Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 29 Julai 2013

Nasi Arab





Kali pertama buka puasa di luar bersama kawan-kawan (jienah, Ros, Tini, Mashi, Aini, Yati) bayar sendiri-sendiri selera sendiri-sendiri....makan nasi arab di restaurant nasi arab di presint 15, Putrajaya. Sekarang makin glamour nasi arab ni....baik untuk jamuan mahupun orang atasan belanja - nasi arab saja. Cuma rasa berbeza-beza lah. Air manggo lassi - sedaplah. Tak puas nak minum. Nak lagi. Sesuai dengan harganya RM7.00. Nasi arab mandy chicken grill...wow...kenyang betul. Oruol tianku napatan nowiyahan do takano. Selalu makan sikit-sikit tapi berulang-ulang. Ni kalilah.... Hebat betul kedai nasi arab tu. Semakin lama semakin berkembang. Komitmen dan fokus kerja mereka wajar dicontohi. Pelanggannya begitu ramai. Yang saya tak sangka restaurant tu ada sediakan satu sudut untuk permainan budak-budak. Bulih tahan kow ne eiii..... Apa-apa pun terima kasihlah kepada Cik Rosni sebab mengajak aku dan terima kasih juga kepada Cik Siti Noraini sebab menghantar aku balik rumah selepas berbuka. Heheheee..... Lain kali jangan lupa ajak lagi yer - kita makan beramai-ramai dalam talam. Have a nice dream.

Ahad, 28 Julai 2013

Miss Malaysia

Wowww.... Terkejut juga sy bila keluar berita pasal tu 4 orang peserta miss malayisa, pihak JAKIM masih belum membuat keputusan sama ada mahu membenarkan kembali peserta tersebut menyertai pertandingan miss malaysia. Takkanlah pihak JAKIM terus lembut hati bila itu penganjur datuk Anna Lim datang buat rayuan. Seandainya pihak JAKIM membenarkan penyertaan mereka saya anggap krediabiliti JAKIM memang sudah tiada fungsi....dan baik dibubarkan sahaja. Kenapa?. Kalau memang peraturan itu kata begitu kenapa perlu perbincangan lagi?. 4 peserta itu pergi berperang ke? Pergi bergadai nyawa demi agama dan negara ke?...hinggakan perlu disiasat dan dibincang lagi. Apa yang kerajaan boleh dapat?. DUIT ka?. Jika peraturan kata salah jika hukum agama kata tidak - KATAKAN TIDAK. Penganjur itu sepatutnya disiasat bersama-sama dengan peserta itu. Undang-undang sudah mengatakan orang islam tidak dibenarkan menyertai pertandingan ratu cantik etc, kenapa pihak penganjur membenarkan penyertaan mereka?. Atau pihak penganjur memang sengaja mencari pasal dengan kerajaan?...mungkin sengaja mahu mencabar kewibawaan pihak berkuasa agama islam?. Sy juga hairan ibubapa dan keluarga kepada 4 peserta tu tidak rasa bersalah ke tidak malu ke apabila anak mereka memperkecilkan hukum agama. Kesiannya dorang kan....dahlah anak banyak buat dosa - diketahui pula oleh seluruh negara....mungkin seluruh dunia. Ini Malaysia.... Ada undang-undang. Kalau undang-undang agama negara ini anda tidak mampu hormati SILA KELUAR!. Kalau nak bebas sangat pergilah ke negara lain.... Geramnya!.... Saya nak tengok apa tindakan JAKIM. Kalau penganjur Datuk Anna Lim sudah datang merayu - kita tengok siapa lagi yang akan merayu.... Apakah akan ada campur tangan menteri....dengan alasan 1Malaysia?.... Tunggu dan lihat.... Ko orang kelahiran kacukan ke campuran ke agama islam ada bezakan ke?.... Kalau orang islam di Sabah boleh akur dengan peraturan Jabatan Agama Islam Negeri (sedangkan Sabah majoriti non muslim) kenapa orang islam Tanah Melayu yang majoriti islam mahu menafikanya?... Semakin rosak orang islam di Tanah Melayu..... Saya fikir orang islam di Sabah yang masuk islam tapi masih minum arak sungguh teruk tetapi rupanya orang islam Tanah Melayu lagi teruk. Nama islam, didikan islam tetapi mereka lebih teruk daripada........ Apa-apa pun itu masalah mereka dengan Allah. Mereka berhak untuk memilih kan? Tapi yang menyertai miss Malaysia tu tidak boleh dilepaskan. Titik!. Tapi kalau itu juga salah satu transformasi kerajaan what more can i say?. Pesanku, teruskanlah semua agenda transformasimu itu sebelum anda dijatuhkan hukuman. Kalau sebaliknya ucapku Al-Hamdulillah. Masa hari rabu lalu sempena perhimpunan bulanan JPA, terharu saya mendengar ucapan Tan Sri KPPA. "marilah bersama-sama dengan saya mendukung ...........". Semangat saya mendengarnya. Memang betul katanya. Kami malas dan tidak senang dengan transformasi itu kerana sudah terlalu biasa dan selesa dengan apa yang ada sekarang. Bukan senang nak berubah kan?.... Nama JPA telah tercalar akibat pembatalan SBPA.... Yang bikin ketawa kononnya ada orang JPA yang malu pasal SBPA tu....hahahaaa....siapa pembuat dasar dan pengkaji semua tu...orang atasan kan?... Sudah buat silap tau pula malu.... Penjawat awam kuli-kuli macam sy tiada rasa apa-apa. Marah lagi adalah.... Yang bikin ketawa lagi Tan Sri KPPA tu sibuk mo transformasi tapi datang perhimpunan pukul 8.50 pagi. Jadual tulis 8.30 pagi. Apa kes?. Tan Sri walaupun ucap amanatmu penuh dengan makna namun sia-sia jika penolong-penolong pengarahmu semua otak kosong, banyak cakap banyak mengarah tapi kerja tiada kualiti. Semua kuli-kuli like me just follow (walaupun dalam hati panas membara...). Tingginya cita-citamu tapi majlis ilmu JPA tak pernah datang pun. kesian ko. hehehee.... Apa-apa sajalah. Lantak ko la. Ko ada kuasa ko buatlah. Yang saya panas lagi...jumaat lalu saya call hotline pertukaran JPA. Kamu tahu mereka jawab apa "nama masih dalam senarai menunggu". Saya kata senarai menunggu apa?. Dia jawab "iya, begitulah". Astaghfirullah. Apa yang begitulah...begitulah. Tak faham aku. Bila saya tanya berulangkali dikatanya kekosongan di Sabah tidak banyak. Emmm.... Dalam sistem HRMIS tertera BERTUKAR DENGAN PENGGANTI SERENTAK tapi bila telefon dalam senarai menunggu. Saya nak tahu saya orang yang ke berapa dalam senarai.... Itu pun tak boleh jawab. Awas....nanti saya telefon lagi. Mo tau apa pula jawaban dorang..... sa banci kepie ni....kotogod ginawo...mingguli tu bos mimboros cuti 1 minggu saja ye. Dia cuti banyak kali...cuti panjang tiada bengut tiada apa pula. Saya ni kuli-kuli saja. Cuti berapa lama pun tidak akan runtuh tu JPA...mustahil akan bankrap kerajaan...gaji pun sikit saja...di celah-celah gigi kerajaan saja. Ko itu lainlah...bos kan.... Kalau cuti panjang kemungkinan besar boleh lumpuh tu JPA. Gaji pula besar....bulih bayar gaji 3 urang kuli like me. Jadi jangan sibuk-sibuk mo buli-buli sa. Ada sa kisah?. Tumbukan ku nopo kante ne tulu nu nga kagarab kesuang hilo luang jamban. Hahahaaa......




Selasa, 23 Julai 2013

Keindahan Sabar



Sabar merupakan perkataan yang senang disebut tetapi sangat susah untuk diamalkan. Kita seringkali hilang sabar apabila maruah kita dicabar, kehidupan kita diuji dan sebagainya. Kenapakah kita selalu kehilangan sabar? Orang sabar tidak akan cepat melatah apabila musuh cuba mengesan kelemahannya. Sebaliknya sabar boleh dijadikan senjata paling ampuh dalam menundukkan hati musuh tanpa pertumpahan darah. Oleh itu hiasilah perjalanan hidup dengan sabar kerana sabar itu sangat indah, seindah malam menunggu siang. Cheewaahhh.... Tapi kata orang sabar ada had dan batasan dan sabar biar bertempat. Huhuhu.... Mata nak tutup tapi hati tak nak tidur....maka itu bacalah buku Keindahan Sabar - Sabar Menurut Pandangan Islam, karangan Dr. Yusuf Qardhawi. Mari kita tengok. Al-Imam Al-Ghazali menjelaskan, sabar terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ; bahagian anggota badan. Kedua ; menahan diri daripada menurut keinginan tabii dan hawa nafsu. Sifat sabar sangat penting. Al-Quran sangat mementingkan sifat sabar. Sabar penting untuk kejayaan di dunia dan kemenangan di akhirat. Sabar penting untuk mencapai segala cita-cita. Orang yang tidak sanggup menahan kesabaran tidak akan berhasil dalam apapun yang dilakukan. Petani tidak akan memetik hasil titik peluhnya tanpa sabar, pelajar tidak akan berjaya kalau tidak bersabar, perjuangan tidak akan berjaya tana sabar. Kata ahli syair ; "katakan olehmu siapa yang bersungguh-sungguh dan sabar dalam mencuba sesuatu perkara ia akan berjaya. Kadang-kadang hampir tumbang tetapi bangun semula, kadang-kadang tersilap langkah dan ditimpa bencana. Kadang-kadang terluka, hampir menimbulkan bengkak, kadang-kadang gagal. Kadang-kadang tidak bertemu sebarang senjata tetapi tidak pula putus asa, tidak hilang cahaya cita-cita". 'Janganlah berputus asa walaupun lama permohonan. Apabila memohon pertolongan dengan sabar anda akan melihat kelapangan. Berakhlak dengan sabar akan mencapai keperluan'. Dalam sebuah syair lain, 'Janganlah kamu menyangka kebesaran itu seperti buah tamar yang kamu memakannya. Kamu tidak mencapai kebesaran sehingga kamu mengharungi kesabaran'. "Ketahuilah olehmu banyaknya maksiat hamba itu disebabkan oleh dua perkara iaitu kurang sabar daripada apa yang disayanginya dan apa yang dibencinya". Dalam al-Quran banyak ayat yang menerangkan tentang sabar. Hukum bersabar itu adalah WAJIB. Hukum sabar juga bergantung kepada perkara tertentu. Sabar ke atas perkara yang diharamkan hukumnya WAJIB. Membalas kejahatan itu dengan pembalasan yang sebanding dengannya adalah diHARUSkan oleh ISLAM. Akan tetapi lebih afdhal ialah memberi kemaafan. Seperti maksud ayat 126 surah Al-Nahl. Pembalasan yang melampaui batas adalah zalim. Sabar daripada melakukan perkara yang dilarang hukumnya wajib, sabar daripada perkara yang makruh hukumnya sunat sebaliknya sabar terhadap orang yang hendak melakukan penganiayaan itu ditegah. Orang yang sabar daripada menzahirkan cemburu dan diam di atas apa yang berlaku ke atas ahlinya, maka sabar seumpama ini adalah HARAM. Sabar yang makruh ialah sabar terhadap sesuatu yang menyakiti yang dilakukan oleh pihak yang dibenci oleh syarak. Alamakkk....mata dah nak lelap. Uhhh...mengantuk dah. Lain kalilah saya sambung baca (entah bilalah lagi.....). Sebagai pengakhiran setakat tengah malam pagi ini, kata orang bijak pandai "SABAR terhadap KESENANGAN lebih susah daripada sabar terhadap KESUSAHAN". Fikir-fikirkan....bye... Assalamualaikum. Have a sweetdream.

Sabtu, 20 Julai 2013

Berbuka Puasa di Marriot Hotel

Sekali lagi saya mengandaskan diri. Makan bercampur-campur - daging kambing, udang, ketam dan sotong. Susah juga suka makan ni. Semalam pergi berbuka puasa di Marriot Hotel atas jemputan CIMB Bank - woww...makanannya lebih baik dan lebih banyak pilihan dari Pullman Hotel. Semua nak makan tapi tak semua dapat sebab perut dah kata "nak mampus?"....hahahaaa.... Yang penting dapat makan ice-cream. Sebab kalau nak beli aku tak beli...nak jaga berat badan konon...tapi kantoi bila jumpa yang free. Sup Ayah Haji tu sedap lah. Saya suka. Sampai rumah teringat-ingat. Nak lagiii....hantu sup memang gitu agaknya. Tapikan...orang-orang CIMB ni tak mesra alam laa... Tak macam orang-orang Bank Islam. Bank Islam semua dia pi berkenalan dan berborak.... Dorang penat agaknya. Walaupun makanan di Marriot Hotel lebih baik tapi tempat dan suasana sesak. Pullman Hotel punya tempat yang selesa, aman dan relaks. Hehehee....banyak betul komplain kan?... Apa-apa pun makan di rumah masih lagi yang terbaik - tempat paling selesa paling aman paling relaks makanan pun puas hati. Yeaahhhh!!!!..... Positif sahaja. Di mana-mana pasti ada kekurangannya. Tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Allah SWT. Terimalah seadanya. Bersyukur sentiasa dengan rahmat nikmat-Nya. Al-Hamdulillah. Masih lagi dapat menikmati pelbagai makanan. Maka itu jika ingin terus mahu menikmati semua itu, jagalah KESIHATAN anda. Jangan lupa beramal. Yupsss.... Terima kasih juga kepada insan-insan yang sudi menjemput saya ke majlis itu. Mungkin itu yang terakhir....



Welcome to Celcom MMS
An MMS has been sent to you containing the following attachement(s)

Jumaat, 12 Julai 2013

Buka Puasa di Pullman

Al-Hamdulillah. Kenyang. Tadi saya dengan kawan-kawan pergi berbuka puasa di Pullman, Putrajaya atas jemputan Bank Islam. Terima kasih.Makanan bolehlah. Hahaaa...bolehlah bagi saya yang selera kampung. Kali ini dahsyat sungguh...dilanggar segala pantang larang. Makanan laut dihentam berlanggar dengan darat. First time juga saya makan sotong, udang, ketam, ayam sekaligus.... Saya harap perutku takkan meragam. Saya mencari makanan yang pelik... Tiada pun yang pelik. Semua makanan tu lebih kurang sama saja dengan hotel lain yang saya pernah pergi seperti Klana Resort, Hotel Lexis N. Sembilan, Tok Aman Bali Kelantan, Impiana Resort Cherating, Seri Bayu (tak ingat nama..) Pangkor, Perak.....dsbg. Tapi saya suka tempatnya - tidak semak. Tempat sembahyangnya pun bagus. Dan the really i love is ice-cream. Klana Resort telah membuatkan berat badanku meninggat mendadak.... Sekarang ni mata dah tutup dah... Rancang nak terawih sendiri....apakan daya - berat sungguh mata ini. Rasa nak tinggal dekat hotel Pullman...heheheee... Apa-apa pun hotel ni memang cantik. Kawan kata (eila) 7 bintang. Wow...ingatkan sampai 5 bintang saja.... Nak tidur betul-betul dah.... Esok sahur nanti terlepas. TERIMA KASIH SEMUA.

Selasa, 9 Julai 2013

Grab Life

Break A Sweat
Improve your heart function by getting more active. Three 30-minute workouts a week (try brisk walking or swimming) will help make youstronger and more energised. And it doesn'nt matter how old you are - you can build muscle mass at any age.

Jump To It
Increase your bone density. (skipping la banyak-banyak ah. Untuk kekuatan tulang...untuk kurus badan juga)

Tea Or Coffee?
Three or four cups of tea a day can help cut your chances of heart attack. And recent studies indicate a cup of coffee a day could lower your risk of a stroke by up to 25%.

Lower The Heat
If you're prone to dry skin in winter, try a lukewarm shower. As well as moisturising, it is thought that avoiding abrupt temperature changes can help prevent the problem.

Back Up
A strong back is key to healthy, active life. (jagalah tulang belakang kamu ah...)

Friends For Life
A healthy social life could halve your risk of cognitive decline. Studies show that those with strong friendships and active lives boost their chances of longevity.

"Age is an issue of minf over matter - because if you don't mind, it doesn't matter" - Mark Twain.

-you may not sleep as deeply after 60, but you still need a good night's sleep-

-strength training can help you to build muscle at any age, even if you have already lost muscle tissue-

"Old age, especially an honoured old age, has no great authority, that it is of more value than the pleasures of youth" - Cicero, Roman Philosopher.

Belek-belek majalah reader digest - cerita kisah keretakan perkahwinan pertama penyanyi country Shania Twain menarik perhatian saya. Katanya, dia seperti nak mati apabila mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya yang merangkap sahabat baiknya. Kasihan kan?Seperti juga katanya, SECOND TIME IS THE RIGHT TIME (kalau mo tau baca sendiri. Hehehe). Ada orang tak suka peluang kedua. Tapi tidak dinafikan peluang kedua lebih baik kepada sesetengah orang. Bagi orang yang telah dikurniakan kebahagiaan dan dia mengkhianati maka peluang keduanya akan mengkhianatinya. Dan bagi orang yang dikhianati maka peluang keduanya adalah kebahagiaan. Hehehee.... Umat seluruh Malaysia akan berpuasa pada 10 julai 2013 bersamaan 1 ramadhan 1434H. SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN DAN SEMUA UMAT ISLAM. AMPUN DAN MAAF DIMINTA.


Kemaskini :
8/7/2013 & 9.00pm

Isnin, 8 Julai 2013

MTQ Antarabangsa ke-55, 2013

Musabaqah Tilawah al-Quran Antarabangsa yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Malaysia.

Keputusannya.

QARI

Johan : Indonesia (93.20%) / Dashrizal
Naib : Iran (92.38%) / Mohd Mashmul
Ke-3 : Malaysia (89.55%) / Anuar Hasin
Ke-4 : Bangladesh (89.19%) / Najmi Hassan
Ke-5 : Lubnan (87.67%) / Yusuf Marwan
Ke-6 : Maghribi (86.91%) / Mohd al-arobi
Ke-7 : Belgium(86.71%) / Boughalor
Ke-8 : Thailand (86.17%) / Mohd Khaleef

QARIAH

Johan : Maghribi (91.27%) / hjh. Baoursaq
Naib : Malaysia (88.08%) / Hanimzah Jalalaludin
Ke-3 : Thailand (87.67%) / Natifah Manashia
Ke-4 : Brunei (86.46%) / Dyg. Maidah Abd Rahman
Ke-5 : Mesir (85.88%) / Sumaiyah Abd Aziz
Ke-6 : Indonesia (85.56%) / Farida Daud
Ke-7 : Singapore (76.75%) / Nuradila
Ke-8 : Maldives (76.55%) / Suhana Maryam

(# nama peserta mungkin ada kesilapan...)

Hadiah johan sijil penyertaan, piala iringan, wang tunai empat puluh ribu ringgit dan jongkong emas bernilai tujuh puluh ribu ringgit. Wowww.... Kasihan tengok Ustaz Anuar Hasin. Demam kan... Tahun 2011 berada di kedudukkan kedua. Tapi paling bestlah wakil Indonesia tu. Saya dengar dia membaca berdiri bulu roma leher. Saya suka alunan tarannumnya. Bacaannya cermat. Cuma dia tidak punya pordah bacaan arab sebaik Anuar Hasin. Namun saya tidak dengar alunan bacaan johan qariah dari Maghribi. Menangis dia ketika diumumkan sebagai johan. Tahniah Semua!

kemaskini :
06.07.2013 / 11.30pm

Jumaat, 5 Julai 2013

Senam Tari Transformasi

Hari ini unit BP mengadakan jamuan perpisahan En. Faizal Dolah kerana naik pangkat dan bertukar keluar ke Kementerian Dalam Negeri. Semoga beliau akan terus berjaya dalam kerjayanya walau di mana pun beliau ditugaskan. Salah dan silap mohon dimaafkan. Seorang demi seorang bertukar keluar dari JPA, saya masih di sini. Ada niat nak pergi merayu sebenarnya. Tapi saya terus positif - pasti ada hikmah di sebaliknya. DAN perkara yang paling menyeronokkan juga melalaikan adalah - Pertandingan Senam Tari Transformasi JPA. Macam-macam langkah tarian. Memang mereka semua kreatif. Gelak ketawa tengok persembahan mereka. Pengacaranya paling nakal. Gumuk dan kurus begabung. Dan keputusannya JUARA ; BPO, N. JUARA ; BMI, KE-3 ; SARAAN. Tahniah untuk semua. Terutamanya pasukan BMI. Namun semua itu hanya keseronokkan sementara. Seorang abang bertanya kepada seorang abang, tak pi engok senam tari ke?. Katanya, tak elok dibuat acara tari-menari menjelang Ramadhan. Memang betul. Kelmarin semasa majlis ceramah Marhaban Ya Ramadhan, kehadiran pendengar tak sampai separuh pun auditorium tu. Tapi tadi acara senam tari penuh sampai berdiri di belakang. Jauh bezanya kan?.... Abang tu pula kata, sabar sajalah. Itulah katanya "transformasi" sambil dia gelak. Apakan daya manusia memang teramat sukakan hiburan yang 'go lucky'. Pengurusan JPA bertungkus-lumus untuk mempromosi transformasi kepada pekerjanya. Ramadhan ni mereka tak pandang kan? Ye ke?.... Kadang-kadang saya terfikir, apa yang pentingnya dengan transformasi bagai sedangkan pihak atasan begitu-begitu saja. MASA - kalau nak transformasi sangat kenapa tidak bermula dengan MASA. Tak menepati masa langsung. Program dijadualkan bermula pukul 3.00 petang tapi bermula pukul 3.30 petang. Tahu kenapa? Sebab pihak atasan VIP lambat datang. Mereka tak tahu ke orang bawahan dah bertungkus-lumus bagai. Mereka sibuk nak mentransformasikan orang bawahan tetapi mereka sendiri tak menyokong pun. Seperti juga program RoadShow Transformasi tempoh hari. Dalam emel pukul 3.30 petang. Pengurusan BMI minta datang awal pukul 3.00 petang. Namun urus setia datang pukul 3.45 petang. Sudahlah lewat, masa tu jugalah baru nak pasang nak sambung wayar. Ceramahnya bermula pukul berapa?....cuba teka?.... KPPA kata, sudahkah anda bersedia untuk transformasi?. Jadi siapa sebenarnya yang sudah dan belum bersedia?. Tapi biasalah....orang atasan sentiasa betul, bukan?. KPPA berucap dalam perhimpunan bulanan JPA - macam JPA ni teruk sangat. Mengakui atau tidak orang atasan VIP begitulah. Sedangkan ketua unit pun begitu. Mesyuarat bermula pukul 9.00 pagi. Datang pukul 9.30 pagi. Selamba saja tanpa minta maaf. Tapi bila anak buah yang lewat tegurannya ceramahnya setengah jam. Lewat dua minit saja pun. Kerja berulang-ulang. Semua kerja nak cepat tapi tiada kualiti. Mereka membuat keputusan kita menurut perintah - mereka tidak layak dihormati. Ok tak?. Tadi saya ada baca post KPPA di facebooknya. Nak tahu baca sendiri. Skim F - ada yang tak puas hati sebab lambat naik pangkat. Tak pelah ye. Gred 17 ni lagi kasihan. Gaji Gred 11 dah sama dengan Gred 17. Sudahlah susah nak naik. Jadi????.... Tapi saya tak kisah yang itu. Janji gaji tetap jalan. Kerja jalan. Gaji banyak kalau tak berkat tiada makna juga. Pangkat tinggi kalau tak jalankan tanggungjawab dosa besar. Kalau ada rezeki takkan ke mana. Berbuihlah mulut penuh komen di facebook kalau bukan hak kita tak kan dapat. Rezeki itu ketentuan Allah. Kita terus berusaha, berdoa dan tawakal. Sabar selalu. Keluhan, rungutan dan rintihan hanya akan menghalang rezeki kita. Namun itulah sifat manusia - tidak pernah puas dengan apa yang ada. Apa-apa pun jangan sampai menganiaya orang lain. Pilihan masing-masing kan?... DAN saya terus menanti apalagi transformasi KPPA. Perhimpunan bulanan JPA akan datang - saya nak tengok ketepatan masanya dan nak dengar intipati ucapannya. Ada perubahan atau masih sama?. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pun lebih kurang juga. Pemberi harapan palsu. Panggil temu duga puluhan ribu yang nak di ambil tak sampai seratus. Nak cover jabatan sendiri. Dipanggilnya ramai-ramai kalau tak dapat itu salah yang ditemuduga. Lepaslah mereka. Bukan begitu?. Itulah SPA....SPA itulah. Kerja mereka...mereka kerja lah tu...kan?. Mungkin itu juga transformasi mereka. Hanya Allah yang maha mengetahui. Tak sabar nak puasa. Nak uji persediaan dan persiapan dah utuh atau sebaliknya. Terkejut baca berita perdana menteri Mesir Dr. Morsi telah digulingkan. Wow... Walaupun telah dipilih secara demokrasi tetapi tidak menjamin kedudukkannya. Politik punya pasal. Kekejaman makin terserlah. Saling menganiaya, kawan makan kawan, tikam dari belakang....etc. Semoga Malaysia dijauhkan dari semua itu. Insya-Allah.

Kedudukkan Puasa Kita

Tinggal beberapa hari lagi ramadhan akan bermula. Sambil dengar Majlis Tilawah al-Quran melalui tv1 dan pada masa yang sama sekali-sekala membaca buku panduan puasa ramadhan. Nak tunggu wakil qari Malaysia (En. Anuar Hasin) memperdengar bacaan. Al-Hamdulillah. (siap rakam tu...). Saya nak berkongsi sedikit perkara berkaitan dengan puasa. Bukan tentang niat atau batal makruh haram yer... Yang itu saya pasti semua orang tahu tapi saja-saja nak tanya. Nak bagi orang dan diri sendiri keliru. Di mana kedudukkan puasa kita?. Imam Ghazali dalam kitabnya ada menyebut, puasa ada tiga kedudukkan iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus al khusus. Ia menerangkan, puasa umum ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Puasa khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Manakala puasa khusus al khusus ialah menahan hati dari keinginan yang buruk dan memikirkan sesuatu selain dari Allah secara keseluruhannya. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan. Untuk mencapai tahap ini maka perlu menyempurnakan 6 perkara :

1 - Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara tercela dan dibenci oleh syariat serta segala perkara yang boleh mengganggu dan melalaikan hati dari mengingati Allah SWT.

2 - Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dsbg. Banyakkan berdiam diri, berzikir dan membaca al-Quran.

3 - Menahan dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak.

4 - Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa - menahan tangan dan kaki dari perkara yang dilarang dan menahan perut dari perkara syubhat ketika berbuka.

5 - Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal. Perut yang penuh dibenci Allah.

6 - Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada Allah kerana kita tidak tahmu sama ada puasa kita diterima oleh Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya atau sebaliknya.

Dan di akhir ramadhan bekalan atau perkara kebaikkan yang kita boleh perolehi dari ibadat puasa adalah :

SIFAT IKHLAS
ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba dan tuhannya. Sifat ini paling berharga dalam kehidupan seorang islam kerana amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak diterima oleh Allah dan tidak membuahkan hasil.

MUJADALAH DAN KEKUATAN JIWA
Puasa mengajar kita meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun perkara yang telah dihalalkan. Puasa mendidik kita untuk lebih tegas meninggalkan perkara yang dilarang.

SABAR
Puasa melatih kita supaya bersabar ketika berhadapan dengan keinginan diri dan godaan luaran.

MEMELIHARA FIZIKAL
Puasa menyebabkan kita memelihara perut, mata, telinga, lidah, tangan dan kaki dari perkara yang boleh membatalkan puasa.

PRIHATIN & BELAS KASIHAN
Puasa melahirkan rasa prihatin dan belas kasihan kepada fakir miskin. Perasaan ini adalah titik tolak kepada rasa tanggungjawab untuk melakukan pembaikan dalam masyarakat.

MEMBUKA HIJAB ANTARA DIRI DENGAN ALLAH
Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan berupaya membersihkan roh dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara hamba dan tuhannya.

MENGENALI ERTI KEJAYAAN SEBENAR
Puasa mengajar mukmin erti kejayaan sebenar. Harta dan kedudukkan bukan pengukur kepada kejayaan. Orang yang berpuasa akan memperolehi dua kejayaan iaitu ketika berbuka dan ketika menemui tuhannya.

LEMAH LEMBUT
Puasa melatih kita bersikap berlapang dada dan menahan diri dari perasaan marah.

KUKUHKAN UKHWAH
Nikmat dan kebaikkan bulan Ramadhan dikongsi bersama oleh seluruh umat islam tanpa mengira bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan batas geografi.

MENJAGA MASA
Puasa mengajar kita supaya teliti dengan masa. Disiplin masa amat perlu agar setiap perancangan berjaya dan tepat pada masa yang ditetapkan.

SIHAT TUBUH BADAN
Menurut pakar-pakar perubatan puasa boleh menyembuhkan pelbaai penyakit yang tidak boleh dipulihkan oleh sesetengah ubatan moden atau tradisi.

Kita berusaha untuk kebaikkan diri khususnya dan seluruh umat amnya.
Insya-Allah.
Amiin.

Mkbs / 12.10am

Khamis, 4 Julai 2013

MARHABAN YA RAMADHAN

Pagi tadi saya hadir ceramah penerapan nilai murni sempena menyambut bulan ramadhan al-mubarak. Penceramah jemputan adalah Yang Berbahagia Ustaz Dzulkarnain Hamzah al-Hafiz. Sepatutnya majlis bermula pukul 10.00 pagi tetapi tertanggug ke pukul 10.45 pagi kerana ustaz baru sampai dari Kelantan.

PERSIAPAN MENYAMBUT PUASA - persiapkan diri kita dengan sifat :

1) Muraqabah : Sentiasa merasa diri diawasi oleh Allah SWT. Jaga setiap perbuatan dan amalan di bulan ramadhan.

2) Muhassabah : Hisab diri. Perbanyakkan amalan lebih daripada bulan-bulan lain seperti baca al-Quran, banyakkan bersedekah, terawih jangan lupa, banyakkan zikir dsbg.

3) Mujahadah : Bersungguh-sungguh. Lakukan amalan dengan bersungguh-sungguh. Segala pantang larang, pancaindera dan mengharap amalan akan diterima oleh Allah SWT.

4) Muaqabah : Menghukum diri. Manusia tidak bebas daripada melakukan kesalahan. Setiap kesalahan itu ada hukumannya. Maka perbanyakkan amalan sunat di bulan ramadhan.

5) Muatabah : Merendah diri. Walaupun kita merasa diri kita sudah cukup baik jangan lupa ada orang lain lagi yang lebih baik daripada kita. Perbanykkan istighfar.


Puasa bukan hanya sekadar niat sahaja. Bulan ramadhan adalah bulan yang menyediakan peluang dan ruang untuk melakukan amalan soleh, melakukan perintah yang disuruh oleh Allah SWT. Maka itu, rebutlah peluang dan ruang tersebut kerana ia tidak ada di bulan lain.


mkbs - saya juga mengharapkan lebih dari biasa. Semoga segala perancangan akan berjalan dengan lancar mengikut jadual. Setiap tahun perancangan dirangka dengan baik namun sering tergelincir...harap-harap ramadhan kali ini tiada lagi istilah tergelincir. Insya-Allah.

Nasihat-Nasihat Dr Zaharuddin


1. Antara tanda seseorg itu punyai iman yang segar lagi sihat adalah di waktu dia berseorangan (samada di bilik hotel, luar negara, rumah sendiri, pejabat dll) apa yang dilakukan semuanya baik & bermanfaat kepada imannya. Tiada takut dan resah walau diketahui orang lain.

2. Adakalanya kita rasa ‘cemburu’ dengan pencapaian, kejayaan, harta & perolehan orang lain. Tanpa dikawal ‘cemburu’ itu boleh memakan diri juga menghasilkan kedengkian. Kawallah ia dengan YAKIN bahawa jika bukan rezekimu, apa jua yang kamu lakukan TETAP TIDAK akan diperoleh, yang penting USAHA & TAWAKKAL serta REDHA dengan apa jua hasilnya. Semuanya berdsarkan rezeki masing2, maka HATI TENANG.

3. Dari telinga jatuh ke hati, itu wanita, mudah terpesona dengan apa yang didengarinya. Akibatnya, sering tertipu antara pujian hakiki dan tipu helah perangkap. Dari mata jatuh ke hati, itu lelaki, mudah terpesona dengan apa yang dilihatnya, hingga kerap terkeliru antara indah hakiki & palsu. Justeru, wanita perlu berhati-hati dengan ucapan indah yang didengarinya, lelaki perlu menjaga pandangannya.

4. Mulakan hari dengan positif, sangka baik bahawa Allah akan memberikan keluasan & jalan keluar bagi kesukaran yg sedang dan bakal dihadapi. Tiada kemudahan kecuali apa yang dipermudahkan oleh Allah dan kamulah wahai Allah yang menjadikan kesedihan dan dukacita itu mudah ditanggung. Moga hari-hari kita diberkati.

5. Mengapa kau beri dan ambil rasuah? “Jika tak beri rasuah, masakan syarikat aku boleh hidup?” Itu alasan aqal pendek serta bingung seorang peniaga. Tidak dilihatnya jenayah rasuahnya itu secara meluas iaitu secara ‘big picture’ yang akhirnya akan terkena kesan buruknya kepada perniagaannya sendiri, melalui pelbagai cara. Malang apabila dia hanya mampu melihat begitu pendek, ringkas dan tersekat. Lupa bahawa sebuah masyarakat perniagaan yang korup menjauhkan perkembangan skill dalam sesebuah perniagaan. Mengundang pekerja yang korup juga, dan melarikan pelanggan. Ya, jangka pendek mungkin boleh mendabik dada, namun tunggu kesan buruknya kelak.

6. Kegagalan jangan dicari. Tetapi apabila ia datang, ia tanda bahawa satu perubahan drastik diperlukan dalam rutin harian, untuk mengubah zon selesa yang lapuk kepada sebuah zon baru yang tidak lagi gagal. Jadikan kegagalan sebagai ubat penawar yang maha pahit tetapi menyembuhkan luka yang dalam, terlihat dan tidak terlihat. Sesungguhnya orang Mukmin itu tidak sedih dan tidak takut kecuali kepada Allah.

7. Seorang ulama berkata : “Orang yang mencemburui sambil berdengki dengan apa yang ada pada orang lain sebenarnya adalah sedang merungut dan memarahi keputusan Allah swt, lebih parah dia juga seolah sedang menuduh Allah itu tidak adil”. Justeru, teruskan usaha dan redha dengan apa yang diperolehi, jadikan apa yang ada pada orang lain sebagai motivasi untuk ke hadapan sambil memastikan jalannya diredhai Allah & RasulNya.

8. Jangan diletak kebahagian pada rupa, apabila tua, hilanglah bahagia; Jangan pada kulit, ia tetap akan kedut jua; Jangan pada fesyen, ia tetap akan ditanggalkan dengan kain kapan; Jangan pada harta, bila mati, pasti tidak bahagia; Jangan pada manusia, mereka boleh berubah & tinggalkan kita; Jangan pada pujian, kerana ia akan putus; Jangan pada pangkat, semua boleh terangkat & pasti mangkat, TAPI letaklah bahagia pada mencari redha Allah, dengan taatiNya, kerana Dia tidak akan hilang, mati atau berubah dan janjiNya pasti. dengan itu, kita masih mampu bahagia di celah masalah duniawi yang sementara.

9. Hasil godaan syaitan, manusia tidak terlepas dari dosa, namun selepas itu, pastikan syaitan bersedih dengan dosa kita. Jadikan dosa lalu sebagai motivasi mengganda amal dan merendah diri. Sesungguhnya, menyedari diri berdosa mampu mengelak diri dari penyakit hati riya’, ‘ujub, sum’ah, takbur dan sifat munafiq. Wahai diri, usahalah agar syaitan berdukacita. Nescaya imanmu bergembira.

10. Tenangkan fikiran, luaskan bacaan & rujukan sebelum membuat pendirian, kesimpulan dan keputusan. Tenangkan jiwa sebelum bertindak, dengan itu sebarang kesan, implikasi dan tindakbalas dari keputusan, pendirian dan tindakan itu akan dapat dihadapi dengan tenang, kukuh pendirian dan masih mampu tidur dan meneruskan kehidupan dengan normal.

11. WANITA terperangkap, ingin pujian terhadap fizikalnya, lalu banyak gambarnya tersiar di facebook; LELAKI juga terperangkap lalu kerap menyiarkan kejayaan demi kejayaannya. Kedua-dua sedang diuji, justeru berpadalah dalam siaran gambar juga pencapaian diri, nasihat untuk diri ini dan semua. Ia adalah bahan mentah untuk Syaitan memasak hati kita dengan riya’ lagi ‘ujub. Ya Allah selamatkan kami.

12. Jangan mengeji diri sendiri secara berlafaz (kecuali ketika taubat), kerana ia hanya akan memberikan tubuh kita lanjutan perasaan kegagalan dan negatif, lalu bakal membawa rantaian kegagalan dan kesalahan yang lain, kerana ia telah memasuki minda separa sedar kita menjadi seperti racun berbisa. Kerana itu, Islam mengajar bila kegagalan, kesukaran dan musibah tertimpa, ucaplah “Hasbunallah wa ni’mal wakil”, La hawla wala quwwata illa billah” dan “inna lillahi wa inna ilaihi raa’jiun”. Kemudian, positifkanlah dirimu. Kamu boleh…!

13. Wahai ibubapa, insaflah kita, telitilah tugas kita, didiklah mereka dengan sifat malu bersalut AGAMA. Tanpa malu, satu persatu kesesatan akan diserap di dalam jiwa, hati dan minda.

14. Antara petunjuk hati kotor dan jauh dari rahmat Allah ialah apabila dibacakan kalam Allah atau bicara Islam, orang itu akan merasa jemu, mengantuk atau tak peduli tetapi apabila mendengar bahan-bahan lalai dan hiburan mereka mendengar dgn penuh semangat dan apabila dibuai lagu dan nyanyian mereka mengikut-pengikutnya dan menghafal liriknya.

15. Jangan terleka, kejayaan dan kesihatan kita mungkin juga adalah hasil doa orang sekeliling, sama ada keluarga, adik beradik, rakan taulan, murid, guru dan lain-lain. Jangan kita bermusuh, mengeji dan mencemuh orang lain, mungkin kita tercemuh mereka yang mendoakan kita dan doanyalah yang maqbul. Justeru, luaskan kebaikan, ihsan dan akhlak kepada lebih ramai manusia, sempitkan permusuhan dan kebencian, moga doa ramai akan terus milik kita jua. Ingatan buat diri & semua.

16. Isteri yang mahal dari pandangan Islam ialah isteri yang tidak meletakkan darjat dan kemuliaannya kepada wang, tetapi kepada iman, kasih, jiwa dan hatinya. Kalau diletakkan nilainya kepada wang, wang akan hilang. Kalau diletakkan kepada iman, kasih serta hatinya ia akan berkekalan sehingga hari kiamat dan seterusnya membawanya ke syurga.

17. Wajarkah jika kita melakukan sesuatu yang Allah BENCI, namun kita sentiasa meminta dariNya yang kita SUKAI.? Syukurlah Allah itu maha pengasih dan besar rahmatNya, justeru kita masih TERUS digalakkan untuk meminta walau seburuk manapun persembahan kita kepada Allah, cuma sampai bilakah hati itu ingin INSAF lagi sedar??

18. Jika engkau letih melakukan kebaikan, sedarlah, keletihan itu akan hilang dan pahalamu sudah tersimpan dan kekal. Jika engkau berlazat & berseronok berbuat dosa, seronok & lazat itu juga akan berlalu, tapi dosa & azab masih kekal.

19. Jika kita tidak mampu menyebar dan memandu kebaikan, jangan sama sekali menjadi penghalang bagi mereka yang ingin menyebarkannya.

20. Wanita sebagai anak kecil; adalah pintu dari pintu-pintu syurga dan tembok menghalang neraka dari ibubapanya, Wanita sebagai isteri; adalah pelengkap kepada agama suaminya, Wanita sebagai ibu; redha Allah terhadap anak berada pada redhanya, Andai lelaki mengetahui kedudukan wanita ini, pasti mereka akan HARGAINYA. Semua ini dari inti kalam baginda Nabi salallahu ‘alaihi wasallam.

21. Suami yang ‘mahal’ lagi ‘bernilai’ pada pandangan Islam ialah suami yang tidak meletakkan darjat dan kemuliaan dirinya kepada jumlah isterinya dan kecantikan mereka TETAPI diletak kepada iman, kesucian hati dan cinta isterinya kepada Islam dan suaminya walau fizikal mereka kurang @ tidak cantik pada mata orang. Mereka tetap bidadari hatinya di syurga kelak. InshaAllah

22. Al-Imam Al-Syafie berkata : “Apabila orang yang baru belajar terus maju ke hadapan (sehingga menjadi tokoh besar), maka dia pasti terluput ilmu yang sangat banyak”. Justeru, sama-sama kita belajar sesuatu ilmu dari basic agar kelak tidak tersesat jalan, pandangan serta pegangan.

23. Ramai yang enggan membuka buku dan membaca tulisan seseorang individu kerana merasakan dirinya tidak layak untuk membaca dan melihat luahan ilmu daripada seorang yang dianggap lebih rendah daripadanya. “Ramai juga yang enggan mendengar ulasan kebaikkan daripada seorang individu lain hanya kerana menyangka dirinya lebih mengetahui ataupun terdapat perbezaan pendapat. Dan begitulah terbantutnya proses ilmu itu hanya kerana setitis sifat ego yang ada dalam diri”
“Ego sebenarnya akan menjadikan seseorang itu semakin ‘tidak pandai’. Lebih malang lagi, ego akan menjadikan dirinya ujub dan rasa hebat pada matanya sendiri sahaja, namun ia kelihatan ‘bodoh’ pada pandangan ramai. Ya Allah, jauhilah kami daripada tergolong dalam kumpulan ini.

24. Jika nak berjaya di dalam dunia kerjaya & pekerjaan, cuba elak jawab “Tak boleh buat”, “tak tahu”, “tak jumpa”..bila diminta berbuat sesutau tugasan (yang halal pastinya)..usaha cari hingga lubang cacing bagi boleh buat, boleh siap, boleh jumpa dan boleh tahu..itu yang dikehendaki untuk menjadi profesional dan skillful worker.

25. Adakalanya kita BERHARAP sesuatu & gagal diperolehi waktu itu, kita menyangka ia sebuah KEGAGALAN. Namun, sedang tiada diduga serta kelihatan tiada lagi harapan, TIBA-TIBA yang diharap dahulunya itu menjadi kenyataan. Kegagalan hari ini mungkin hanya penangguhan kejayaan. Pokoknya, teruskan usaha & bertaqwalah kepada Allah, nescaya jalan keluar pasti muncul. Berdoalah dan mintalah bantuan dengan solat dan sabar.

26. Agak ramai wanita mengatakan, pakaian mereka tidak melambangkan akhlak dan hati mereka. Namun ketahuilah, setakat pengetahuan saya berdasarkan pergaulan dengan teman-teman muslimin yang soleh & yg berilmu. Boleh dikatakan sekitar 80% antara mereka melihat pakaian wanita sebagai langkah awal memilih jodoh (selain wajah). Pakaian adalah pintu awal untuk dimasukkan dalam kategori boleh dipertimbang jadi isteri solehah, diikuti ciri-ciri lain. Justeru, bagi wanita yg pakaian ketat, terbelah, dedah dada, dedah tangan, serba nipis, berbonggol unta etc, peluang kalian mendapat suami soleh berkurangan hampir 80%.

28. Ada orang di hadapan kita DIA menghormati kita, adakalanya memuji. Namun di dalam hati, DIA memperleceh, mengutuk & memfitnah kita. Di belakang, kita dipersendakan. Wahai sahabat dan rakan, usahakan untuk TIDAK menjadi ‘DIA’ waktu kamu bersahabat, berjemaah dan berkawan. Apa yang didalam hati pasti akhirnya akan mengeluarkan tanda, melalui ‘bahasa tubuh dan lisan’. Kelak pasti, yang dirahsiakan bocor jua..tatkala itu, silaturrahmi mungkin ‘bergoyang’.

29. Tidak perlulah berpening kepala menyukarkan nama anak dengan nama yang luar biasa serta pelik. Cukuplah meletakkan nama mereka pada makna yang baik atau nama-nama para nabi, ummul mukminan, para solehin dan solehat. Kemudian ber’pening’lah untuk merancang dan bertindak menjadikan mereka sebaik nama mereka. Agar kita tidak pening di kemudian hari.

30. Wahai wanita..antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAHWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atau berdepan, SELAGIMANA DIA belum bernikah denganmu. Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka juga bertaubat.

mkbs - sebagai sempadan dan peringatan untuk diri sendiri.