Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Khamis, 31 Mei 2012

PAAAANNAAAAAAAAASSSSSSSSSSSSS......

Macam mana bulih hilang?.... Aku suda susun cantik-cantik...hari ni cari tiada dalam fail. Yang ni mungkin aku bulih fikir positif...mungkin sebab banyak kali kena kasih keluar untuk audit yang bermacam-macam jenis audit, tercicir...telampau banyak sangat baucar runcit-runcit...itulah bahananya. Menyakitkan hati. Tapi yang ini paling bikin panas. baucar jurnal tu...aku dah masuk dalam folder (saiz fail meja)...macam mana bulih lesap....dahlah baucar tu bermasalah yang baru settle...baru diaudit....dan kini perlu diaudit lagi (entah audit dari mana pula kali ni...) jadi hari ni bermula jam 10 pagi hatiku mendendam...mo memberontak....macam mo tumbuk, tikam wajah-wajah yang muncul di kepala. ke mana perginya baucar-baucar tu.... ada kaki ka? ada sayap ka?  EEEEEOOOOHHHHHHHHHHHHHOOOOOOOOOOOOOOOOOHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!....... i hate this situation.... SIALLLLLLLLL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.................

Ahad, 27 Mei 2012

Jutaan Belia 2012 - Putrajaya


Kuda putih dan kuda hitam (sebelah) meragam. Agaknya dia dah penat.

Himpunan jutaan belia 2012 diadakan di Putrajaya selama lima hari iaitu 23 hingga 27 mei. Pelbagai acara, jualan, makanan dan perkhidmatan yang tersedia. Saya berkesempatan hadir pada 26 mei lalu. Kami naik motosikal dan melalui jalan jambatan yang cantik terus ke MOF. Jalan sesak. Bayangkan motosikal pun tak gerak. Ngeri. Mungkin juga disebabkan pukul 6 petang tu waktu puncak. Lepas parking, kami terus berjalan kaki sebelah MOF. Dari jauh saya dapat lihat permainan Sasuke Malaysia. Mo pigi tingu jarak dekat tapi kawan2 tak.... Begitu juga dengan sukan lasak aksi motosikal. Inda apalah...dapat tingu dari jauh pun syukur.
Saya fikir semua tempat kami lalu. Tapi sekadar lalu saja. Termasuk tapak JPA. Jumpa Puan Maheran dan Cik Syikin. Lambai-lambai tangan dahlah....hehehe... Tapak gerai Melodi terpaksa lalu jer...sebab dah tutup. Hahaha....

Tapak yang disinggah

1 - Celebriti Planet. Masa tu ada artis buat perform. Tak kenal.
2 - Negeri seluruh Malaysia. Ada satu game teka tiru suara orang. Antaranya tiru suara Dr Fadilah Kamsah dan Datuk Hishamuddin. Kelakar.... Percaya atau tidak orang pandai tiru suara tu sebiji wajah Faizal Tahir. Saudara kot....
3 - KBS. Kempen senyum. Borangnya ambil tapi tak isi. Huhu...
4 - tak ingat nama. Yang saya ingat kami isi borang kaji selidik tentang internet. Katanya daftar untuk dapatkan dominan web sendiri cuma rm19 sahaja. Orang bisnes bolehlah....
5 - menari tulang patah. Haha... Saya cari juga manatau ada peserta showdown. Tiada! Orang kulit hitam ala-ala negro. Penonton tepuk tangan kunun. Cis! Apa barang bukan warga Malaysia.
6 - jualan kasut sukan. Wow... Cantik-cantik tapi harga pun maha cantik. Rm129. Saya kena simpan duit 4 bulan untuk memilikkinya. Sebab i am not atlet...forget it. Haha...
7 - ATM. Dua orang kawan kan ahli rela so masa banyak dihabiskan di sana. Siap cuba pelbagai alat senjata api. Teropong... Fuh... Senjata tu berat-berat belaka. Bergambar dengan ahli atm yang berlagak macam patung.
8 - pasar malam. Mencari baju dan seluar pendek. Yang jumpa baju sahaja.
9 - samsung. Fuyyoo... Murah-murah... Nasib baik i tak giler about handphone... Namun mampu menggoda.

Perjalan balik sebelum ke pasar tani, sempat menyaksi persembahan K-Pop wanita (tak ingat nama group). Peh... Durang memang fun. Ally Iskandar kata you all very tall. Yup!.. Pengunjung menjerit-jerit. Banyak tenaga durang. Kalaulah Stacy ada kan best. Boleh challenge artis Korea tu. Tapi sayang tak sempat tengok lagu kedua kerana dah nak balik. Sudah pukul 10 malam ba....

Memang fun sebab hampir semua tapak ada pentas dan ada artis. Tapi sayangnya saya tak kenal. Penipu...

Kami sampai rumah pukul 11.05 malam. Penat sungguh. Penatnya mengalahkan kepenatan jalan-jalan ke TAR KL.

Dan sekarang saya sakit badan. Sakit kaki sakit leher badan panas dan kepala berdenyut... Siang hari just sleep.... Study entah ke mana. Plan rosak. Tapi sekali sekala... Yang penting akhirnya saya dapat hadir hari belia 2012. Semoga esok akan lebih sihat. Insya-Allah.

Ok lah.... Sekarang ni MENTOR. Harap Anas do the best.

Senapang....atm


ATM. Kami paling lama singgah di sini. Siap cuba semua senjata. Macam-macam. Senjata yang si Ramboo pakai pun ada. Cuba guna teropong. Alamak beratnya....Dan bergambar dengan anggota tentera yang berdiri macam patung. Kelakar orang tu... Astaghfirullah...kaki sangat sakit. Nak berjalan pun terasa pedihnya. Harap-harap bangun subuh nanti tiada apa-apa. Itulah bahananya berjalan tanpa henti selama 4 jam. OMG!!...

I want to sleep now. My story will be continue.... After subuh i have a lot to do.... Bye...

Jumaat, 25 Mei 2012

American Idol 2012

Phillip Phillips - Juara American Idol 2012. Walaupun tak minat tapi saya akuilah dia ni memang kreatif dan bernyawa di atas pentas. Penyanyi sejati kata Randy Jackson. Hahahahaaaa....... Paling saya respect tengah sakit pun boleh saja buat persembahan. Perjalanan diteruskan. Mantap!... Dikhabarkan Phillip akan ke LA untuk menjalani pembedahan buah pinggang (batu karang).

Jessica Sanchez - Naib juara. Baru berusia 16 tahun. Vokal dan persembahan matang di atas pentas memang hebat.

Hee Jun Han - Satu-satunya peserta AI berasal dari Korea. Sebenarnya dia adalah pilihan saya. Saya suka tone suaranya dan watak funny spontannya. Namun nasib tidak menyebelahinya.






Rancang esok nak pi tengok hari belia tapi....ntah lerrr....tengok mood lah... tapi teringin nak pi... belum pernah hadir lagi...mesti seronok jalan-jalan menyusuri lorong-lorong jalan yang diserabuti orang ramai...sekali-sekala apa salahnya kan.... sekarang ni tekak rasa pedih like terhiris benda tajam..makan sayur keledek. OMG!... harap-harap tak demam. Dan yang menyeronokkan kawan sebelah belanja makan aiskrim strawberi... ma kasih yee....sedapnyerrrr....heheheheee........

Rabu, 23 Mei 2012

JK ....


I can't to close my eyes... Siap basuh baju lagi. What happen? I think my mind in trouble. Like have somethings that come to make me worry... Jiwa kacau betul. Hope nothing wrong can be happen...


Mkbs - Kata orang, kisah lampau banyak mempengaruhi kisah masa kini kita. Mungkin akan ada kisah lalu yang akan datang mengganggu...kerana belum diselesaikan. Saya berharap ia tidak akan datang mengganggu dan mempengaruhi keadaan saya. Walaupun sekali sekala ia datang melawat ingatan ini. Kerana saya telah memutuskan untuk melupakannya...tanpa penyelesaian tanpa kemaafan...menutup pintu hati...biar ia milikku hingga nafas terakhirku....

B - jangan lupa tonton showdown malam nanti. Soul Gang crew akan persembahkan tarian rangkaian lagu idol mereka Stacy. Soul Gang adalah kumpulan penari Stacy.....

Ok. Close up my eyes....byee...

Ahad, 20 Mei 2012

KJ....Tersingkir


Kelantan menang Piala FA. Nak Sime Darby yang menang....sedihnya. Rancang nak ke Alamanda tapi malas lagi.

Singgah di MENTOR

Suka persembahan pembukaan lagu medley Dato' Shake. Lagunya best dan penuh unsur nasihat.

Caroline
- like. RMS kata kamu cerdik menyanyi. But Caroline sudah confirm ke separuh akhir.

Zatul
- pertama kali saya suka persembahannya. Terutamanya lagu fast. K. Pah emosi pula. RMS kata kalau ada lagi buat lagi baik. Apa maksudnya? Ntah ler.... Tapi tak suka Ogy tu.....

KJ
- saya mengharapkan budak ni dapat memberi saingan untuk ke separuh akhir. Walaupun tidak menyimpan harapan tinggi.....
- like!like!!like!!.... K. Pah kata lagu kedua perfect. RMS kata menurun. I think ini persembahan terbaik KJ. Telinga masing-masing. Markah juri awam rendah. OMG.... Mungkin tersingkir.
Nevermind. Tidak apalah. Anas masih ada.

Behonce - persembahan yang comel. Audience pun join menari. Orangnya pun kelakar. Hahaha.....

Keputusan.

Caroline = 256
Zatul = 241
KJ = 216 TERSINGKIR....

Huh....time penuh emosi pula....mo sedih-sedih buat apa. C KJ tu anytime boleh move on. Dia masuk mentor sekadar mo timbah ilmu menyanyi saja. Penari B-Boy nak belajar menyanyi...hahaha..... Good Luck to KJ......

Markah Penuh

Faizal + Anas
K1 = 17+45+17 (79)
K2 = 19+33+12 (64)
K3 = 19+39+10 (68)
K4 = 17+26+6 (49)
Jumlah = 260

Ella + Caroline
K1 = 20+38+13 (71)
K2 = 18+30+10 (58)
K3 = 16+39+12 (67)
K4 = 19+35+6 (60)
Jumlah = 256

Ogy + Zatul
K1 = 18+32+4 (54)
K2 = 17+38+7 (62)
K3 = 16+32+6 (54)
K4 = 20+39+12 (71) jumlah = 241

Ferhad + Tisha
K1 = 14+33+8 (55)
K2 = 13+22+9 (44)
K3 = 16+27+8 (51)
K4 = 18+39+13 (70) jumlah = 220

Adam + KJ
K1 = 14+25+13 (52)
K2 = 18+33+12 (63)
K3 = 18+23+12 (53)
K4 = 15+22+11 (48)
Jumlah = 216

Ramlah Ram + Ana
K1 = 19+27+5 (51)
K2 = 13+19+9 (41)
K3 = 17+33+12 (62)
K4 = 15+21+11 (47)
Jumlah = 201
Hanya Ana yang tidak pernah dapat menang mingguan.

Oklah. Tiba-tiba rajin pula kan... Sekarang tengah tengok jangan tidur lagi. Tetamunya tak best. Change channel to ntv7. Nice......


Mkbs - hari ni kira bajet sampai tertidur-tidur. Pening mo fikir di mana mo dapat penampal. Belum tampal suda bucur....hahaha.... Banyak betul kekecewaan....lagi menghampakan. Lost!!....

Sabtu, 19 Mei 2012


Tok...tok...tok...tok.... 'Assalamualaikum. Pos laju'. 'Sekejap ye..'. 'Tulis nama, ic dan sign'. 'Terima kasih'. OMG! Total pillow sudah sampai. Hahaha....alhamdulillah.
Saya dan Yang bertaruh untuk kurus sihat. Tiga bulan dari sekarang siapa yang akan berjaya? Fuh! Can i?.... So, i must have the target.
Sekarang saya tengok Bintang RTM 2012. Kelakarlah Muaz Mohamad. Saya semakin suka dia. Malam ni agak sunyi sikit. Opps...dah bising dah. Kelantan berjaya menjaringkan gol pertama. Sime Darby go... Saya mengharapkan SDA akan mengalahkan KEL. I really don't like KEL.

Drama 'Sunny Girl' dah end dah. Sedih pula. Ada lagi ke kisah cinta begitu? Mungkin satu dalam sejuta. Kalau kita terbuat salah...kesilapan, jika tiada orang lain tahu simpanlah ia hingga ke akhir hayat. Janji jangan ulangi. Tapi jika ada orang lain tahu buat bodoh saja. Andai ia menjadi sumber ugutan mohonlah kemaafan akui kesalahan.

Emmm.....i think i should change my cermin mata. Selalu pening kepala mudah rasa lapar. Oh no....

Jumaat, 18 Mei 2012

Ada....


Sa pikir mo pi pos sudaini puzle gambar tapi nda jadi. Naka di sa suda kasi masuk balik dalam kutak. Rugi nda tesiap. Hahaha...padahal sa sendiri yang give up. Pikiran like messy...inda tau om knapa. Mo study for exam early june tapi ntah knapa mood tu tiada. Why? Everythings has trouble. So hot just now. Buku about food cures belum abis baca. Lama teberenti. Story book worth dying for, stagestruck etc tak baca lagi. Baru helaian ptama suda longlai. How to do? I think it's all about my diet. Berat badan suda tetambah. Jadi skarang sa berusaha mo senam. Kamarin sa sit up perut...45 bangun rebah.,fuh! Skarang sakit. Urat tekejut. Ketawa pun susah. OMG!!... Tadi mo cuba lagi tapi inda bulih suda oh. The Hype was eliminated. Sesuai sama show durang. And i'll always like and support Kitta Move. I'm waiting their showdance..... Ok la...mangantuk bt siodopon suda sa. Bye...


"ada perkara yang saya tak mahu lepaskan...ada perkara yang saya tak sabar lepaskan... Ada perkara yang saya mahu cepat berlalu...ada perkara yang saya tak ingin berlalu... Ada perkara yang saya ingin lupakan...tapi tak mahu melupakan...mahu cepat berlalu namun sedih melaluinya..."

Isnin, 14 Mei 2012

Kumpulan A - Separuh Akhir

Ana & Ramlah Ram ;- Saya tidak suka dengan dia ni... Menyanyi mengunyah perkataan... RMS kata "lesu".....hahahaaaa... memang padan pun. Suara tiada tenaga. Dan akhirnya TERSINGKIR. Kotoh!! Sepanjang 4 pusingan kelayakan ke separuh akhir hanya berjaya mengumpul mata sebanyak 201. Apa-apa pun tahniah. Klise!!!.... Protege pilihan Uncle J, mencabar RR.... betullah kata Uncle J, RR bukanlah seorang mentor yang terbaik....hahahaaaa.......buat malu jerrrr.....Hakikatnya memang begitu. Seorang penyanyi yang hebat tidak semestinya boleh menjadi seorang mentor yang bagus. Buktinya Siti Nurhaliza, Mus May, Ning Baizura.... Mentor pun tak akan memilih protege yang zero tentang muzik. Durang pun nak menang juga....alasannya masa tidak mencukupi...hahahahaaa....

Anas & Faizal Tahir ;- saya suka persembahan dia. Terutamanya lagu "sahabat selamanya". Saya suka versi Anas daripada versi Hujan. Juri kata 'lalai'..... Emmm... apa-apa pun ko memang bagus. walaupun minggu penentuan hanya dapat markah 49 tetapi markah keseluruhan sebanyak 260 cukup untuk membawa Anas ke peringkat separuh akhir. Love U!!!!.... Di peringkat separuh akhir nanti jangan lalai lagi. Nanti jadi macam Salam mentor 5. Itu nasib baik pihak tv3 bagi 3 final...kalau dibaginya 2 sahaja.....gigit kuku.... FT nak sangat abaikan Anas...tengok dah patah kaki dah...kan sudah ketulahan.....hahahaaa......

Tisha & Ferhad ;- saya ok saja dengan dia ni. Sebenarnya saya lagi suka Wanie tapi ....... Tapi persembahan malam penentuan Tisha boleh tahan....dapat markah tinggi dari juri derrr.... kata juri 'minggu paling baik'...tapi bagi saya biasa-biasa saja. Kah memang dah dirancang...dan kebetulan Tisha memang berusaha tahap gaban.... Markah keseluruhan berjumlah 220 cukup untuk Tisha melangkah ke peringkat separuh akhir. Tapi dia ni...sekuat mana pun dia berusaha segaban mana pun menyanyi...tak akan jadi juara... berani nak challenge?....biasa-biasa saja.... Apa-apa pun tahniah....Next week, result untuk kumpulan B pula.... Zatul dan Caroline menangis di bawah pentas... itu pun nak nangis...bukankah result dah dapat diduga...lainlah kalau result sms sepenuhnya. Geli!!!!.......



mkbs - tadi pagi ada demo pasal SPR...entah apa-apa saja durang tu.... kalau saya ada magic merlin, saya kasi tumbang tu pokok-pokok di sekitar tu...biar durang onsitan...mati terus...kototogod....mangkali kasi ganti si Anwar jaga SPR baru puas hati...tontolugak!!!!... basug!!!!.... tingu sa pula yang emo kan....hahahahaaa....panas ba mo tingu tu gaya durang....

Jumaat, 11 Mei 2012

Berakhir.....Bermula......Berakhir...

The Greatest Love - Dah habis dah...saya suka endingnya... romantiknya..part yang paling saya suka ialah Dok Gok Jin tidur bersama baby di atas sofa...isterinya datang cium. woww... actually, dalam kehidupan realiti Cha Seung-Won memang seorang ayah yang penyayang.... Huh....impian setiap insan. Kesakitan bertahun hilang kerana kebahagiaan sesaat. Sama ada nak sakit selalu atau nak bahagia sekali sekala....sendiri tentukan...kata orang setiap kebahagiaan setiap kejayaan setiap kemanisan perlu ada pengorbanan. Namun yang pasti setiap kejadian pasti ada sebabnya dan ada hikmahnya. "Allah tidak akan menurunkan ujian jika hambanya tidak mampu memikulnya".


Secret Garden - Drama baru menggantikan TGL. Saya tak tahu sama ada cerita bagus ke tak. Ada yang kata best. But my little sister kata 'inda suka'....entahlah. Semalam saya tengok episod pertama ooo...ok. Pandangan pertama, saya suka sebab pelakon hero dan heroinnya. Hyun Bin dan Ha Ji Won. Pelakon kegemaran saya. Saya mula meminati Ha Ji-Won ketika dia berlakon drama 'memori of Bali'. Walaupun my little sister kata tak best saya tetap tengok sebab namapun drama Korea. My favourite drama...Korea. Kalau filem maybe i think much of.     
Hyun Bin





Ha Ji-Won


Hari ni juga hari last nak berjimba-jimba...berpoya-poya... (hari-hari biasa pun dapat juga berpoya-poya tapi minggu ini more lagi...) Program temuduga SAC dah berakhir... ofis akan kembali sediakala... minggu ni sunyi sepi...dan yang paling menonjol ialah akan terdengarlah bunyi-bunyi teriakan-teriakan....panggilan yang kadangkala ditak digemari. Biasalah kan?....namapun kerja. Kalau boleh nak tambah seminggu lagi...tapi kalau rehat lama sangat nanti bertambah malas pula...

Saya suka pelakon ni... Choi Su-Jong. Tak sangka umurnya sudah 50 tahun.

Sepanjang seminggu berpoya-poya saya sempat menghabiskan masa dengan menonton drama korea di maaduu.com. Spy Myeong-Wol dan President. President paling meninggalkan kesan dalam jiwa saya. Pergolakkan dunia politik. Teramat susah...hakikatnya dunia politik memang begitu. Senang di mata umum tapi merana di mata sendiri. Bagi mereka yang betul-betul mahu berjuang...... apa perlunya politik ni....untuk membentuk undang-undang negara sendiri...undang-undang yang sebenarnya tiada keadilan pun. Mana ada undang-undang yang betul adil... (hanya undang-undang Allah yang adil). Setiap undang-undang ada yang dapat keadilan ada yang teraniaya. Maka itulah terjadinya banyak perebutan kuasa. 5 tahun sekali. Masing-masing mahu menegakkan keadilan sendiri. Undang-undang yang sekian lama digunapakai...sekali ada yang  (dilihat seolah-olah) teraniaya terus merusuh..demonstrasi...tidak puas hati. Padahal yang (mungkin) teraniaya tu sebilangan kecil saja. Nampak sangat kepentingan sebilangan kecil itu lebih ditegakkan berbanding kepentingan majoriti. Ingat senang ke nak jadi pemimpin. Apalagi sekarang ni...rakyat sudah pandai mengada-ngada. Semua nak minta. Bila tak dapat melapor di sana-sini. ditambah pula dengan kemajuan kecanggihan teknologi dunia tanpa sempadan....rakam post kat facebook...nak ambik ko...sila jawab... Pemimpin yang sekadar mengejar glamour tu baik masuk hutan tinggal di hutan saja. Menyusahkan para pemimpin yang betul-betul berjuang untuk bangsa sendiri. Hina-menghina...membuka aib lawan, menyerang keperibadian lawan dan macam-macam lagi. Sana-sini mengatakan pemimpin yang tidak bermoral tidak layak jadi pemimpin. Tapi politik tu sudah kotor. Bagaimana tu? Ntah ler... Masing-masing ada kepentingan kan...sendiri buat sendiri tanggung. Setiap kejahatan pasti ada pembalasannya. Allah pasti akan tunjukkan.

Spy Myeong-Wol. Ceritanya biasa saja. Seronok tengok aksi berlawan. Misi yang gagal kerana telah dipengaruhi rasa cinta. Mungkin sebab tiada fokus. Kerana cinta sanggup berkorban sanggup mengkhianati kawan dan misi negara. Saya rasa macam pernah tengok drama ni lama dulu. Hero perempuan / perisik tu memang padan...sebelum ni saya tengok dia berlakon watak 'air mata' saja.   
Eric. love him....heheheeee.......tengok gambar...muka nampak suci....

Ooooo....ok. showdown 2012 kumpulan syko breakest crew dah terkeluar... American Idol 2012 , Hollie tersingkir.... malam ni nak tengok kat 8tv... Tak sabar nak balik rumah....penatnya duduk....nak juga baring-baring....huahuahua....

Selamat bercuti di hujung minggu....






Ahad, 6 Mei 2012

Singgah Sekejap


Help me to finish this sudoku.... Puzzle gambar pun tak siap-siap...cuti hujung minggu dihabiskan dengan aktiviti ni tapi....nothing.

Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya mempertahankan kejuaraan GP Emas Terbuka Malaysia 2012 empat tahun berturut-turut. CW menewaskan Sony Dwi Konicoro dari Indonesia 17-21, 21-8, 21-10.

Singgah di Mentor.

KJ - Sebenarnya saya suka persembahan KJ terutamanya lagu kedua. Tak suka duet dengan group 14. Tak membantu pun. Kak Pah kata lemah. RMS kata sebutan macam pasar. Apa maksudnya? Saya dengar ok jer...maybe sebab bukan slang kl...nevermind. Apapun i like Kak Pah kata 'tiada yang sumbang'....
Juri punya telinga....

CAROLINE - K. Pah kata kamu cantik, sebutan terbaik di antara semua protege (tak faham. Takkan sebutan Anas tidak terbaik...) dan diction english perlu diperbaiki. RMS kata kamu baik dan sudah pandai berdikari. Minggu depan saya akan kritik kamu. Dah nak habis pusingan pertama baru nak kritik.....
Nanti jatuh merundum pula... Telinga juri......

ZATUL - Saya suka lagu duet dengan Shima. Lagu kdgemaran saya. Kak Pah kata high note kacau. RMS kata salah pilih lagu pertama - feel tiada. Entahlah. Hebat telinga juri....

Kelakar aksi di belakang pentas. Saya suka Adam dan Ogy saling mengena di belakang pentas. Ella gedik semakin over. Sebentar lagi ada persembahan artis Indonesia...namanya tak ingat. Kenapa ya kalau artis luar buat persembahan mesti best. Artis Malaysia? Yuna yang dibangga-banggakan kerana berjaya membuat persembahan di US (tak ingat tempatnya) akhirnya persembahan sekadar mendatar. Emmm.... Sekiranya markah KJ tak memberangsangkan selamat tinggal mentor..... Nevermind. Asalkan sudah berusaha. Kalau nak terus jadi artis perlu terus belajar. Mungkin rezeki di luar lebih terbuka untuk KJ.
Fuh...persembahan Sammy sedap like dalam albumnya. Menyentap kata Ally.

Keputusannya - Caroline menang. Nasib baik markah juri awam dan sms banyak menyelamatkan KJ. Masih ada harapan. KJ dan Adam perlu berlari lebih laju untuk layak ke separuh akhir.
Maka itu saya masih ada mood untuk menanti dan menonton persembahan KJ di minggu seterusnya. (Sedikit kecewa dengan.... Pijaaaaa tolonglah boyprin koitu....kasi dia semangat....jan tekeluar awal like Ayeem...)


Mkbs - lega...puasa ganti dah habis bayar.

Lapar....mo makan maggie asam laksa dulu. Hahahaha.....byee...

Jumaat, 4 Mei 2012

Cantik Ka?



Macam cantik saja tu baju kan?..... Selamat Pengantin Baru buat perempuan ini...semoga berbahagia sehingga akhir hayat...

Haaaa....cuti hujung minggu... next week lagi seronok...sebab kebanyakkan bos (semua) tiada...durang jadi urusetia temuduga pelajar (seluruh malaysia) selama seminggu..... so boleh bersuka ria...heheheeee.....ada kawan yang awal-awal dah kena suruh buat / settlekan kerja time seronok tu... dan time tu juga i can open internet sesuka hati...paling best pun tengok drama korea....kuikuikuiiii....
Oklah...masa kecederaan...time to go home....

Rabu, 2 Mei 2012

KITTA MOVE CREW


Teringat time form 1, saya guna teknik mewarna ni and saya dapat pujian from cikgu Flavianus. Kenangan yang berharga bagi insan seperti saya yang hate everything about drawing and colouring. Hahaha.... Sekarang ni sedang menonton Showdown 2012 di 8tv. Fuh!...tahun ni semua crew hebat-hebat. Walawei crew budak-budak pun mantap. Namun from 12 crew saya minat giler dengan KITTA MOVE. Saya baru tahu minggu lalu rupanya crew ni from Sabah. And persembahan mereka tadi i like.... Harap KM akan terus membuktikan kemampuan mereka. Brilliants, Maple said. Maka itu i hope this year crew ni can be goes to the finale. Ya. Ooo... Dem Lepak Boy juga have a powerful. Sebentar tadi Maple kata We Taking Over who crew make her shock.... Now, eliminated crew. Alamak Dem Lepak Boy dalam bottom 4. Mengejutkan. Nevermind. Janji bukan KM. Now battle antara Soul Geng dengan EGS Monster. Who's winner? After this DLB dengan Syko Breakest. Hebat-hebat semuanya. Who's will goes home? Paling tidak suka battle. Kenapa tak singkirkan saja crew yang dapat undian terendah? Harap judge selamatkan DLB. I think SB patut eliminate. DLB come on...fight it...where's yours power? Oh no.... Antara SB dan EGS Monster, saya pilih EGS M to top 11. Hope judge chosing same to me.... Crew yang tersingkir adalah NO ONE. Hahaha....tertipu. I know it. Hahaha....


Untuk menyokong crew Kitta Move hantarkan undian dengan menaip SD KM HANTAR KE 33399.


Ok...mo cuci kain dulu...bye...

Penyakit Gout


Perempuan dingin dan anti sosial ini tidak dapat melelapkan mata. Daripada terus perasan bermain gambar sendiri lebih baik berkongsi tentang penyakit gout. Hahaha.... My father pencintanya. Huhu....

GOUT
- disebabkan lebihan asid urik dalam sistem badan
- penyebab paling utama daging merah dan alkohol
- turunkan berat badan boleh membantu

MAKANAN
1- ceri segar. Bluberries dan strawberries juga. Ia boleh menurunkan level asid urik dalam darah.
2- nenas. Boleh mengurangkan kesakitan.
3- tofu, susu soya dan yang berkaitan soya.
4- tomato, lada benggala dan makanan tinggi vitamin C
5- minyak zaitun, canola oil, avocados dan makanan kandungan lemak tak tepu
6- low fat dairy foods
7- air dan minuman tanpa alkohol. Minum banyak air boleh menyingkirkan asid dalam badan.
8- kubis, sayuran hijau, celery, carrot. Sayuran ini rendah kandungan purines kerana rendah kalori dan tinggi serat.

ELAKKAN
1- alkohol
2- makanan laut dan daging merah
3- gula berlebihan.

* lain orang lain seleranya. Like my pa, selain tak boleh makan seafood dan daging dia juga tak makan makanan/sayuran menjalar dan sejuk like kacang panjang. But sometime dia akan langgar pantang terutama time perayaan dan ada kenduri. Yang pasti ubat mesti ada dan sedia dimakan sebelum dan selepas langgar pantang. Kesakitan tetap terasa. Bezanya still can walk... Ada juga yang sampai tak makan bilis, ayam...makanlah sayur. Tapi lebih baik kena penyakit gout daripada kanser kan?
Kata bapa saya, kalau kamu tidak pernah jatuh, tidak pernah terseliuh, tahan sejuk dan berat badan ideal jangan risau.... Insya-Allah kamu jauh darinya. Maka itu jagalah kesihatan di usia muda. Penyakit yang bakal dihidapi nanti adalah berpunca dari usia muda. Emmm.....
Bersama-samalah kita berusaha menjaga kesihatan diri agar tidak menyusahkan orang disekeliling kita terutamanya insan tersayang. Insya-Allah. Amiin.


Mkbs - saya fikir demonstrasi sabtu lalu berkaitan dengan penghapusan PTPTN. Rupanya tentang LGBT. Penyokong PAS, orang islam kenapa join sekali? Itu tanda setuju ke? Astaghfirullahalazim....

Ok. Try to sleep now. I have 4 hours. I think it's enough to me...before a new begining....bye.... Wassalam.

Selasa, 1 Mei 2012

Sama


Wajah Muhamad Izrar. Itu muka hampir serupa dengan anak adik yang seorang lagi. Cuma berbeza jantina. Hahaha..... Hope sihat selamanya. Insya-Allah.
Hari ni saya rehat sungguh. Tidur siang 4 jam. Jadi kelawar dah.... Macam mana mo lawan kemalasan ni.... Semuanya malas...tidur rajin pula. Emmm...cuaca teramat panas. Dan now seperti ada tanda-tanda mo hujan. Itu kilat mengilau samaitu guntur main dram. Benci saya dingar. Koinggolou tulu. Saya panas ngawi dingar rumah lain pintu gedegang-gedegang ditiup angin. Ishh...durang tidak pandai tutup kaitu. Bising!... Tercabut, padan muka! Mulut nak mengunyah tapi tak tau nak makan apa.... Wow...hujan dah turun.... Harap-harap malam ni tidak panas... Tadi tengok drama cina malaysia my family. Tengah praktikal sempat mo fikir 'inilah gadis idamanku...'. Wow...panas saya temgok. Saya tidak pernah begitu. Yang selalu 'wah, handsomenya...'. 'ishh....tidak suka saya...(dalam hati ja)..'. Bisuknya lupa. Saya paling pantang lagi kalau saya keluar berdua with kawan perempuan...dia kata 'kalau ada orang nampak kita, mesti durang fikir kita lesbian'... Mulalah -tive my mind. Menakutkan. Apakah ciri-ciri orang lesbian dan gay? Orang yang saya sangka baik rupanya L. Kawan cerita pula, kawannya berkahwin but G. Akhirnya cerai. Ada yang cakap lelaki yang suka jaga kecantikan diri adalah G. Jadi jangan percaya lelaki handsome. Ya ka? So, dalam pergaulan saya sentiasa takut @ berjaga-jaga lelaki atau perempuan. But in this case...women.. Lelaki suka normal. Kalau suka untuk tutup malu....???... Asalkan tiada sentuhan pasti selamat.


Mkbs - rupanya artis jemputan semanis kurma minggu lalu Ayu Raudha dan bekas suami Rita. Ingatkan laki Ayu. Buka kebetulan tengok sekejap. Tak perasan. Emmm...patutlah meluat dengar bicaranya.