Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Sabtu, 1 Disember 2012

2012 MAMA Hongkong


Hampir dua minggu masih tak habis membaca buku ni.


2012 MNet Asian Music Awards (MAMA).

Anugerah pengiktirafan muzik Korea Selatan buat kali kedua diadakan di luar negara. Tahun 2011 diadakan di Singapore dan tahun 2012 di Hongkong. Seronok menonton walaupun tak faham sangat tapi secara keseluruhannya masih dapat memahami kerana penggunaan bahasa inggeris oleh penyampai suara utama.

3 anugerah utama

Artist Of The Year
BIG BANG

Album Of The Year
SUPER JUNIOR - Sexy, free & single

Song Of The Year
PSY - Gangnam Style

Ketiga-tiga penyanyi ini memang hebat. Mereka juga banyak memenangi kategori lain. Antara pemenang lain KARA, SISTAR, SHINEE, K. Will, Ailee, G-Dragon, IU (yang lain tak ingat). Persembahan juga hebat. K. Will dan pemenang ujibakat Korean Idol menyampaikan lagu pop balada/rock. Uuu...like. Ailee dan G-dragon hip hop dengan rap....fantastik. Kumpulan SHINEE k-pop. Wong Lee Hom...handsome!!...cuma nampak agak berisi. Tarian superb!.. Mereka-mereka ini menyanyi live. Kumpulan Big Bang dan Super Junior macam miming sebab gerak tarian mereka susah. Jennefer Lopez kalau menyampaikan lagu in the floor pun miming. Agnes Monica juga mengelak menyanyi lagu fast sambil menari. Stacy juga pernah dikritik teruk semasa AIM di Indonesia kerana gerak tarinya tidak selari dengan penari latar. Tapi Stacy tidak sedikit pun kecewa sebab kareografi tarian dia punya tapi penari orang sana. Indonesia tidak membenarkan Stacy menggunakan penari sendiri. Berlatih pun dua hari saja. Persembahan paling dinanti-nanti adalah PSY Gangnam Style. Wow...hebat!..very fun. Stamina superb! Gempak!..puas hati aku. Muzik di Korea Selatan memang hebat. Anugerah RAP terbaik, DUO terbaik pun ada. Anugerah lagu terbaik calon-calonnya ada lagu balada, rap hip hop, duo dan berkumpulan. Penglibatan sama rata. Cuma di Malaysia mereka lebih menonjol dengan lagu pop dance. Mereka-mereka ni tak penat ke? Majlis berlangsung lebih 3 jam masih bertenaga. Setiap persembahan rakan-rakan artis di tempat duduk ikut menyanyi. Lagu orang lain pun durang hafal. Adam Lambert menyanyi pun durang ikut. Woww...kerja durang memang menghafal lagu saja kot. Saling menyokong. Masa PSY buat persembahan semua rakan artis berdiri ikut menari. Hamba muzik sejati. Bukan sekadar berseronok. Awesome wei....

Sekarang ni Piala AFF Suzuki 2012 Malaysia sedang mendahului Indonesia 2-0. Harap-harap ia kekal hingga akhir sebab Laos juga sedang mendahului Singapore 2-0. Amiin...


Mkbs - saya mahu menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa sabar tanpa prasangka setiap saat setiap minit setiap jam setiap hari sepanjang masa seumur hidup namun selalu terbabas seringkali kandas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou