1. Antara tanda seseorg
itu punyai iman yang segar lagi sihat adalah di waktu dia berseorangan
(samada di bilik hotel, luar negara, rumah sendiri, pejabat dll) apa
yang dilakukan semuanya baik & bermanfaat kepada imannya. Tiada takut
dan resah walau diketahui orang lain.
2. Adakalanya kita rasa
‘cemburu’ dengan pencapaian, kejayaan, harta & perolehan orang lain.
Tanpa dikawal ‘cemburu’ itu boleh memakan diri juga menghasilkan
kedengkian. Kawallah ia dengan YAKIN bahawa jika bukan rezekimu, apa jua yang
kamu lakukan TETAP TIDAK akan diperoleh, yang penting USAHA & TAWAKKAL
serta REDHA dengan apa jua hasilnya. Semuanya berdsarkan rezeki masing2,
maka HATI TENANG.
3. Dari telinga jatuh
ke hati, itu wanita, mudah terpesona dengan apa yang didengarinya.
Akibatnya, sering tertipu antara pujian hakiki dan tipu helah perangkap.
Dari mata jatuh ke hati, itu lelaki, mudah terpesona dengan apa yang
dilihatnya, hingga kerap terkeliru antara indah hakiki & palsu.
Justeru, wanita perlu berhati-hati dengan ucapan indah yang didengarinya, lelaki
perlu menjaga pandangannya.
4. Mulakan hari dengan
positif, sangka baik bahawa Allah akan memberikan keluasan & jalan
keluar bagi kesukaran yg sedang dan bakal dihadapi. Tiada kemudahan
kecuali apa yang dipermudahkan oleh Allah dan kamulah wahai Allah yang
menjadikan kesedihan dan dukacita itu mudah ditanggung. Moga hari-hari
kita diberkati.
5. Mengapa kau beri dan
ambil rasuah? “Jika tak beri rasuah, masakan syarikat aku boleh
hidup?” Itu alasan aqal pendek serta bingung seorang peniaga. Tidak
dilihatnya jenayah rasuahnya itu secara meluas iaitu secara ‘big
picture’ yang akhirnya akan terkena kesan buruknya kepada perniagaannya
sendiri, melalui pelbagai cara. Malang apabila dia hanya mampu melihat
begitu pendek, ringkas dan tersekat. Lupa bahawa sebuah masyarakat
perniagaan yang korup menjauhkan perkembangan skill dalam sesebuah
perniagaan. Mengundang pekerja yang korup juga, dan melarikan pelanggan.
Ya, jangka pendek mungkin boleh mendabik dada, namun tunggu kesan
buruknya kelak.
6. Kegagalan jangan
dicari. Tetapi apabila ia datang, ia tanda bahawa satu perubahan drastik
diperlukan dalam rutin harian, untuk mengubah zon selesa yang lapuk
kepada sebuah zon baru yang tidak lagi gagal. Jadikan kegagalan sebagai
ubat penawar yang maha pahit tetapi menyembuhkan luka yang dalam,
terlihat dan tidak terlihat. Sesungguhnya orang Mukmin itu tidak sedih
dan tidak takut kecuali kepada Allah.
7. Seorang ulama
berkata : “Orang yang mencemburui sambil berdengki dengan apa yang ada
pada orang lain sebenarnya adalah sedang merungut dan memarahi keputusan
Allah swt, lebih parah dia juga seolah sedang menuduh Allah itu tidak
adil”. Justeru, teruskan usaha dan redha dengan apa yang diperolehi, jadikan
apa yang ada pada orang lain sebagai motivasi untuk ke hadapan sambil memastikan
jalannya diredhai Allah & RasulNya.
8. Jangan diletak
kebahagian pada rupa, apabila tua, hilanglah bahagia; Jangan pada kulit,
ia tetap akan kedut jua; Jangan pada fesyen, ia tetap akan ditanggalkan
dengan kain kapan; Jangan pada harta, bila mati, pasti tidak bahagia; Jangan
pada manusia, mereka boleh berubah & tinggalkan kita; Jangan pada
pujian, kerana ia akan putus; Jangan pada pangkat, semua boleh terangkat
& pasti mangkat, TAPI letaklah bahagia pada mencari redha Allah, dengan
taatiNya, kerana Dia tidak akan hilang, mati atau berubah dan janjiNya
pasti. dengan itu, kita masih mampu bahagia di celah masalah duniawi yang
sementara.
9. Hasil godaan
syaitan, manusia tidak terlepas dari dosa, namun selepas itu, pastikan
syaitan bersedih dengan dosa kita. Jadikan dosa lalu sebagai motivasi
mengganda amal dan merendah diri. Sesungguhnya, menyedari diri berdosa
mampu mengelak diri dari penyakit hati riya’, ‘ujub, sum’ah, takbur dan
sifat munafiq. Wahai diri, usahalah agar syaitan berdukacita. Nescaya
imanmu bergembira.
10. Tenangkan fikiran,
luaskan bacaan & rujukan sebelum membuat pendirian, kesimpulan dan
keputusan. Tenangkan jiwa sebelum bertindak, dengan itu sebarang kesan,
implikasi dan tindakbalas dari keputusan, pendirian dan tindakan itu
akan dapat dihadapi dengan tenang, kukuh pendirian dan masih mampu tidur dan meneruskan kehidupan dengan normal.
11. WANITA
terperangkap, ingin pujian terhadap fizikalnya, lalu banyak gambarnya
tersiar di facebook; LELAKI juga terperangkap lalu kerap menyiarkan
kejayaan demi kejayaannya. Kedua-dua sedang diuji, justeru berpadalah
dalam siaran gambar juga pencapaian diri, nasihat untuk diri ini dan
semua. Ia adalah bahan mentah untuk Syaitan memasak hati kita dengan
riya’ lagi ‘ujub. Ya Allah selamatkan kami.
12. Jangan mengeji diri
sendiri secara berlafaz (kecuali ketika taubat), kerana ia hanya akan
memberikan tubuh kita lanjutan perasaan kegagalan dan negatif, lalu
bakal membawa rantaian kegagalan dan kesalahan yang lain, kerana ia telah
memasuki minda separa sedar kita menjadi seperti racun berbisa. Kerana
itu, Islam mengajar bila kegagalan, kesukaran dan musibah tertimpa,
ucaplah “Hasbunallah wa ni’mal wakil”, La hawla wala quwwata illa
billah” dan “inna lillahi wa inna ilaihi raa’jiun”. Kemudian,
positifkanlah dirimu. Kamu boleh…!
13. Wahai ibubapa,
insaflah kita, telitilah tugas kita, didiklah mereka dengan sifat malu
bersalut AGAMA. Tanpa malu, satu persatu kesesatan akan diserap di dalam
jiwa, hati dan minda.
14. Antara petunjuk
hati kotor dan jauh dari rahmat Allah ialah apabila dibacakan kalam
Allah atau bicara Islam, orang itu akan merasa jemu, mengantuk atau tak
peduli tetapi apabila mendengar bahan-bahan lalai dan hiburan mereka
mendengar dgn penuh semangat dan apabila dibuai lagu dan nyanyian mereka
mengikut-pengikutnya dan menghafal liriknya.
15. Jangan terleka,
kejayaan dan kesihatan kita mungkin juga adalah hasil doa orang
sekeliling, sama ada keluarga, adik beradik, rakan taulan, murid, guru dan lain-lain. Jangan kita bermusuh, mengeji dan mencemuh orang lain,
mungkin kita tercemuh mereka yang mendoakan kita dan doanyalah yang
maqbul. Justeru, luaskan kebaikan, ihsan dan akhlak kepada lebih ramai
manusia, sempitkan permusuhan dan kebencian, moga doa ramai akan terus
milik kita jua. Ingatan buat diri & semua.
16. Isteri yang mahal
dari pandangan Islam ialah isteri yang tidak meletakkan darjat dan
kemuliaannya kepada wang, tetapi kepada iman, kasih, jiwa dan hatinya.
Kalau diletakkan nilainya kepada wang, wang akan hilang. Kalau
diletakkan kepada iman, kasih serta hatinya ia akan berkekalan sehingga
hari kiamat dan seterusnya membawanya ke syurga.
17. Wajarkah jika kita
melakukan sesuatu yang Allah BENCI, namun kita sentiasa meminta dariNya
yang kita SUKAI.? Syukurlah Allah itu maha pengasih dan besar rahmatNya,
justeru kita masih TERUS digalakkan untuk meminta walau seburuk manapun
persembahan kita kepada Allah, cuma sampai bilakah hati itu ingin INSAF
lagi sedar??
18. Jika engkau letih
melakukan kebaikan, sedarlah, keletihan itu akan hilang dan pahalamu
sudah tersimpan dan kekal. Jika engkau berlazat & berseronok berbuat
dosa, seronok & lazat itu juga akan berlalu, tapi dosa & azab
masih kekal.
19. Jika kita tidak
mampu menyebar dan memandu kebaikan, jangan sama sekali menjadi
penghalang bagi mereka yang ingin menyebarkannya.
20. Wanita sebagai anak kecil; adalah pintu dari pintu-pintu syurga dan tembok menghalang neraka dari ibubapanya, Wanita sebagai isteri; adalah pelengkap kepada agama suaminya, Wanita sebagai ibu; redha Allah terhadap anak berada pada redhanya, Andai lelaki mengetahui kedudukan wanita ini, pasti mereka akan HARGAINYA. Semua ini dari inti kalam baginda Nabi salallahu ‘alaihi wasallam.
21. Suami yang ‘mahal’
lagi ‘bernilai’ pada pandangan Islam ialah suami yang tidak meletakkan
darjat dan kemuliaan dirinya kepada jumlah isterinya dan kecantikan
mereka TETAPI diletak kepada iman, kesucian hati dan cinta isterinya
kepada Islam dan suaminya walau fizikal mereka kurang @ tidak cantik
pada mata orang. Mereka tetap bidadari hatinya di syurga kelak.
InshaAllah
22. Al-Imam Al-Syafie
berkata : “Apabila orang yang baru belajar terus maju ke hadapan
(sehingga menjadi tokoh besar), maka dia pasti terluput ilmu yang sangat
banyak”. Justeru, sama-sama kita belajar sesuatu ilmu dari basic agar
kelak tidak tersesat jalan, pandangan serta pegangan.
23. Ramai yang enggan
membuka buku dan membaca tulisan seseorang individu kerana merasakan
dirinya tidak layak untuk membaca dan melihat luahan ilmu daripada
seorang yang dianggap lebih rendah daripadanya. “Ramai juga yang enggan mendengar ulasan
kebaikkan daripada seorang individu lain hanya kerana menyangka dirinya
lebih mengetahui ataupun terdapat perbezaan pendapat. Dan begitulah
terbantutnya proses ilmu itu hanya kerana setitis sifat ego yang ada
dalam diri”
“Ego sebenarnya akan menjadikan
seseorang itu semakin ‘tidak pandai’. Lebih malang lagi, ego akan
menjadikan dirinya ujub dan rasa hebat pada matanya sendiri sahaja,
namun ia kelihatan ‘bodoh’ pada pandangan ramai. Ya Allah, jauhilah kami
daripada tergolong dalam kumpulan ini.
24. Jika nak berjaya di
dalam dunia kerjaya & pekerjaan, cuba elak jawab “Tak boleh buat”,
“tak tahu”, “tak jumpa”..bila diminta berbuat sesutau tugasan (yang
halal pastinya)..usaha cari hingga lubang cacing bagi boleh buat, boleh
siap, boleh jumpa dan boleh tahu..itu yang dikehendaki untuk menjadi
profesional dan skillful worker.
25. Adakalanya kita
BERHARAP sesuatu & gagal diperolehi waktu itu, kita menyangka ia
sebuah KEGAGALAN. Namun, sedang tiada diduga serta kelihatan tiada lagi
harapan, TIBA-TIBA yang diharap dahulunya itu menjadi kenyataan.
Kegagalan hari ini mungkin hanya penangguhan kejayaan. Pokoknya,
teruskan usaha & bertaqwalah kepada Allah, nescaya jalan keluar
pasti muncul. Berdoalah dan mintalah bantuan dengan solat dan sabar.
26. Agak ramai wanita
mengatakan, pakaian mereka tidak melambangkan akhlak dan hati mereka.
Namun ketahuilah, setakat pengetahuan saya berdasarkan pergaulan dengan
teman-teman muslimin yang soleh & yg berilmu. Boleh dikatakan
sekitar 80% antara mereka melihat pakaian wanita sebagai langkah awal
memilih jodoh (selain wajah). Pakaian adalah pintu awal untuk dimasukkan
dalam kategori boleh dipertimbang jadi isteri solehah, diikuti
ciri-ciri lain. Justeru, bagi wanita yg pakaian ketat, terbelah, dedah
dada, dedah tangan, serba nipis, berbonggol unta etc, peluang kalian
mendapat suami soleh berkurangan hampir 80%.
28. Ada orang di
hadapan kita DIA menghormati kita, adakalanya memuji. Namun di dalam
hati, DIA memperleceh, mengutuk & memfitnah kita. Di belakang, kita
dipersendakan. Wahai sahabat dan rakan, usahakan untuk TIDAK menjadi
‘DIA’ waktu kamu bersahabat, berjemaah dan berkawan. Apa yang didalam
hati pasti akhirnya akan mengeluarkan tanda, melalui ‘bahasa tubuh dan
lisan’. Kelak pasti, yang dirahsiakan bocor jua..tatkala itu,
silaturrahmi mungkin ‘bergoyang’.
29. Tidak perlulah
berpening kepala menyukarkan nama anak dengan nama yang luar biasa serta
pelik. Cukuplah meletakkan nama mereka pada makna yang baik atau
nama-nama para nabi, ummul mukminan, para solehin dan solehat. Kemudian
ber’pening’lah untuk merancang dan bertindak menjadikan mereka sebaik
nama mereka. Agar kita tidak pening di kemudian hari.
30. Wahai
wanita..antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH
MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAHWAT denganmu sama ada
melalui sms, telefon atau berdepan, SELAGIMANA DIA belum bernikah
denganmu. Mana-mana lelaki yang membicarakannya
atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak
dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka
juga bertaubat.
mkbs - sebagai sempadan dan peringatan untuk diri sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou