Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 31 Disember 2012

TAKZIAH & HNY 2013


Berita baru diterima ayah sepupuku, suami kakak mamaku, Tuan Haji Imam Basir telah kembali ke rahmatullah. Al-fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Diharap mereka sekeluarga tabah menghadapi ujian ini. Hiba terasa di hati. Terakhir saya berjumpa dan bersalaman dengannya semasa cuti hari raya. Waktu tu dia masih kelihatan sihat. Terlalu cepat masa berlalu. Baru berapa bulan.... Saya ingatkan saya sempat melawat dan berjumpanya pada cuti hujung bulan januari 2013 nanti. Apakan daya tuhan lebih menyayanginya.


HAPPY NEW YEAR 2013

* dalam kegembiraan menyambut tahun baru pasti ada yang bersedih. Semoga kesedihan cepat sembuh.
* dalam tawa ada duka. Kecewa kerana setiap perancangan tidak berjalan seperti yang dikehendaki. Walaupun duka pujuklah hati, kita hanya merancang tuhan menentukan.
* dalam senyum ada tangis. Segala usaha yang dilakukan menjadi sia-sia. Walaupun gagal pujuklah hati setiap yang berlaku ada hikmahnya.
* dalam marah ada sesalan. Gagal mengawal kemarahan dan emosi. Walaupun ada sedikit sesalan pujuklah hati aku insan lemah yang banyak kekhilafan dan terus berusaha untuk memperbaiki diri.
* Walaupun kritikan dan serangan peribadi amat menyakitkan terima seadanya. Itu tandanya mereka tahu tentang diri anda. Ucapkanlah terima kasih.
* terima kasih kepada kawan-kawan seperjuangan, sepejabat...terutamanya mereka yang pernah menganggap diri ini sebagai kawan baik. Walaupun bukan kawan baik lagi terima kasih banyak-banyak yang tidak terhingga sepanjang tempoh ini.
* perlu ke nak minta maaf? Apa-apapun saya sedia memaafkan walaupun sesetengah perkara mungkin kekal dalam ingatan. Ikhlas atau tidak hanya tuhan yang tahu.


Jumpa lagi. Mata jane.... Semoga impian yang dikejar dapat dikendong, bahagia yang dicari dapat digenggam...
Insya-Allah. Kita merancang dan berusaha sedaya yang boleh.

Lupa...Sudaaahhh...

 
Seorang lelaki dengan tergesa-gesa dan terburu-buru
menluruh masuk ke ruang bersalin,
dan dalam beberapa saat
kemudian

lelaki itu tampak keluar
didorong memakai kerusi roda
oleh seorang jururawat kerana
pengsan.

Sudin hairan kenapa dengan lelaki
tu, kerana penasaran Sudin
segera menghampiri beberapa
doktor yang ada di ruang
bersalin.

Sudin bertanya, “Doktor, boleh
saya tahu kenapa lelaki yang baru
datang tadi tiba-tiba pengsan?”

Dengan tenang si doktor
menjawab,
“Oh! itu dia tadi terburu-buru
datang ke sini kerana isterinya
sudah mahu segera melahirkan,
tapi dia lupa sesuatu

,”
“Lupa apa, doktor?” tanya Sudin
lagi.

“Dia lupa membawa isterinya.” kata
doktor.

Sudin:“sudaaaaaah!"
 
mkbs ; hahahaa....ada juga orang begitu. bekeras perut saya ketawa.

Dialogue Two Ghost

Dialog Dua Hantu


Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"


"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.


"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.


"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.


"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.


"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."


"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."


"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.


"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.


Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,


"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi."



mkbs - hahahaaaa.....so funny

Khamis, 27 Disember 2012

UCOP Juara VBSR 2

Vokal bukan sekadar rupa musim 2 tahun 2012 - Akhir

Pusingan pertama

MAR : lagu medley (tak ingat tajuk lagunya....heheheee)
UCOP : lagu baru "jujur padanya". Ciptaan Yuzai. Saya suka lagu ni. Walaupun saya tak berapa jelas dengan sebutan Ucop tapi melodinya menyentuh jiwa.


Pusingan Kedua

MAR : lagu baru "maafkanlah Cinta" ciptaan Ajai. Wowwww... Sangat suka dengan lagu ni. Pasti akan menjadi hit.
UCOP : lagu medley "dipenjara janji & opera hidup".


Pusingan Battle

MAR memilih lagu bahasa inggeris "stand up for love". Lagu ini memang makanannya. Nyanyiannya very beautiful.
UCOP menyanyikan lagu pilihan MAR dengan gaya tersendiri. Sepatah pun saya tak faham. hahahaaa...tapi respeklah dengan Ucop... walau sebutan tak betul tapi ada penjiwaan. Mungkin sebab aura pada suaranya. 

UCOP memilih lagu bujang senang. Seperti biasa lagu makanan Ucop. Dia memang punya aura atas pentas.
MAR. Saya tak sangka MAR mampu membawakan lagu rock bujang senang. Bagi saya cara penyampaian MAR lebih sedap daripada Ucop. Lebih dinamik dan ada unsur blues.

Pada pendapat saya pusingan pertama dan kedua milik UCOP. Namun pusingan battle adalah milik MAR.

JUARA VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA MUSIM KEDUA TAHUN 2012 ADALAH UCOP. Tahniah!!!....


mkbs - kali pertama mengikuti program vbsr. Mungkin sebab ada peserta dari Sabah bawah bayu. Hahahaaaaa.... but sorry lah MAR. walaupun saya suka dengan nyanyian ko tapi saya tidak dapat hantar undian. Telipaun sy rusak ba...heheheee....tapi ok jugaitu numbur dua ba kan....kasi mantap lagi tu lagu baru...bagus tu lagu. bulih jadi fenomena bak kata Azmeer....



Sabtu, 22 Disember 2012

XFactor USA 2012 - Finale


Xfactor USA 2012 session 2. The winner is Tate Stevens.

1) Tate Steven, 36. Penggemar music country. I just like his voice. The voted membuktikan music country still number one. Bapa dan suami yang penyayang.

2) Carly Rose, 13 years old. Tak suka. But she's judged favourite. Cute. Punya bakat besar. But still young to win a champion title.

3) Fifth Harmony. Peserta berkumpulan. Bukan pilihan juri. Tapi mereka meningkat setangga ke setangga sehingga ke top 3. I like them. Mereka mempunyai kualiti vokal yang mantap.

4) Emblem3. Peserta kegemaran saya. I aim they will be a winner but not. Group ni memang hebat. Cuma undian kurang. Tapi tak suka durang suka menyampuk time judge talk.

5) Diamond White. Vokalnya yang hebat. Perangai lebih kurang dengan emblem3.

6) Cecey Frey. Suara biasa saja. Namun dia punya semangat, keberanian dan confident yang tinggi. And i like...

7) Vino Alan. Beberapa minggu berada di top 3. Menukar lagu di saat akhir dan terus tersingkir. Poor!..

8) Paige Thomas. Seorang ibu tunggal. Wajahnya seiras dengan Rihanna.

9) Beatrice Miler. I like her. I think Britney most focus to Carly...and budak ni terabai. Mentornya bagi lagu pun tak mencabar. A huge range voice.

10) Arin Ray. Musim pertama Arin berjaya ke top 12 as a group. Dia ok. But his performance quality down. Tak konsisten.

11) Jennel Gracia. Ok.

12) Lyric145. Jika mereka kekal as a group, mereka akan menyinar sedikit masa lagi.

13) Jason Brock. I hate the guy. Gay boy. Nasib baik terkeluar awal.


Mkbs - BR1M : PEMOHON YANG BELUM MENDAFTAR MENGUNDI TIDAK LAYAK. Lihat... Bantuan konon... Kalau itu memang bantuan untuk pergi mengundi, cukup ke RM500.00 bagi mereka yang tinggal luar negeri. Tak berbaloi. Nak pancing undi kot... Apa-apa sajalah. Undi hak individu. Undi adalah rahsia.

Rabu, 19 Disember 2012

SERUPA TAPI TIDAK


















mkbs - berkurun lama hari ni baru terklik butang publish. hahahaaa.....tiada kerja kan?...uppsss.... tadi pagi meeting bos ada sentuh pasal post facebook... alamakkkk...sy pun ada post juga...ayat ala-ala marah tahap gaban... aiyyooo....terasa pulak...perli nampak... Ada aku kisah!!!!.... yang kelakar tu katanya kalau post tu biarlah friend saja yg boleh baca. kalau public terbaca takut jadi isu. Uiiii...apa maksudnya tu?....macam pengalaman saja. Hahahaaaa.... kalau mo cari gaduh atau mo cari penyokong atau mo cari pembenci atau mo glamour bolehlah buat setting public. Atau dia terasa dengan my post...uuiiii.... membahayakan kedudukkan ni...(wlupun tempat duduk tak akan berubah...hahaha)...
nak suruh jwb tlfn, panggil bagai nak rak...(wuros miagal tasu napasa).. dah dtg letak tlfn kata nnti kena tlfn semula. knpa x bagitau jer aku tiada d tmpt duduk?...wogok napasa...koruol ginawo..palui...
Asam garam kehidupan...hitam putih kehidupan...kata iman sabar..tapi hati kata ceh!!!... nak bersikap pro dan rasional selalu tapi....tak bolehlah...hakikatnya memang begitu... kadang-kadang bolehlah.. bila dah kena selalu meletuplah jadinya... apalagi kalau silap timing. Apa yang mampu diucapkan SABAR!!!... langit tak selalu cerah...mendung tak bererti hujan...huhuhuuuu.....