Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Sabtu, 10 April 2010

Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat....


Terkejut mendengar berita rakan sekampung kawan satu sekolah semasa tingkatan 6 pergi buat selama-lamanya. Al-fatihah. Khabarnya dia berpelukan dengan anaknya mati terbakar di rumah mertua. Polis masih menyiasat dan bedah siasat mencari punca kematian. Yang menghairankan jiran rumah sebelah mengatakan mereka tiada terdengar apa-apa jeritan ketika rumah mertua mangsa terbakar. Ada yang membuat andaian mungkin mangsa telah mati ketika kebakaran berlaku. Terasa debaran di dada mendengar berita itu. Kami sama-sama pergi sekolah. Dia memang seorang yang pendiam. Saya tanya sepatah dia hanya tersenyum. Saya tanya sepuluh kata dia jawab sepatah. Tapi saya tidak pernah ambil kisah. Selepas STPM tahun 2000 saya tidak pernah jumpa dia lagi sehingga berita pemergiannya dikhabarkan tadi.


*tak sabar nak tau hasil bedah siasat.......



Selamat pagi dan selamat tidur. Harap pagi subuh nanti ada mood nak jogging. Suda lama nda exercise ba...heeee



Mkbs ~ Dunia berlalu pergi, akhirat semakin menghampiri......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou