Sabar merupakan perkataan yang senang disebut tetapi sangat susah untuk diamalkan. Kita seringkali hilang sabar apabila maruah kita dicabar, kehidupan kita diuji dan sebagainya. Kenapakah kita selalu kehilangan sabar? Orang sabar tidak akan cepat melatah apabila musuh cuba mengesan kelemahannya. Sebaliknya sabar boleh dijadikan senjata paling ampuh dalam menundukkan hati musuh tanpa pertumpahan darah. Oleh itu hiasilah perjalanan hidup dengan sabar kerana sabar itu sangat indah, seindah malam menunggu siang. Cheewaahhh.... Tapi kata orang sabar ada had dan batasan dan sabar biar bertempat. Huhuhu.... Mata nak tutup tapi hati tak nak tidur....maka itu bacalah buku Keindahan Sabar - Sabar Menurut Pandangan Islam, karangan Dr. Yusuf Qardhawi. Mari kita tengok. Al-Imam Al-Ghazali menjelaskan, sabar terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ; bahagian anggota badan. Kedua ; menahan diri daripada menurut keinginan tabii dan hawa nafsu. Sifat sabar sangat penting. Al-Quran sangat mementingkan sifat sabar. Sabar penting untuk kejayaan di dunia dan kemenangan di akhirat. Sabar penting untuk mencapai segala cita-cita. Orang yang tidak sanggup menahan kesabaran tidak akan berhasil dalam apapun yang dilakukan. Petani tidak akan memetik hasil titik peluhnya tanpa sabar, pelajar tidak akan berjaya kalau tidak bersabar, perjuangan tidak akan berjaya tana sabar. Kata ahli syair ; "katakan olehmu siapa yang bersungguh-sungguh dan sabar dalam mencuba sesuatu perkara ia akan berjaya. Kadang-kadang hampir tumbang tetapi bangun semula, kadang-kadang tersilap langkah dan ditimpa bencana. Kadang-kadang terluka, hampir menimbulkan bengkak, kadang-kadang gagal. Kadang-kadang tidak bertemu sebarang senjata tetapi tidak pula putus asa, tidak hilang cahaya cita-cita". 'Janganlah berputus asa walaupun lama permohonan. Apabila memohon pertolongan dengan sabar anda akan melihat kelapangan. Berakhlak dengan sabar akan mencapai keperluan'. Dalam sebuah syair lain, 'Janganlah kamu menyangka kebesaran itu seperti buah tamar yang kamu memakannya. Kamu tidak mencapai kebesaran sehingga kamu mengharungi kesabaran'. "Ketahuilah olehmu banyaknya maksiat hamba itu disebabkan oleh dua perkara iaitu kurang sabar daripada apa yang disayanginya dan apa yang dibencinya". Dalam al-Quran banyak ayat yang menerangkan tentang sabar. Hukum bersabar itu adalah WAJIB. Hukum sabar juga bergantung kepada perkara tertentu. Sabar ke atas perkara yang diharamkan hukumnya WAJIB. Membalas kejahatan itu dengan pembalasan yang sebanding dengannya adalah diHARUSkan oleh ISLAM. Akan tetapi lebih afdhal ialah memberi kemaafan. Seperti maksud ayat 126 surah Al-Nahl. Pembalasan yang melampaui batas adalah zalim. Sabar daripada melakukan perkara yang dilarang hukumnya wajib, sabar daripada perkara yang makruh hukumnya sunat sebaliknya sabar terhadap orang yang hendak melakukan penganiayaan itu ditegah. Orang yang sabar daripada menzahirkan cemburu dan diam di atas apa yang berlaku ke atas ahlinya, maka sabar seumpama ini adalah HARAM. Sabar yang makruh ialah sabar terhadap sesuatu yang menyakiti yang dilakukan oleh pihak yang dibenci oleh syarak. Alamakkk....mata dah nak lelap. Uhhh...mengantuk dah. Lain kalilah saya sambung baca (entah bilalah lagi.....). Sebagai pengakhiran setakat tengah malam pagi ini, kata orang bijak pandai
"SABAR terhadap KESENANGAN lebih susah daripada sabar terhadap KESUSAHAN". Fikir-fikirkan....bye... Assalamualaikum. Have a sweetdream.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou