Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Jumaat, 14 Disember 2012

AFF Suzuki 2012 : Malaysia Tewas


Lee Min Hu - berani kamu!!!.. ada yang kata kamu mungkin terima rasuah. kalau iya, pastikan ia berbaloi untuk kehidupan masa depan. Hahahaa....


Harimau berjaya ditumbangkan oleh gajah putih. Harimau telah tidak berdaya. Maybe termakan daging gajah sebelum perlawanan....Hahahaa..... Aku punyalah yakin Malaysia akan menang AFF SUZUKI CUP 2012 hingga ke final. Tapi malangnya...kalah suda bah (3-1)... Emmm.....anggap saja bukan rezeki. Betul bukan?...bukan mudah untuk mempertahankan sebuah kemenangan. Kualiti kekuatan tenaga dan keringat dua tahun lalu tidak sama kualitinya pada tahun ini. Walaupun kecewa...biarkan. Nasib baik saya tak tengok siaran langsung tu... Tapi yang kelakarnya, orang ramai atau peminat bola sepak negara sedang hangat mengutuk refree from Korea, Lee Min Hu. Hahahaa.... ada yang post dalam facebook, boikot produk dari Korea dan Thailand. Jangan dengar lagu K-POP, jangan tengok drama Korea. Jangan dengar lagu Oppa gangnam style. Termasuk bini from Korea and Thailand pun terlibat sama. Paling tidak boleh bla...jangan makan tomyam Thailand... siapa yang suka makan tomyam Thai dan sup Thai silakan berhenti!...yang ni boleh...sebab saya tak suka...hahahaa... Tapi drama Korea dan lagu Korea tu tak bolehlah...my favourite...hahahaaa....say sorry........ Saya tidak menonton aksi panas tu... Kalau difikir-fikir semula keadaan dan rezeki memang berkehendakkan Thailand menang. Keputusan pengadil tu sedikit sebanyak telah membantu. Kalau pengadil tu tak buat macam tu pun, kalau kalah tetap kalah. Nak marah pun tiada guna...pemain-pemain tu lagi stress. Mereka tentunya sudah meletakkan target untuk menang...jangan ada yang masuk kelab mabuk-mabukkan suda.. Tapi hari ni saya tak pasang lagu Korea...takut orang sebelah...heheheee..... dah ada yang sound "Gee, jangan pasang lagu Korea.."... Apa kaitannya pun aku tak tahu....

Yang seronoknya apabila Malaysia kalah, penghuni pangsapuri putra harmoni senyap sunyi...tenang hidup aku. Peace!!!!....

mkbs - Walaupun team Malaysia tewas 3-1 kepada Thailand, TAHNIAH diucapkan. Anda semua telah berusaha sedaya upaya. Teruskan usaha anda. Jangan berputus asa. Cuba lagi tahun depan. Setiap kekalahan pasti ada hikmahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou