Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Khamis, 4 Julai 2013

MARHABAN YA RAMADHAN

Pagi tadi saya hadir ceramah penerapan nilai murni sempena menyambut bulan ramadhan al-mubarak. Penceramah jemputan adalah Yang Berbahagia Ustaz Dzulkarnain Hamzah al-Hafiz. Sepatutnya majlis bermula pukul 10.00 pagi tetapi tertanggug ke pukul 10.45 pagi kerana ustaz baru sampai dari Kelantan.

PERSIAPAN MENYAMBUT PUASA - persiapkan diri kita dengan sifat :

1) Muraqabah : Sentiasa merasa diri diawasi oleh Allah SWT. Jaga setiap perbuatan dan amalan di bulan ramadhan.

2) Muhassabah : Hisab diri. Perbanyakkan amalan lebih daripada bulan-bulan lain seperti baca al-Quran, banyakkan bersedekah, terawih jangan lupa, banyakkan zikir dsbg.

3) Mujahadah : Bersungguh-sungguh. Lakukan amalan dengan bersungguh-sungguh. Segala pantang larang, pancaindera dan mengharap amalan akan diterima oleh Allah SWT.

4) Muaqabah : Menghukum diri. Manusia tidak bebas daripada melakukan kesalahan. Setiap kesalahan itu ada hukumannya. Maka perbanyakkan amalan sunat di bulan ramadhan.

5) Muatabah : Merendah diri. Walaupun kita merasa diri kita sudah cukup baik jangan lupa ada orang lain lagi yang lebih baik daripada kita. Perbanykkan istighfar.


Puasa bukan hanya sekadar niat sahaja. Bulan ramadhan adalah bulan yang menyediakan peluang dan ruang untuk melakukan amalan soleh, melakukan perintah yang disuruh oleh Allah SWT. Maka itu, rebutlah peluang dan ruang tersebut kerana ia tidak ada di bulan lain.


mkbs - saya juga mengharapkan lebih dari biasa. Semoga segala perancangan akan berjalan dengan lancar mengikut jadual. Setiap tahun perancangan dirangka dengan baik namun sering tergelincir...harap-harap ramadhan kali ini tiada lagi istilah tergelincir. Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou