Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 2 Disember 2012

Tarian 1 Malaysia 2012


Karnival pelancongan Tarian Cuti-cuti 1 Malaysia 2012, 2 Disember 2012 bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3. Anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya. Saya datang ambil baju saja dan kebetulan dibagi sijil sekali. Untungnya. Belum buat dah dapat sijil penyertaan. Huhuhu...jangan jealous. Teringin sebenarnya nak turut serta tapi tiada kawan. Ada kelas dan ada hal. Rupanya boleh daftar walk in. Kata tiada. 'Last minute' katanya. Ceh!. Nasib baik sempat daftar melalui facebook. Tapi sempat-sempat pun tak dapat join juga. Emmm... Walaupun tak pandai menari, mana tahu dapat jumpa isteri PM yang paling dibenci ramai. Hahaha.... Masa datang daftar pukul 6.10 pagi dah ramai orang. Peserta dari setiap negeri dan wilayah. Ada yang berbaju merah, biru, kuning dan ungu. Urus setia agak sibuk. Dengan sound system yang kuat...pening kepala. Oleh kerana tak join balik rumah, maka saya pun pergilah berjogging. Berusaha untuk meringankan badan agar mood dan kesihatan sentiasa berada di tahap yang terbaik. Insya-Allah. Nak naik tangga tapi sini flat antarabangsa menakutkan. Tangganya bau busuk. Bau kencing, bau arak dan bau sampah. Takut kalau-kalau terjumpa orang asing. Saya amat tidak faham dengan sesetengah penghuni di sini. Sampah-sarap di letak di tepi lif dan tangga. Masa turun tu bawalah sekali sampah tu. Tinggal kat situ kenapa? Takkan durang turun pergi mana-mana terbang ke udara sampai sampah pun tak sempat nak buang. Rumah sampah dekat saja pun. Eeii...tiada otak!!... Kalau orang yang buang sampah merata tu yang dijangkiti penyakit tidak apa juga. Pekerja angkut sampah bukannya setiap hari. Hujung minggu saja. Bikin gerigitan!. Owutong ba. Adui, bahasa....

Woww...Tahniah buat Harimau Malaya. Menang 2-0 dengan Garuda. Hebatlah penjaga gol yang ganti Fahmi tu. Wajah pun boleh tahan. Tinggi than Fahmi. Lepas ni jadi siulanlah lu... Semoga pertemuan dengan Thailand pada peringkat separuh akhir nanti Harimau Malaya akan menang. Amiin. Dan saya mahu K. Rajagopal mengekalkan pemain berjersi 1 itu. Dia bagus. Saya ingatkan Singa kalah dengan Laos. Rupanya menang 4-3. Emmm....kemungkinan besar Harimau akan bertemu dengan Singa pada perlawanan akhir. Saya harap harimau itu tak akan malu-malu...pikat dan gigit singa tu sampai dia kesakitan. Kalau boleh baham sampai dia tidak mampu berdiri mahupun merangkak. Cayok!!.... Apa-apa pun kena patah-patahkan tulang gajah tu dulu. Harimau harus ingat wajib berhati-hati dengan kekuatan belalai dan kaki gajah. Kalau kena libas dengan belalai tersepak kaki gajah confirm harimau lumpuh. Bukan calang-calang gajah malah terlatih lagi. Kalau garuda boleh kalah pasti gajah juga boleh tumbang. Atau harimau memang takut gajah. Hahaha....


Mkbs - what should i do?.... Keep or crush.... Have a nice sunday!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou