Kuda putih dan kuda hitam (sebelah) meragam. Agaknya dia dah penat.
Himpunan jutaan belia 2012 diadakan di Putrajaya selama lima hari iaitu 23 hingga 27 mei. Pelbagai acara, jualan, makanan dan perkhidmatan yang tersedia. Saya berkesempatan hadir pada 26 mei lalu. Kami naik motosikal dan melalui jalan jambatan yang cantik terus ke MOF. Jalan sesak. Bayangkan motosikal pun tak gerak. Ngeri. Mungkin juga disebabkan pukul 6 petang tu waktu puncak. Lepas parking, kami terus berjalan kaki sebelah MOF. Dari jauh saya dapat lihat permainan Sasuke Malaysia. Mo pigi tingu jarak dekat tapi kawan2 tak.... Begitu juga dengan sukan lasak aksi motosikal. Inda apalah...dapat tingu dari jauh pun syukur.
Saya fikir semua tempat kami lalu. Tapi sekadar lalu saja. Termasuk tapak JPA. Jumpa Puan Maheran dan Cik Syikin. Lambai-lambai tangan dahlah....hehehe... Tapak gerai Melodi terpaksa lalu jer...sebab dah tutup. Hahaha....
Tapak yang disinggah
1 - Celebriti Planet. Masa tu ada artis buat perform. Tak kenal.
2 - Negeri seluruh Malaysia. Ada satu game teka tiru suara orang. Antaranya tiru suara Dr Fadilah Kamsah dan Datuk Hishamuddin. Kelakar.... Percaya atau tidak orang pandai tiru suara tu sebiji wajah Faizal Tahir. Saudara kot....
3 - KBS. Kempen senyum. Borangnya ambil tapi tak isi. Huhu...
4 - tak ingat nama. Yang saya ingat kami isi borang kaji selidik tentang internet. Katanya daftar untuk dapatkan dominan web sendiri cuma rm19 sahaja. Orang bisnes bolehlah....
5 - menari tulang patah. Haha... Saya cari juga manatau ada peserta showdown. Tiada! Orang kulit hitam ala-ala negro. Penonton tepuk tangan kunun. Cis! Apa barang bukan warga Malaysia.
6 - jualan kasut sukan. Wow... Cantik-cantik tapi harga pun maha cantik. Rm129. Saya kena simpan duit 4 bulan untuk memilikkinya. Sebab i am not atlet...forget it. Haha...
7 - ATM. Dua orang kawan kan ahli rela so masa banyak dihabiskan di sana. Siap cuba pelbagai alat senjata api. Teropong... Fuh... Senjata tu berat-berat belaka. Bergambar dengan ahli atm yang berlagak macam patung.
8 - pasar malam. Mencari baju dan seluar pendek. Yang jumpa baju sahaja.
9 - samsung. Fuyyoo... Murah-murah... Nasib baik i tak giler about handphone... Namun mampu menggoda.
Perjalan balik sebelum ke pasar tani, sempat menyaksi persembahan K-Pop wanita (tak ingat nama group). Peh... Durang memang fun. Ally Iskandar kata you all very tall. Yup!.. Pengunjung menjerit-jerit. Banyak tenaga durang. Kalaulah Stacy ada kan best. Boleh challenge artis Korea tu. Tapi sayang tak sempat tengok lagu kedua kerana dah nak balik. Sudah pukul 10 malam ba....
Memang fun sebab hampir semua tapak ada pentas dan ada artis. Tapi sayangnya saya tak kenal. Penipu...
Kami sampai rumah pukul 11.05 malam. Penat sungguh. Penatnya mengalahkan kepenatan jalan-jalan ke TAR KL.
Dan sekarang saya sakit badan. Sakit kaki sakit leher badan panas dan kepala berdenyut... Siang hari just sleep.... Study entah ke mana. Plan rosak. Tapi sekali sekala... Yang penting akhirnya saya dapat hadir hari belia 2012. Semoga esok akan lebih sihat. Insya-Allah.
Ok lah.... Sekarang ni MENTOR. Harap Anas do the best.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou