Adakah negara kita akan terus terpelihara? Siapa yang harus bertanggungjawab memelihara negara kita? Cabaran semakin mencabar. Tanpa kesatuan dan perpaduan maka hancurlah ia. Paling tidak boleh diterima adalah tuntutan kebebasan hak asasi yang pelbagai yang mengganggu gugat kesucian agama islam. Malaysia digesa untuk mengiktiraf
hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity terutamanya
hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Implikasi perkara
ini akan membawa kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang
termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.Siapa sebenarnya mereka yang menerajui semua itu? Apa itu COMANGO? Saya tidak jelas dengan pertubuhan ini maka saya mencarinya melalui google. Dan ini yang saya temui....
COMANGO (
Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) atau
Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia ialah sebuah gabungan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di
Malaysia yang mengemukakan laporan hak asasi manusia ke proses
Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 24 Oktober 2013 di
Geneva. Gabungan ini disertai oleh 54 NGO
Malaysia.
Apa itu sebenarnya UPR? Yang ini pun saya tidak jelas. Namun saya terjumpa artikel berkaitannya di Karim's Blog. Bagus blog ini. Banyak maklumat tentang tuntutan COMANGO terhadap Malaysia. Ada yang menggelarkan COMANGO ini talibarut asing.
UPR adalah ringkasan kepada Universal Periodic Review atau kalau di Bahasa Melayukan mungkin menjadi Semakan Berkala Sejagat.
Ini petikan dari Karim's Blog.
Kita lihat apakah di antara tuntutan yang COMANGO telah serahkan kepada UNHRC:
1. Menuntut Malaysia tandatangan dan memeteraikan International
Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR), yang antaranya
berbunyi
“The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief,
including the right to replace one’s current religion or belief with
another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain
one’s religion or belief…”.
Implikasi apabila Malaysia menandatanganinya, ialah ia bakal
mengizinkan
gejala pemurtadan berlaku secara berleluasa. Apakah ini yang
kita mahu?
2. Menuntut supaya Malaysia menerima Hak SOGI (Sexual Orientation
& Gender Identity). Maknanya menuntut supaya negara kita
menghalalkan
LGBTIQ – seks songsang!. Mereka turut memberi tekanan untuk
menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat. Di
dalam tuntutan ini COMANGO turut tidak setuju pusat-pusat gay diserbu
pihak berkuasa (maknanya mereka mahu gejala seperti berleluasa)
3. Mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan mereka
mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan
jenayah
Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak
peribadi”.
4. Membuat tuntutan yang mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap
isu kebebasan beragama seperti membawa kes tuntutan penggunaan kalimah
Allah oleh penganut
Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia – untuk dibicarakan di Geneva!
Mereka juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang-orang Islam. Dan juga isu hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur (juga dijadikan isu hak asasi manusia).
Ini adalah di antara tuntutan-tuntutan yang jelas menganggu-gugat
kita sebagai umat Islam serta mempertikai kedaulatan Islam di Tanah Air
ini.
Apakah kewajaran tuntutan mereka? Apakah Malaysia ini tidak mempunyai Perlembagaan negara?
Apakah mereka sudah tidak mampu berfikir secara rasional? Adakah mereka tidak tahu menghormati kedudukkan Islam sebagai agama rasmi negara? Apa tujuan mereka mencampuri urusan agama dan mencabar kemuliaan agama islam dengan membenarkan LGBT? Apa pegangan agama mereka sebenarnya? Apa pun tujuan mereka, apapun pegangan agama mereka saya berharap dan berdoa mereka mendapat hidayah dariNYA. (walaupun dalam hati...hanya Dia saja yang tahu...). Besar harapan saya pemimpin-pemimpin politik islam bersatu dengan kerajaan mempertahankan negara ini. Menolak segala desakan-desakan tersebut. Tegas dan berhemah dalam menangani tuntutan berkaitan. Jangan hanya cakap tapi tiada tindakan. Kata tidak menyokong tapi tindakan menyokong secara tidak langsung. Saya juga ada terbaca bahawa Marina Mahathir juga terlibat dengan tuntutan tersebut. Namun dia menafikan. Kita boleh sahaja memperjuangkan apa sahaja perkara yang patut namun jangan sesekali membelakangkan agama islam. Sebenarnya, perjuangan hak asasi manusia tu tidak diperlukan jika setiap daripada kita mengamalkan dan menghayati ajaran agama berpandukan al-Quran dan Sunnah nabi. Tapi nak macam mana ahli-ahli COMANGO bukannya orang beragama islam. Mereka pasti menantikan saat kehancuran islam di Malaysia. Maka itu SILA jangan benarkan!!!!.... Jangan TUNDUK dengan tuntutan mereka.
Wallahu 'alam.