Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Jumaat, 5 Julai 2013

Kedudukkan Puasa Kita

Tinggal beberapa hari lagi ramadhan akan bermula. Sambil dengar Majlis Tilawah al-Quran melalui tv1 dan pada masa yang sama sekali-sekala membaca buku panduan puasa ramadhan. Nak tunggu wakil qari Malaysia (En. Anuar Hasin) memperdengar bacaan. Al-Hamdulillah. (siap rakam tu...). Saya nak berkongsi sedikit perkara berkaitan dengan puasa. Bukan tentang niat atau batal makruh haram yer... Yang itu saya pasti semua orang tahu tapi saja-saja nak tanya. Nak bagi orang dan diri sendiri keliru. Di mana kedudukkan puasa kita?. Imam Ghazali dalam kitabnya ada menyebut, puasa ada tiga kedudukkan iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus al khusus. Ia menerangkan, puasa umum ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Puasa khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Manakala puasa khusus al khusus ialah menahan hati dari keinginan yang buruk dan memikirkan sesuatu selain dari Allah secara keseluruhannya. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan. Untuk mencapai tahap ini maka perlu menyempurnakan 6 perkara :

1 - Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara tercela dan dibenci oleh syariat serta segala perkara yang boleh mengganggu dan melalaikan hati dari mengingati Allah SWT.

2 - Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dsbg. Banyakkan berdiam diri, berzikir dan membaca al-Quran.

3 - Menahan dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak.

4 - Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa - menahan tangan dan kaki dari perkara yang dilarang dan menahan perut dari perkara syubhat ketika berbuka.

5 - Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal. Perut yang penuh dibenci Allah.

6 - Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada Allah kerana kita tidak tahmu sama ada puasa kita diterima oleh Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya atau sebaliknya.

Dan di akhir ramadhan bekalan atau perkara kebaikkan yang kita boleh perolehi dari ibadat puasa adalah :

SIFAT IKHLAS
ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba dan tuhannya. Sifat ini paling berharga dalam kehidupan seorang islam kerana amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak diterima oleh Allah dan tidak membuahkan hasil.

MUJADALAH DAN KEKUATAN JIWA
Puasa mengajar kita meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun perkara yang telah dihalalkan. Puasa mendidik kita untuk lebih tegas meninggalkan perkara yang dilarang.

SABAR
Puasa melatih kita supaya bersabar ketika berhadapan dengan keinginan diri dan godaan luaran.

MEMELIHARA FIZIKAL
Puasa menyebabkan kita memelihara perut, mata, telinga, lidah, tangan dan kaki dari perkara yang boleh membatalkan puasa.

PRIHATIN & BELAS KASIHAN
Puasa melahirkan rasa prihatin dan belas kasihan kepada fakir miskin. Perasaan ini adalah titik tolak kepada rasa tanggungjawab untuk melakukan pembaikan dalam masyarakat.

MEMBUKA HIJAB ANTARA DIRI DENGAN ALLAH
Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan berupaya membersihkan roh dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara hamba dan tuhannya.

MENGENALI ERTI KEJAYAAN SEBENAR
Puasa mengajar mukmin erti kejayaan sebenar. Harta dan kedudukkan bukan pengukur kepada kejayaan. Orang yang berpuasa akan memperolehi dua kejayaan iaitu ketika berbuka dan ketika menemui tuhannya.

LEMAH LEMBUT
Puasa melatih kita bersikap berlapang dada dan menahan diri dari perasaan marah.

KUKUHKAN UKHWAH
Nikmat dan kebaikkan bulan Ramadhan dikongsi bersama oleh seluruh umat islam tanpa mengira bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan batas geografi.

MENJAGA MASA
Puasa mengajar kita supaya teliti dengan masa. Disiplin masa amat perlu agar setiap perancangan berjaya dan tepat pada masa yang ditetapkan.

SIHAT TUBUH BADAN
Menurut pakar-pakar perubatan puasa boleh menyembuhkan pelbaai penyakit yang tidak boleh dipulihkan oleh sesetengah ubatan moden atau tradisi.

Kita berusaha untuk kebaikkan diri khususnya dan seluruh umat amnya.
Insya-Allah.
Amiin.

Mkbs / 12.10am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou