Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 29 November 2009

Kebencian...


(Kesian mata ini.....)


Kerana tak dapat tidur saya singgah di sini. Entah kenapa dengan hati, perasaan dan mata ini. Sudah lama mata ini tidak menangis begitu lama. Setiap kali ada masalah kalau pun air mata jatuh ianya sekejap saja kerana saya boleh memujuk diri sendiri. Tapi kali ini tidak boleh sama sekali. Saya berusaha untuk memujuk perasaan ini tetapi gagal. Bayangkan air mata ini deras mengalir dari pukul 11 pagi hingga pukul 4 petang. Dan sehingga saat ini masih lagi. Saya berusaha menghilangkan bengkak itu tapi tak menjadi kerana ketika posisi ais batu ditekap atas mata saat itu juga air mata terus mengalir. Saya bersembang dengan kawan serumah sambil menonton drama 'kasih suci marlisa' namun masih juga terfikir cuma air mata tak jatuh hanya bergenang di kelopak mata. Selesema saya bertambah teruk. Bermula dari curiga kemudian diberi keyakinan untuk sebuah kepercayaan dan kepercayaan tersebut dikhianati. Saya amat berharap mak lebih tabah. (Jangan jatuh sakit...) Sebelum ini prinsip saya, mesti percaya pada semua orang. Jika terkhianati anggaplah itu bukan rezeki yang penting dalam dan luaran tetap gembira pada hari ini dan hari-hari seterusnya. Tapi sekarang saya kena pertimbangkan semula mungkin lebih 'selfish' sikit.


So ; semoga esok selepas subuh mata ini akan kembali sediakala dan masalah itu akan lenyap dari kotak fikiran.

'mkbs semoga kau terus bersabar'

Sabtu, 28 November 2009

Tak tergambar .....


(Kalau saja saya boleh terbang pasti kepedihan ini....)


Kalau saya boleh menangis tak henti-henti selama 6 jam, bagaimana agaknya perasaan mak saya? Dia mengecewakan saya. Sungguh mengecewakan. Mengapa dia tergamak buat begini dengan keluarganya? Sepatutnya dia sudah cukup besar dan matang untuk memikirkan yang terbaik tentang hidupnya. Saya percaya akan dia. Walaupun dia selalu buat masalah namun saya tetap yakin dia tidak akan sampai di tahap itu. Malah saya pernah bertengkar dengan adik lelaki saya kerana kepercayaan saya terhadap dia. Tapi tidak berbaloi. Semua tidak berbaloi. Terus terang saya katakan saya tidak boleh menerimanya.


So ; saya harap airmata ni akan berhenti mengalir...

I hate this situation...


(Jika ia berulang lagi tapi di peringkat yang lebih tinggi...i wait for that...)


Seksa betul dengan demam selesma ni. Hari ni hampir sehari suntuk saya tidur. Alhamdulillah dah ok sikit. Mesti sebab tengahari esok nak ke Alamanda cari sandal. Sandal dah mula cari mangsa. Sebelum dia jumpa mangsa baik cari yang baru. Saya suka kesudahan cerita drama 'nur kasih'. Saya setuju Nur Amina menolak lamaran Aidil. Saya suka lakonan Umi Nazirah dan Tiz Zakiyah. Sebelum ini saya ada menonton drama lakonan Umi dalam cerita 'aladdin'. Dan saya tidak sangka lakonannya dalam 'nur kasih' berjaya menaikkan darah saya. Saya tidak sabar menunggu dia berlakon dalam drama 'spa Q qistina'. Jika gadis berwajah manis ini dapat mengekalkan momentum dalam lakonannya saya pasti suatu masa nanti dia akan menjadi bintang yang bergemelapan. (jika dia tercalon top 5 dalam ABPBH 2009, i believe that i will vote for her...) Ini pertama kali saya menonton lakonan Tiz. Bagi saya dia berjaya membawa watak tersebut. Selepas ini saya berharap dia membawa watak yang lain pula. Kalau asyik bawa watak ayu, manis dan menangis bosan pula.

Petang tadi cari news utusan malaysia dekat kedai mamak tapi tiada. Bosan betul. Oleh itu saya dapatlah menonton tv. Antara 'seringgit' dengan 'taubat nasuha' saya pilih yang kedua. Sedih drama ni. (Menangis saya...siut..). Panas baran!! Takkan itu pun tak boleh faham. Yang paling saya tidak puas hati boleh dia keluar berpoya-poya. Setakat budak-budak bising...itupun boleh stress. Tapi padan muka dia. KOTOH!!.. Teringat zaman kanak-kanak. Punya ayah yang garang, panas baran dan suka melepaskan masalah dengan keluarga bukan sesuatu yang mudah. Perlukan tahap kesabaran yang tinggi terutamanya di pihak isteri. Bila stress keluar rumah. Nasib baik 'my father' not a richman. Kalau ada kelahiran semula saya tidak sudi jadi anaknya.... Apa-apapun i like Shiela Rusly performed. Lakonannya tidak pernah mengecewakan saya. Syabas untuk drama ini kerana berjaya membawa perasaan saya jauh mengembara. Mungkin juga sebab drama ini ada sedikit persamaan dengan konflik keluarga saya...??



*******************
Sa panas butul sama adik sa ni. Itu ari suda bincang buat taun dapan.. Mama tu lalaki sama mama sa suda becakap. Tapi tiba-tiba telepon bisuk (ari ni) kaka mau datang. Yang nda tahan tu durang di keningau suda. Durang tu nda paham bahasa ka? Tu rumah masi dalam proses ubahsuai bulum siap lagi, durang mau duduk di mana? Mau duduk di bawah kulung kali. Adik sa pun nda pandai bincang sama mama sa. Mama sa pula yang sibuk-sibuk mau tanya sa. Kan nga ingga tutok kopio. Alasan durang kunun taun dapan nda dapat datang. Ooo jadi kalu begitu taun 2011 la baru datang lagi. Kalu sa ada di sana sa suda tumbuk tu adik sa... Kan nga percuma saja kana marah oleh sa. Pukul 12 bapa sibuk mau suruh sa telepon. Sa cakap bisuk pagi...tu pun kalu sa nda tidur lapas subuh. Kotoh! Nokuro di kosirit no....kasi lilung saja diaitu....ingga sorou!!!....


So ; i'm so stress think about money.... But i must take this risk. That is my desicion before. So i really hope i can maintain, strong and more patient. God! Help me to face.... all this.....

Khamis, 26 November 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA DAN SELAMAT BERCUTI

Esok cuti....i'm so happy coz dapat berehat panjang di rumah. stress saja di ofis tambah pula ada selesma. Saya mau tidur puas-puas. Yahooooooo............


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA DAN SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA!!!!
yang balik kampung tu berhati-hati dalam perjalanan dan apabila makan tu jangan lupa diri...


mkbs : hari ni sunyi betul sebab dah ramai yang cuti tambah lagi yang ambil halfday...uhuuuu....

Selasa, 24 November 2009

Tensionlah....


(Bolehlah kiranya langit petang ni menyejukkan kepalaku yang tengah hangat)


Oleh kerana kerja saling mengharap maka kerja tak siap. Tambah lagi sibuk dengan kerja hakiki. Ye lah... Kita ni siapa? Kerani jer.... Setiap kumpulan ada ketuanya. Kalau ketua tak aktif anak buah lagi tak aktif. Takkan nak kuah lebih dari sudu. Tapi apa-apa pun semua alasan boleh diterima kerana semuanya perkara biasa. Tapi yang bikin panas boleh pula dia cakap kenapa tak bagitau awal. Bukan semua orang dapat senarai no. Baucar tu. Memanglah. Setiap desk kan ada wakil sepatutnya semua tau. Takkan bila diminta baru nak cari. Kalau desk ldp boleh buat kenapa durang tak boleh. Saya tak tau samada dia terasa atau sebaliknya dengan jawapan saya. Harap-harap semuanya akan berjalan lancar.


Mkbs ; bisuk ada yana mulai cuti suda. Selamat dalam perjalanan kio...

Isnin, 23 November 2009

Selamat Tidur...pagi sudaini...


(Super series terbuka China. Malaysia berpakaian hitam)


Pilihan utama kejohanan Koo Kien Kiat / Tan Boon Heong terpaksa akur dengan kehebatan pilihan kedua kejohanan dan ranking kedua dunia dari Korea dengan rubber game 13-21, 21-19, 18-21. Walaupun pada jangkaan awal saya bergu Malaysia mampu menang tetapi apakan daya mungkin tiada rezeki. Walauapa pun pertemuan dua jaguh ini cukup menyeronokkan. Saya yang hanya menonton menerusi TV1 cukup terasa dengan jantung dag dig dug. Nasib baik saya sihat walafiat. Kalau tak mungkin saya diserang strok. Nauzubillah. Ketua jurulatih Malaysia 'asarok mongunyam' gula getah. Mungkin stress. Walau bagaimanapun dia tersenyum dengan aksi anak buahnya di game penentuan pada kedudukan 12-17 dan 18-20.

* Tahniah diucapkan buat bergu negara kita.
* Tak nampak kelibat jurulatih bergu negara Rexy Menaiky.
* Pemain Korea Lee Young Dae look great walaupun kepenatan.



'UBAH SUAI' - Program bual bicara agama Halaqah TV9.


Seronok mendengar bual bicara ini. Tetamu undangan ustaz Mohd Farid Ravi dan Dr Danial. Bercerita tentang kecantikan tidak akan pernah selesai. Semua orang nak cantik. Setiap orang mempunyai perspektif yang berbeza-beza tentang kecantikan. Ada yang kata kecantikan itu adalah ukuran tahap keyakinan diri. Ada juga yang kata kecantikan itu satu kepuasan. Asalnya sejarah 'plastic surgery' adalah untuk memperbaiki kecacatan mengikut keperluan. Namun pada hari ini ia lebih kepada mengubahsuai sesuatu yang memang sudah indah. Perkara ini lebih terdedah apabila para artis mengamalkannya dan ia menjadi ikutan ramai. Sebenarnya mereka amat mengerti akan risiko 'plastic surgery' tetapi itulah kepuasan bagi mereka oleh kerana mereka 'public figure'. Itulah bahananya apabila orang ramai terlalu mengangkat artis sebagai idola. Walauapa pun siapapun kita, kita perlu panjang akal untuk menilai semuanya. Kalau sanggup mengambil risiko untuk membelakangi hukum agama dan nilai diri teruskan. Tiada siapa yang mampu menghalang. Dosa tanggung sendiri. Saya teringat cerita Dr Danial, pada tahun 2006 di negeri China, ada yang sanggup patahkan kaki semata-mata mahu membuat 'plastic surgery' untuk panjangkan kaki. Ooo...kalau itu saya pun nak supaya saya jadi tinggi...hahaha... Nauzubillah. Tapi kan nak buat pembedahan tu sakit. Lepas pembedahan ada tindakan susulan lagi. Orang yang sanggup buat mesti orang yang suka hospital. Betul kan? Saya tak sanggup sebab saya tak suka hospital. Sebut pasal hospital ni, sekarang sudah hujung tahun saya kena jaga kesihatan tahap gaban sebab sudah lama tak jatuh sakit (pening stress tu selalulah...lepas tidur sihat semula). Kali terakhir saya mengunjungi hospital pada awal tahun 2007 sebab kena demam campak. Sengsara oh kalau sakit. Itu pasal saya paling benci sakit. Lagi pula tinggal jauh dari keluarga. Kata nenek kalau tak nak sakit kena jaga kesihatan.


MY STARZ LG3 - TV3

* Persembahan semua boleh tahan. Tapi belum ada klimaks. Tambah pula tiada yang handsome...hahaha.....

* Saya suka persembahan Jay. Rupanya urang sabah ba diani. Nasib baik Zainal Abidin pilih dia.

* Akhirnya Farid telah tersingkir. Bai bai gaman balik kampung tanam layo....



SO ; Saya jumpa banyak ular menghalang perjalanan saya. Ada warna hitam, warna putih berjalur, warna hijau, ada yang besar panjang ada yang kecil. Saya berpeluh-peluh ketakutan mencari jalan keluar. Tapi akhirnya saya berjaya meloloskan diri. Saya tidak tahu macam mana saya melakukannya tapi semasa melonjak kegembiraan saya terjaga. Alahai mimpi rupanya. Tengok jam 7.47 pagi melompat saya ke bilik air subuh terbabas... 'subuh gajah'. (Aku benci mimpi tu...)

Sabtu, 21 November 2009

Segalanya Berkemungkinan....


(Mampukah lelaki ini memimpin Malaysia ke satu tanda mercu yang boleh dibanggakan tanpa lucut di ruang hati setiap insan sepanjang hayat mereka.... Sekurang-kurangnya boleh melahirkan senyuman 55% rakyat Malaysia.... Ayat sinis 'korang ni langsung tak dapat membantu menjayakan misi PM...' Anda macam mana? Ada tak jawapan untuk ayat sinis tu?... )


Keputusan penuh peserta yang layak ke pentas akhir AJL 24.


1) Hujan (aku skandal) ntah di bagusnya lagu ni...


2) Alyah (tak mungkin kerana sayang) saya suka lagu ni. Vokal pun boleh tahan. Tapi wajahnya membosankan...


3) Estranged (aurora) saya tidak tau lagu ni... Kenapa lah vokalis dan pemain drum tu simpan jambang. Serabai lah...tengok dua kali seperti...???


4) Akim (bengang) memang bengang. Saya suka tone suaranya. Kalau bengang dengarlah lagu 'pakai buang'....hahaha


5) Black (aku rindu sayang kamu)...penyanyi realiti tv yang paling saya tak suka... Nda tau kanapa...tak mungkin kerana muka gurutuk dia kan...hahaha


6) Yuna (dan sebenarnya)..dan sebenarnya saya suka tengok rias wajahnya...


7) Tomok (rindu terhenti) walaupun saya pernah 'minat giler' dengan dia dan kumpulannya suatu masa dulu tapi saya berharap dia tak akan menang...hahaha


8) Stacy (pakai buang) ini peserta kegemaran saya. Tahun lalu dia tewas persembahan terbaik dengan FT, harap tahun ni dia akan menang.... 'bulih ba kalu ko...' ko buat butul-butul kio...


9) Aizat (kau aku)

10) Aizat (pergi) mungkin lagu ni terpilih sebagai mengenang arwah Yasmin Ahmad, tapi saya akui lagu-lagu Aizat memang sedap-sedap belaka. Saya tak tengok persembahan Aizat sebab tu tak tau kesilapan seperti dalam ucapannya.


11) Bunkface (situasi) kumpulan ini hanya bergantung dengan kehebatan lagunya. Sekali tengok seperti mayat baru bangkit dari kubur...


12) Faizal Tahir (bencinta) dipersembahkan oleh Shila. Harap FT demam hingga ke kemuncak AJL supaya 'my favourite' boleh menang....hehehe


13) Misha Omar (cinta adam dan hawa) cantik persembahannya.


14) Hafiz (masih jelas) lagunya boleh tahan juga. Rambutnya satu kilang dengan kumpulan Alleycat tapi laluannya masih jelas...


Tahniah diucapkan untuk semua. Terpegun tengok persembahan Dato Siti Nurhaliza. Lebih bagus daripada dalam album.


SO ; mau modop dulu lah. Harap-harap bisuk pagi bangun-bangun terus ada duit depan mata...hahaha...