Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 31 Disember 2012

TAKZIAH & HNY 2013


Berita baru diterima ayah sepupuku, suami kakak mamaku, Tuan Haji Imam Basir telah kembali ke rahmatullah. Al-fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Diharap mereka sekeluarga tabah menghadapi ujian ini. Hiba terasa di hati. Terakhir saya berjumpa dan bersalaman dengannya semasa cuti hari raya. Waktu tu dia masih kelihatan sihat. Terlalu cepat masa berlalu. Baru berapa bulan.... Saya ingatkan saya sempat melawat dan berjumpanya pada cuti hujung bulan januari 2013 nanti. Apakan daya tuhan lebih menyayanginya.


HAPPY NEW YEAR 2013

* dalam kegembiraan menyambut tahun baru pasti ada yang bersedih. Semoga kesedihan cepat sembuh.
* dalam tawa ada duka. Kecewa kerana setiap perancangan tidak berjalan seperti yang dikehendaki. Walaupun duka pujuklah hati, kita hanya merancang tuhan menentukan.
* dalam senyum ada tangis. Segala usaha yang dilakukan menjadi sia-sia. Walaupun gagal pujuklah hati setiap yang berlaku ada hikmahnya.
* dalam marah ada sesalan. Gagal mengawal kemarahan dan emosi. Walaupun ada sedikit sesalan pujuklah hati aku insan lemah yang banyak kekhilafan dan terus berusaha untuk memperbaiki diri.
* Walaupun kritikan dan serangan peribadi amat menyakitkan terima seadanya. Itu tandanya mereka tahu tentang diri anda. Ucapkanlah terima kasih.
* terima kasih kepada kawan-kawan seperjuangan, sepejabat...terutamanya mereka yang pernah menganggap diri ini sebagai kawan baik. Walaupun bukan kawan baik lagi terima kasih banyak-banyak yang tidak terhingga sepanjang tempoh ini.
* perlu ke nak minta maaf? Apa-apapun saya sedia memaafkan walaupun sesetengah perkara mungkin kekal dalam ingatan. Ikhlas atau tidak hanya tuhan yang tahu.


Jumpa lagi. Mata jane.... Semoga impian yang dikejar dapat dikendong, bahagia yang dicari dapat digenggam...
Insya-Allah. Kita merancang dan berusaha sedaya yang boleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou