkan saiz pengambilan makanan - serving less and eating less. Kalau dulu makan nasi satu pinggan sekarang satu sudu. Huhuhu...semangat kena kuat ma.
12. Jauhi bungkusan berhias - itu mata jangan terbeliak nampak barang yang dibungkus cantik. Entah-entah itu barang sudah luput. Padan muka!
13. Beli penapis air - bila keluar bawa air sendiri. Tidak payah membeli. Bukan saja jimat malah baik untuk kesihatan diri.
14. Kreatif - masak apa yang ada pada waktu itu. Tidak perlu terhegeh-hegeh...merungut-rungut bagai mau pi membeli gara-gara malas mo keluar rumah...hahaha
15. Menanam - cili, sayur sawi dan sebagainya boleh tanam dalam pasu. Kalau ada ruang tanam di kawasan rumah. Kalau malas beli sajalah. Orang suka menanam bolehlah kan....
16. Hindari 'Lite Food' - no comment.
Macam-macam. Semuanya terpulang pada diri sendiri. Kuncinya mahu atau tidak. Kita cut bajet makan, bajet baju pula terlebih...kita cut shopping, kereta rosak bajet lebih...owwaah... Kesimpulannya, sama saja. Umpama roda. Jangan berhutang keliling pinggan sudah. (Mengingatkan diri sendiri...)
Jiran sebelah dapat transfer back Ipoh, Perak. Cemburunya. Sedihnya. Kenapa nak pindah? Awal sangat. Biarlah saya orang lama yang berambus dulu... Walaupun keadaan belum mendesak tapi bila tengok orang lain transfer rasa tercabar. Tidak mengapalah...mungkin ada hikmah disebaliknya.
Ayah sepupu disahkan sakit buah pinggang batu karang. Sekarang sedang menjalani dialisis di hospital KK. Harap-harap semuanya ok. Masa raya tempoh hari saya sempat berjabat tangan dengannya. Katanya 'cuti berapa lama?'. 'ko bila mo kawin. Sy tunggu-tunggu'. Saya hanya senyum. Nda tau mau jawab apa. Baru mau minta angpau...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou