Help me to finish this sudoku.... Puzzle gambar pun tak siap-siap...cuti hujung minggu dihabiskan dengan aktiviti ni tapi....nothing.
Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya mempertahankan kejuaraan GP Emas Terbuka Malaysia 2012 empat tahun berturut-turut. CW menewaskan Sony Dwi Konicoro dari Indonesia 17-21, 21-8, 21-10.
Singgah di Mentor.
KJ - Sebenarnya saya suka persembahan KJ terutamanya lagu kedua. Tak suka duet dengan group 14. Tak membantu pun. Kak Pah kata lemah. RMS kata sebutan macam pasar. Apa maksudnya? Saya dengar ok jer...maybe sebab bukan slang kl...nevermind. Apapun i like Kak Pah kata 'tiada yang sumbang'....
Juri punya telinga....
CAROLINE - K. Pah kata kamu cantik, sebutan terbaik di antara semua protege (tak faham. Takkan sebutan Anas tidak terbaik...) dan diction english perlu diperbaiki. RMS kata kamu baik dan sudah pandai berdikari. Minggu depan saya akan kritik kamu. Dah nak habis pusingan pertama baru nak kritik.....
Nanti jatuh merundum pula... Telinga juri......
ZATUL - Saya suka lagu duet dengan Shima. Lagu kdgemaran saya. Kak Pah kata high note kacau. RMS kata salah pilih lagu pertama - feel tiada. Entahlah. Hebat telinga juri....
Kelakar aksi di belakang pentas. Saya suka Adam dan Ogy saling mengena di belakang pentas. Ella gedik semakin over. Sebentar lagi ada persembahan artis Indonesia...namanya tak ingat. Kenapa ya kalau artis luar buat persembahan mesti best. Artis Malaysia? Yuna yang dibangga-banggakan kerana berjaya membuat persembahan di US (tak ingat tempatnya) akhirnya persembahan sekadar mendatar. Emmm.... Sekiranya markah KJ tak memberangsangkan selamat tinggal mentor..... Nevermind. Asalkan sudah berusaha. Kalau nak terus jadi artis perlu terus belajar. Mungkin rezeki di luar lebih terbuka untuk KJ.
Fuh...persembahan Sammy sedap like dalam albumnya. Menyentap kata Ally.
Keputusannya - Caroline menang. Nasib baik markah juri awam dan sms banyak menyelamatkan KJ. Masih ada harapan. KJ dan Adam perlu berlari lebih laju untuk layak ke separuh akhir.
Maka itu saya masih ada mood untuk menanti dan menonton persembahan KJ di minggu seterusnya. (Sedikit kecewa dengan.... Pijaaaaa tolonglah boyprin koitu....kasi dia semangat....jan tekeluar awal like Ayeem...)
Mkbs - lega...puasa ganti dah habis bayar.
Lapar....mo makan maggie asam laksa dulu. Hahahaha.....byee...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou