3 April genap setahun Najib mengemudi pentadbiran kerajaan. Baru setahun? Saya rasa macam sudah lama....
Bermacam-macam harapan dan impian rakyat terhadap pentadbiran Najib. Ada yang mengharapkan keutuhan keharmonian negara, ada yang berharap PM dapat menangani isu sensitif dengan bijaksana dan pantas, ada juga yang mengharapkan PM memberi perhatian terhadap pengangkutan awam dan tidak ketinggalan orang kurang upaya (OKU) yang turut mengharapkan hak kesamarataan seperti yang diperoleh oleh orang normal. Mungkin saya kurang bijak menilai semua harapan itu dan mungkin kerana saya tidak berada di tempat mereka. Saya pernah menggunakan khidmat STAR, LRT, PUTRA, ERL. Memang terlalu sibuk. Orang ramai berebut-rebut. Tapi itu perkara biasa. Sumber yang terhad tidak mungkin dapat menampung kapasiti penduduk yang semakin bertambah. Cuma yang penting perubahan mentaliti dan motivasi diri setiap orang agar lebih menghargai kemudahan yang ada dan menghormati insan yang sama-sama menggunakan kemudahan tersebut. Yang paling merisaukan adalah kes ragut dan rompak. Kalau dalam beg terselit duit beribu-ribu tak pe juga. Kalau setakat sepuluh ringgit tak berbaloi cedera diragut. Safety first actually. Namun dalam banyak-banyak harapan ramai, harapan saya hanya satu. Saya berharap media hiburan seperti program realiti tv berbentuk nyanyian dikurangkan. Satu garis panduan perlu diwujudkan agar program realiti ini seimbang dengan kapasiti penduduk Malaysia. Walaupun muzik tu indah tapi harus diingat pendedahan terlampau akan meninggalkan impak negatif kepada penduduk. Pendek kata kita mesti bersyukur dengan apa yang ada. Jika nak PM tunaikan harapan anda maka sokonglah dia. Begitu juga sebaliknya. Kata Awang Selamat 'walaupun prestasi Najib amat membanggakan, beliau tidak boleh dibiarkan lemas dalam pujian. Najib bukan Superman'.
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009.
Persembahan.
Saya paling suka persembahan
1) Wings, Jac, Black. Hebatlah ko Jac. Vokal tak tenggelam pun dengan dua lelaki.
2) FT dan Bunkface
3) Adam dan Stacy
4) Alyah, Dayang dan Datuk Khadijah Ibrahim. Sedap pula dengar lenggok suara Dayang.
Terkilan Duo Adam dan Stacy tak menang. Tapi nak buat macam mana itu pilihan ramai. Adam dikira hebat kerana namanya sentiasa masuk top 5 (sejak keluar dari AF).
Persembahan gabungan kumpulan nasyid cukup mengusik jiwa. Istimewa dibuat untuk Allahyarham ustaz Asri dan kebetulan pula Din Beramboi juga baru pergi. Emosi. Al-fatihah untuk mereka.
Tahniah untuk semua pemenang terutama Fafau yang menang dua anugerah dan Datuk Siti yang terus mengekalkan kategorinya juga kerana berjaya merampas bintang paling popular dari Nabil dengan undian sebanyak 225300. Hebat! Sebenarnya saya tidak mahu lagi ct menang. Sudah terlalu lama dan lagunya sekarang tak best langsung. Katanya selepas ni tak nak sertai anugerah ni lagi. Baguslah. Bosan suda ba...
Mkbs - kata David Teo 'kalau tak nak pisang berbuah dua kali, jangan tanam pisang.' kenapa ye Fafau satu-satunya penerima anugerah yang dipimpin hingga ke pentas?
ok la. Selamat tidur.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou