Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Selasa, 30 Jun 2009

Realiti Kehidupan

















Menonton drama 'Flaming Butterfly' di 8tv 8.30 malam membuatkan saya berfikir, betulkah cinta itu buta?betulkah cinta itu sukar dikawal?benarkah cinta itu sukar dilupakan? Drama itu memaparkan bagaimana 'christ' sukar melupakan cintanya terhadap 'Sum Yi' (yang telah menjadi kakak iparnya). Mungkin ya kerana 'christ' tinggal sebumbung dengan 'Sum Yi'. Yang saya faham bukan mudah melupakan perkara pahit manis yang pernah dialami apalagi jika perkara itu yang pertama dalam hidup kita. Benar kata pujangga "bagaimana kita boleh memberi kebahagiaan kepada orang lain, jika diri kita sendiri tidak bahagia" Orang yang membesar serba kekurangan seperti saya, mungkin perkara sebegitu adalah biasa. Saya tidak tahu bagaimana dan berapa dalam sakit orang yang terluka kerana cinta. Saya hanya tahu ia memang menyakitkan kerana ramai kawan-kawan yang mengadu dan menceritakan permasalahan mereka. Mungkin juga ia sesakit apabila dimarah ibubapa...sakit diperli kawan-kawan sakit dikhianati kawan-kawan.
'Prison Break' melabuhkan tirainya semalam dengan sebuah kegembiraan. Bersatunya sebuah keluarga hasil dukungan dan sokongan sebuah persahabatan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan walaupun ramai yang terkorban. Namun ia cukup berbaloi. Harga sebuah kepercayaan dan pengorbanan cukup berbaloi jika ia berakhir dengan kegembiraan dan kebahagiaan biarpun sesaat. Saya cukup respect dengan dengan pilihan Micheal. Di awal cerita, jika saya berada di tempat Micheal saya akan serahkan sycilia itu kepada 'christina' atas alasan 'christina' pasti akan melindungi Micheal dan kawan-kawannya. Namun di akhir cerita saya juga tersilap. Benar kata pujangga 'kita yang memilih samada terluka atau melukakan' ' kita yang memilih samada berkorban atau terkorban'. Satu pilihan hari ini akan mempengaruhi keputusan masa hadapan. Semua berkemungkinan. Namun tetap menerima segalanya seadanya. Bersyukur dengan apa yang ada. Insya-Allah.
Tahniah kepada Chaq Mentor 3 kerana berjaya ke separuh akhir kedua. Tapi saya pelik rendahnya markah dia. Itu nasib baik juri awam beri markah penuh. Kalau tak mungkin Chaq akan tersingkir. Saya terfikir takkan sikit sangat markah yang juri professional beri...atau undian sms yang rendah...ntahlah.... Saya berharap Chaq akan berjaya masuk ke final.. 'man no kopio chaq..ko nda bulih kalah sikarang...ko mesti sampai final... kalah masa final nda apa'
Saya suka perform hari ahad tempoh hari. Cuma part nada rendah suara dia tak berapa jelas.



p/s : saya belum pernah merasa penangan keghairahan cinta...

Isnin, 29 Jun 2009

Disebalik Keseronokan Ada Kepahitan

Gambar-gambar dalam gym, depan koridor hostel dan sekitar gerai makan mee udang.

































Huh!!! penat betul balik kursus semalam. Bukan penat berkursus tapi penat duduk dalam bas. Perjalanan mengambil masa 3 jam dengan jalannya yang 'grable' ....ala-ala jalan balik kampung saya di Keningau... cuma bezanya kalau saya balik kampung tidur dalam perjalanan bangun-bangun sudah sampai rumah. Ini lain saya tidur bangun sampai 3 kali tak sampai-sampai juga... Ya Allah..... nokokodou busulku....

Kursus tu memang bagus tak rasa pun nak balik cepat tapi rekod terbaik di Bayview Hotel Pulau Pinang belum tercalar lagi. Yang paling baik sekali ialah penginapannya. Sepanjang yang saya pergi berkursus ini yang terbaik sekali. Kalau selalu masuk ke penginapan sterika tiada sejadah tiada, semua kena request. Di sana lengkap...wow! tak payah nak fikir....Al-Hamdulillah. Yang best tu ada gym...first time saya pi masuk gym siut...hehehe...seronok juga ba. Badan rasa sedap bila peluh keluar....petang hari jumaat dan sabtu masuk gym.... Ada seorang jejaka ajak main badminton tapi tak nak...malu...sebab tak berapa nak reti...silap hari bulan pukul angin.. kalau main sendiri tak pe...ini dengan jejaka hansome...hehehe...gatal... gurau je...tapi betul be...yang betul tu yang hansome...hahaha... Kalau cakap pasal pengisian kursus tu biasa saja...macam kursus-kursus lain. Kursus kewangan namanya. Tapi saya lagi suka kursus yang begitu daripada kursus yang kena berlari sana-sini kena bentang sana sini tapi satu pun ana tak fagham. Dan yang seronok petang hari sabtu kitaorang pergi makan mee udang. Huh! pertama kali makan udang banyak sekaligus...

  • Geramnya........ 'J banyaknya ko makan...' tersentap hati saya. Tak semena-mena saya pun tengok makanan yang saya ambil. Cuma sepinggan mihun dan 2 keping roti bakar. Saya tengok kawan yang lain ambil benda yang sama. Masa makan puas juga saya berfikir apa yang banyak. Kawan-kawan yang lain pun ambil makanan yang sama (dah itu saja yang ada). Mungkin dia bandingkan saya dengan dirinya...(dia tak ambil roti kot...) Saya tidak tengok pula dia makan macam mana makan banyak mana... Suka hati ko la...selera aku badan aku yang punya...
  • Macam nak terajang...... Dalam bas balik Putrajaya, Cik Raja (urus setia) pelawa saya dan kawan (juga urus setia) Cik R untuk duduk depan ...(macam tempat duduk VIP...lebih kurang la..), tiba-tiba pula keluar suara dia 'apahal pula nak duduk depan. Dekat belakang ada banyak kosong lagi.......' Aik...apa kes dia ni tiba-tiba menyampuk. Suka hati orang lah kan? yang dia menyibuk apahal. Kawan saya Cik R jawab 'alah, saja tengok..ada tempat selesa apa salahnya....(lebih kurang begitulah tak berapa ingat dah)'. Saya pelik juga dia ni...benda macam tu pun nak berlagak ke? kalu cantik nda apa juga...ini macam jalan raya kampung saya tahun 2000....bayangkan?... Kawan-kawan cakap dia memang begitu...maybe this is first time saya kena so hati tersentap sikit. Ataupun saya yang sensitif masa tu....(ntah la...). Apa-apa pun boleh dilupakan dan boleh dimaafkan...Insya-Allah..

p/s : Hati selalu terusik bila melihat jejaka handsome... hehehe

Khamis, 25 Jun 2009

Aman Dalam Sempit

Hari ni boleh dikatakan hari bahagia atau hari bersenang lenang sebab 80% pegawai dengan pembantu pergi majlis penyerahan tawaran biasisawa di PICC (petang2 begini ambik kesempatan tapuk-tapuk buka internet hehehe..). Kerja pun tidak banyak cuma mengemaskini maklumat dalam sistem dan buku sahaja. Tapi kesiannya dalam bersenang lenang tu, kena take over jaga kaunter pula. Bikin panas ramai pula pegawai yang hantar borang (macam-macam borang)...ada kemusykilan tapi saya jawab 'kalau hantar borang saja boleh tapi kalau ada pertanyaan saya tidak dapat menjawab'....kesian durang. Yang bikin panas ramai pula yang datang... susah juga kalau tidak tahu banyak benda...nanti lepas ni kena belajar jugalah walaupun saya hanya buat kewangan... Semalam tolong durang buat persiapan terakhir tapi saya balik sharp 5 pm (harap2 durang nda marah).
Esok saya ada kursus di IPN, Selangor... tadi jam 11 pagi ada taklimat kursus tersebut. Harap-harap kursus ini dapat memberi banyak maklumat yang berguna kepada saya apalagi ketua akauntan maklumkan tadi auditorium / bilik kuliah tiada penghawa dingin (x aircond) cuma ada kipas bergerak saja dan urus setia pula kata memang panas...huh!!!! macam mana ni? hantam sajalah labu...hehehe.... (sebab i tk redha gi kursus cuti ujung minggu).... kawan-kawan saya pula busy cerita tentang penyanyi Yassin yang sakit mental (ntah betul ke tak...)..macam-macam ada... huh! hari ni gaji ba pula. Kira bajet ko!!...


*****"sedap juga lagu ST12 - puspa tu...."

Rabu, 24 Jun 2009

Apa bulih buat ba

Sekarang ni...unit kitaorang sibuk mau buat prepared penawaran biasiswa kepada pegawai sektor awam yang mau sambung study samada dalam atau luar negara... but orang macam saya selamat sikitla sebab tidak terlibat secara langsung...untung saya. Oleh kerana sekarang ni tiada kerja suda apalagi saya pun tapuk-tapuk buka internet...hehehe... jaga-jaga ada urang mau cubuk..huahuahua... hari ni suda hari tiga, hish....hari lima sampai hari minggu ada kursus di IPN selangor pula... Adus....tiada harapan mau berpoya-poya di rumah... apa bulih buat. Lepas ni pertengahan bulan tujuh sibuk pula buat bayaran...huh! masa itu la semua benda mau quick..masa itu la masalah timbul sana sini..telefon berdering tidak henti-henti..emel bertalu-talu...ada yang senyum ada yang marah tidak sabar-sabar..mau muntah saya. Bikin Panas kopio... kalu nopo durang di dapan sy, sy kasi pawi dia punya re'...hehehe(berani ko...). Ushh!!! durang suda abis taklimat...membahayakan kedudukan ni...sambung buat kerja la...bye...



"Ada banyak nostalgia dalam hidup kita. Kadangkala kita
Menguburnya selama bertahun-tahun dan tak pernah
Peduli mahu menoleh lagi. Ada ketika, kita tergali ia
Semula tanpa sengaja"


'tidak sabar mau sambut puasa...tidak sabar mau balik sabah...rindu ba d kg...'
Free Music
Free Musichttp://divine-music.info/musicfiles/celine-myheartwillgoon.wma" AUTOSTART=TRUE LOOP=TRUE WIDTH=0 HEIGHT=0 ALIGN="CENTER">
Free Music

Selasa, 23 Jun 2009

Pesan Seorang Sahabat Lama

Pesan Baru,
Seorang Sahabat Lama


Ini satu pesan baru
seorang sahabat lama
tentang cinta dan cita-cita
tentang dilema pilihan diri.


Kata dia padaku;

kita hanya boleh merasa
sejauh mana hati kita ingin
kerana jalinan itu tidak bererti
jika dicipta tanpa keinginan.


Kata dia padaku:

kita hanya boleh melangkah
sejauh mana kaki kita mahu
kerana perjalanan itu sia-sia
jika dipaksa tanpa kemahuan.


Kata dia lagi:

jalinan tiada cinta
perjalanan tiada cita-cita
bukan semestinya luka nestapa
jika itu satu pilihan sengaja.


Pesan seorang sahabat lama
memang selalu bermakna
kerana dekat atau jauh
kasih dia tetap intim.


"Melukakan dan terluka adalah satu pilihan sendiri!"


P/s : baru ku tau stressnya jaga kaunter...migrain aku...hehehe....

Isnin, 22 Jun 2009

Inspirasi Untuk kemenangan

Cuti sabtu ahad yang menyeronokkan walaupun tanpa sebarang aktiviti...maksudnya duduk diam melepak di rumah. Masa dihabiskan dengan aktiviti tidur dan menonton tv....hehehe...hebatkan? Saya seronok dan puas hati menonton siaran langsung perlawanan badminton Super Series Terbuka Indonesia 2009 bertempat di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia. Perlawanan yang paling menarik dan meruntun perasaan saya ialah pertemuan antara pemain China Wang lin pemain pilihan ketiga dengan Netwal Sania dari India pemain pilihan keenam Super Series Terbuka Indonesia 2009. Semangat yang ditunjukkan oleh pemain dari India ini membuatkan saya hampir-hampir nak menangis. Teringat saya pada perlawanan super series di China tahun lalu, pemain negara Wong Mei Choo juga menghadapi situasi yang sama juga dengan pemain dari China yang akhirnya memenangi perlawanan tersebut. Tahniah!. Pertemuan acara bergu wanita antara bergu Malaysia Wong pei Tty, Chin Eei Hui pilihan pertama dengan pemain pilihan kedua dari China Cheng Shu, Zhao Yunlie. Walaupun pertemuan antara dua bergu ini dapat mengoncangkan degupan jantung saya, namun kemenangan ke atas pemain negara telah dijangka. Tahniah!. Pertemuan yang saya tunggu-tunggu adalah pertemuan antara pemain no.1 dunia Datuk Lee Chong Wei dengan jaguhan Indonesia Taufik Hidayat. Sebelum itu tahniah buat Datuk kerana berjaya menundukkan pemain China Chen Ji. Pada mulanya, saya agak risau kerana saya meramalkan di peringkat separuh akhir jaguhan negara ini akan bertemu dengan musuh tradisinya Lin Dan. tetapi malangnya Lin Dan ditewaskan oleh rakan senegaranya Chen Ji. Al-Hamdulillah. Bukan apa, jika diamati betul-betul Lin Dan hanya menjadi agresif apabila bertemu dengan Datuk Lee Chong Wei. Why?. Saya juga membayangkan pertemuan Datuk Lee Chong Wei dengan Taufik Hidayat banyak kemungkinan. Apalagi kata orang Stadium Senayan penuh dengan keramat ditambah dengan ribuan penyokong yang datang. Huh! Saya cuma dapat mendoakan kemenangan pemain kesayangan negara ini. Lagipun Taufik Hidayat bukanlah seorang pemain yang memaksa dirinya untuk menang. Huh! lega, Datuk Lee Chong Wei menang mengalahkan Taufik Hidayat 21-9, 21-14. Sekurang-kurangnya memecahkan dominasi penguasaan pemain China. Bagi saya kekalahan Taufik Hidayat tidak memberikan kesan padanya. Ini kerana dia sudah pernah mengecapi zaman kegemilangannya. Dia pernah menjadi juara Piala Thomas pada tahun 2000 dan juara olimpik pada tahun 2004. (Dia adalah pemain badminton yang saya minati ketika itu...) Namun saya kecewa dengan kekalahan pemain bergu lelaki negara. Walaupun saya rasa mereka mempunyai harapan untuk ke final tetapi nampaknya rezeki tidak menyebelahi mereka. -Majulah Sukan Untuk Negara-


***Taufik H. walaupun you kalah, walaupun you dah kahwin, i tetap suka kat you....hehehe... Tahniah buat THYE (Mentor 3 ) kerana berjaya ke separuh akhir.

Jumaat, 19 Jun 2009

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa


Di kesempatan ini saya ucapkan "selamat hari bapa" untuk semua bapa-bapa di Malaysia terutamanya 'My Father'. Semoga sihat dan berbahagia selalu.... Teringat kisah sepuluh tahun yang lalu. Suatu ketika dulu saya pernah membenci ayah saya...benci sebenci-bencinya...memang meluat tengok muka dia. Saya juga pernah berkata dia bukan ayah yang terbaik bagi saya....sebab dia pilih kasih, dia panas baran, dia suka memukul dan dia suka menyakiti hati mak. Saya juga pernah bertengkar dengan dia tapi saya tidak pernah menyesal. Walaupun saya pernah ada perasaan benci dengan dia, saya tetap berdoa agar dia sentiasa sihat sejahtera selalu, saya mahu dia hidup gembira selalu. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana walaupun kini ayah sudah menjangkau umur 60 tahun, dia masih sihat walafiat, bebas dari penyakit berbahaya (cuma ada sakit gout) al-Hamdulillah. Satu persamaan saya dengan ayah saya ialah....'jarang-jarang marah...tetapi sekali marah umpama gunung berapi meletup'. Dalam hidup saya itu yang saya paling takut kerana apabila gunung berapi meletup saya pasti rasa menyesal dan serba salah bukan sehari dua malah pernah hampir sebulan mengganggu ketenangan jiwa....i hate this emotion... Tahun 2008 adalah tahun paling bahagia buat saya kerana tahun itu tiada 'gunung berapi meletup' seperti tahun 2007. Dan saya amat berharap dan berdoa agar tahun 2009 ini 'gunung berapi' itu sentiasa surut...Amiin. Untuk ayah 'semoga berbahagia selalu, anakmu di perantauan perlukan doa dan restumu'
Rindu ba di kampung tapi apa bulih buat...sy nda balik masa bulan lima sebab takut sy dapat pindah. Kalu dapat pindah balik sekali la....itu yang sy pikir baitu..tapi macam nda ada apa-apa saja. Apa-apa pun sy akan pastikan the end of this year i will back / transfer to my village for along time. Insya-Allah. Sy sepatutnya kena ambil cuti rehat ni....kerja xada kualiti suda..banyak betul buat salah.... hishh!!!! tension kopio.. Apa pun sabar sajalah... kalu bulan sembilan belum transfer balik kampung lagi, sy mau balas dandam ba...biar terlerai segalanya.... tp huh! lama lagi baitu...bulih sabar kah ko...barapa bulan lagi?...lebih kurang tiga bulan lagi...lama jugaitu... Yang bikin panas lagi saat2 akhir ada pula tawaran mau pi kursus di Melaka. Pelik juga kanapa kawan2 yang lain dapat tau awal?...kalau sy dibagitau awal mungkin sy nda pilih yang pi Sebak Bernam. Apa kes?... takkan durang nda tau nama sy naik buat tawaran lagi.. ishh!!!! durang ni kan bikin binggung urang... adakah kursus kewangan direct seminggu...mau gila ka?... Masalahnya sy nda suka pi kursus... kursus kewangan itu2 saja... bukan ada perkara baru pun...bosan suda sy tei...yg pi IPN tu pun sebab kena suruh big bos ganti kawan.... Lagipun memonya mana????... kete negi....ah biar.....















"Apabila kita banyak berjanji dan kerap pula memungkiri, kenangan Lalu akan sentiasa menghantui.Ia datang menagih janji yang tak Pernah dilunaskan.Ia datang dalam mimpi.Ia datang dalam perasaan. Selama-lamanya ia boleh menjadi satu beban emosi"










***knpa la minggu ni banyak betul perkara yang menyakitkan hati. Cuti sabtu ahad tk tau nk buat apa.....


Renungan Di Pagi Jumaat

HADIS AL-QUDSI
(Kelebihan Amalan-Amalan Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT)

Yang bermaksud : Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman : "Barangsiapa yang memusuhi wali (kekasih-Ku) maka Aku isytiharkan peperangan ke atasnya. Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan dirinya dengan mengerjakan amalan-amalan fardu yang telah Aku wajibkan ke atasnya melainkan ianya adalah lebih Aku sukai dari yang selainnya, dan berterusanlah hamba-Ku mengerjakan amalan-amalan nawafil (sunat) sehinggalah Aku menyintainya, maka apabila Aku menyintainya Aku akan menjadi telinganya yang dengannya ia mendengar, penglihatannya yang dengannya ia melihat, tangannya yang dengannya ia menggenggam dan kakinya yang dengannya ia berjalan dan sekiranya ia meminta dari-Ku Aku akan menunaikan permintaannya itu dan sekiranya ia meminta perlindungan dari-Ku, Aku akan melindunginya"

-Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah r.a-

Membaca al-Quran (Khatam dalam masa tujuh hari)

Malam Jumaat : Surah al-Baqarah - Surah al-Maidah
Malam Sabtu : Surah al-An'am - Surah Hud
Malam Ahad : Surah Yunus - Surah Maryam
Malam Isnin : Surah Taha - Surah al-Qasas
Malam Selasa : Surah al-Ankabut - Surah Sad
Malam Rabu : Surah Surah al-Tanzil - Surah al-Rahman
Malam Khamis : Menghabiskan surah-surah yang baki


Untuk bacaan setiap hari.

-Surah Yassin
-Surah al-Dukhan
-Surah al-Waqiah
-Surah al-Mulk


***pernah cuba untuk khatam dalam masa tujuh hari tapi selalu terbabas...***

Khamis, 18 Jun 2009

Kasih Ampai-Ampai


Kasih Ampai-Ampai

Kasih yang limpas
sama seperti
kasih yang bertapuk,
ia bukan kita punya.

Cuma dibilang orang yang limpas,
biarpun laju-laju
masih lagi boleh dibubut
yang bertapuk, hanya diam-diam
tetap susah mahu dicubuk.

Bah, siapa juga mahu lugai-lugai
membubut kasih yang limpas
menyubuk kasih yang bertapuk?


Barangkali yang paling bagus
kita piara kasih yang ada
bukan yang limpas
bukan yang bertapuk
tapi kasih yang ampai-ampai
disiring kita sendiri.

Itu pun, kalau kita nampak!


Ya tei betul itu.... bagus jangan cubuk-cubuk lagi, tingu yang disiring kita ambil saja...sayang itu...hehehe...




'Di mana pun anda berada,
wish you a very good luck! Nostalgia cinta pertama selalunya sukar dipadam;
biar sudah bertahun-tahun'



"Whatever liberates our spirit without giving us self-control is disastrous"




'semoga kemarahan dan kebencian yang wujud semalam akan terus berlalu dan dilupakan'




Rabu, 17 Jun 2009

Pagi Yang Malang

Assalamualaikum,

Sy baru mau gumbira2 pagi ni..tiba2 pula ada masalah.... Sy tesalah bei bagi maklumat sama kawan sy...turus baucar dia kena quiri.... itu nda apa lagi.. bos pun naik angin la...atokoiiiii!!!!!!....poinragang po mato otogod...aduiii...id sawat nopo koilo...hish...poinkuro ma mimboros...nga nasib po apandai tambalutku suminimbar....kete negi... nga sy nda puas hati...sy rasa serba salah sama kawan sy tei... tp memang salah sy...masa dia tanya sy iya iya saja tp sy nda tingu apa yang dia tanya...sory ye tambalutku...kada kotogod... sy suda minta maaf tadi nga nda tau pono kalau dia simpan dalam peti ais.... abis la... itu pun akauntan yang kaci tau...sory ye semua.... ehhhhhh.... sy nda senang hati betul....

kita berhibur dulu la... sakit jiwa...jiwa kacau betul... dari kelaparan jadi kekenyangan... makan sebiji pau ayam sajalah...ingga tomod selera tei.... sy harap bos2 tu tak lah mengutuk sy seteruk-teruknya. Kenapa jadi begini...kaddi'......oka poddi....ingga komen.... terima sajalah... sudalah minggu lalu ada salah key in juga...nasib baik bos baru yang semak....setakat ni cool saja dia...sory ye... kalau marah pun jangan menjerit ye...jangan tinggikan suara...takut sy....takut malam ni tak dapat tidur lena...

"sekarang ni tak de mood nak buat kerja"

Selasa, 16 Jun 2009

Sekadar mengisi kekosongan

jejaka idaman baini...hehehe...bulih kah?...





"hidup ini adalah satu anugerah yang harus dinikmati kerana ia wujud sekali sahaja. Saya belajar menikmati hidup ini seadanya, yang penting dalam dan luaranku tetap gembira pada hari ini dan hari-hari seterusnya"

Puisi Buat Sahabat (pencinta Sunyi)

Wahai sahabat,
antara sajak cinta
dan kabus berembun
jangan kau pilih apa-apa
mungkin sebuah jawapan itu
kau temui hanya dalam sunyi.
Ketika kau gelisah
mencari kata-kata hilang
pandanglah jauh kepada diri
barangkali ada tersembunyi
sepi yang mendamaikan.
Bercinta dengan sunyi
sebetulnya aneh tapi indah
kita belajar menjadi lebih berani
melepaskan sebuah cinta asing
yang belum sempat dipuisikan

Wahai sahabat,
kadangkala ada permulaan
yang tidak menuntut penamat
bukankah?

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan" ......









Kehidupan tak seindah mimpi.....

ini gambar anak sepupu saya berusia 3 bulan...


Assalamualaikum,

Semalam saya menonton episod akhir 'Zati & Mawas". Oklah drama tu. Saya pun tak mengikuti sangat. Apa-apa pun saya suka lakonan Liyana Jasmine dan watak Mawas (siapa eik nama pelakon tu...). Tapi sejujurnya saya lebih suka menonton drama 8tv yang disiarkan jam 8.30 malam. Tajuknya 'Flamming Butterfly'. Best juga drama tu, macam-macam konflik percintaan, business dan kekeluargaan. Watak Hock Yu dan Sum Yi bertahun-tahun berpisah, walaupun cuba untuk saling melupakan tetapi setelah bertemu di situlah cabaran sebenarnya. "sesuatu yang pernah kita miliki terlepas dari genggaman kita dan kita ingin memilikinya semula, rampaslah kalau berani...". Bunyi macam senang kan?...untuk melakukannya perlukan kekuatan mental, fizikal dan rohani. Begitulah watak Hock Yu dan Sum Yi, 7 tahun berpisah bertemu bercinta kembali. Hebatkan?tapi dalam realitinya mungkin mustahil. Takkan dalam masa 7 tahun luka nda baik-baik, melainkan sengaja dilayan. Kalau saya, saya tidak sanggup. Bagi saya senang saja 'yang berlalu biarkan berlalu'. Perkara memalukan yang berlaku hari ini, mungkin 3 tahun akan datang ia perkara yang melucukan, perkara yang menyakitkan hari ini mungkin 3 tahun akan datang ia perkara yang menenangkan jiwa dan perkara yang telah menjatuhkan maruah kita pada hari ini mungkin 3 tahun akan datang ia perkara yang cukup bermakna dalam hidup kita. Segalanya berkemungkinan. Semua tindakan kita berdasarkan situasi dan pengalaman. Situasi membawa kita kepada pengalaman dan pengalaman mengajar kita menangani situasi. Namun pengalaman cuma pengajaran semata-mata ia tidak banyak membantu dalam tindakan kita. Zaman berubah situasi juga berubah manusia juga berubah janji juga berubah. Kalau hari ini saya begitu menjamin YOU adalah kawan sejati saya dunia akhirat, tetapi siapa yang dapat menjamin 5 atau 10 tahun akan datang YOU masih kawan sejati saya. Mungkin masa itu YOU adalah pesaing dalam karier saya. Siapa yang dapat menjamin perasaan hormat saya pada hari ini sama dengan 5 atau 10 tahun akan datang? Mungkin saya lebih bahagia dari YOU atau sebaliknya. Itulah situasi. Hati dan perasaan berubah mengikut situasi, prinsip juga berubah mengikut situasi, tindakan juga berubah mengikut situasi. Tiada jaminan sebenarnya. Cuma perlu dikawal tanamkan rasa sayang, walaupun semua berubah mengikut situasi jangan bertindak terburu-buru dan jangan bertindak berdasarkan emosi. Kemarahan dan kebencian sekiranya berakhir dengan kepuasan sudah cukup berbaloi namun harus diingat jangan sesekali menyimpan dendam. Bagi saya kemarahan yang berlebihan pada hari ini tetapi esok dilupakan cukup bermakna daripada kemarahan yang ditahan tetapi bertahun-tahun terpendam dalam hati. Nikmatnya seperti anda sedang menikmati hidangan berbuka puasa. Teringat drama NCIS di 8tv 9.30 malam. Saya suka watak Ziva yang kuat ketika berlawan dengan Kopral Werth. Saya sempat berangan kalau saya kuat seperti dia, bagaimana?pasti seronok kan?....hehehe... Ejen Gibbs yang handsome, wow! Saya suka mengikuti drama ini (x pernah miss siut). Satu lagi drama yang sejak kebelakangan ini menarik minat saya iaitu drama 'Prison Break'. Jalan ceritanya tragik bagi saya. Bagaimana seorang ibu boleh meninggalkan anaknya semata-mata mahu mengejar impiannya? Mungkin juga kerana Christina tersepit dan terpaksa. Bertahun-tahun bekerja keras bertemu semula dengan anaknya, bolehkah kepercayaan diterima dalam pertemuan singkat dalam masa yang sama wujudnya persaingan antara satu sama lain? Bolehkah suami isteri, adik-beradik , anak dengan ayah atau ibu yang bersaing dalam karier, berdebat di meja sidang mencari menang kalah, balik ke rumah makan bersama ketawa bersama? Bertindak tidak semudah bercakap.
Menonton drama-drama begini banyak mengajar saya berfikir, mengaplikasi ke kehidupan realiti. Walaupun kekadang tidak masuk akal tetapi tiada yang mustahil di dunia ini. Terlalu banyak perkara yang berlaku sekarang ini tanpa kita duga. Itu tandanya 'dunia semakin tua'. Sebab itulah saya lebih suka menonton drama Korea dan Jepun. Jalan ceritanya ringan ada unsur komedi. Kadang-kadang menonton tak sedar air mata mengalir bila ketawa tak ingat dunia...oopppsss ada jiran sebelah kiri kanan depan belakang. Walaupun ada unsur konflik, geram, marah dan tak puas hati ketika menonton sahaja. Bangun dari tidur sudah dilupakan kecuali unsur komedi. Sekarang ni penulis/pengarah drama/ filem di Malaysia suka menghasilkan drama/filem yang seram dan tahyul. Saya tidak berapa suka. Tapi kenapa ya, kalau drama/filem serupa yang dihasilkan oleh negara luar walaupun tak logik saya masih boleh menerima dan menontonnya berbanding yang dihasil oleh penulis/pengarah Malaysia? Contohnya drama MERLIN. Walaupun kadang-kadang tak masuk akal saya seronok menontonnya. WHY????? i don't know. May be pelakonnya hansome kot....hehehe....

'sejak akhir-akhir ni susah sangat nak tidur malam....'

Isnin, 15 Jun 2009

Hujung Minggu Yang Mengejutkan....

Assalamualaikum,



Cuti hujung minggu ni, banyak betul perkara yang mengejutkan. Pertama, sy tengah syok2 kira bajet beli kain untuk buat baju kurung tiba2 pula mak bagitau ustazah Tiqa yang selalu jahit baju sy tak nak jahit. Alasannya dia busy prepared untuk exam Ijazah guru Kafa'. Aduh.... macam mana ni...hanya dia yang sy suka...sebab kerjanya kemas and most important she's feel good my taste....oh no!.... Yang kedua...,syok2 sy dengar berita, tiba2 keluar berita kes Virus H1N1 meningkat...Oh no!..kat mane tu....but katanya dekat Malaysia masih terkawal...al-Hamdulillah...yang mengejutkan katanya dekat Thailand kes tu meningkat. Hushhhh!!!! jiran sebelah tu...harap2 pihak berkuasa perketatkan imigresen keluar masuk ke sana.... Yang ketiga..., berkaitan dengan dunia hiburan. Sy memang suka mengikuti perkembangan konsert2 hiburan ni...seronok melihat mereka present...dengan juri professionalnya yang berlagak pandai, kadang2 ok kadang2 ko....masing2 punya pendapat lah katakan... Kalau kena juri yang baik dan happening dapatlah markah tinggi...al-Hamdulillah... Malam sabtu sy tengok program realiti Oh Lala di TV9. 2 peserta yang i like ialah Farah dan Emeer....Farah sy suka suaranya...paling suka ketika dia nyanyi lagu matahari Agnes Monica. Emeer pula sy suka gayanya...handsome pula tu...hehehe...but terkejut sy Farah tersingkir....Aduh...apa boleh buat....terima sajalah...eeee.... Yang keempat.....,ini pun hiburan juga...program realiti Mentor tv3...my favourite is protege Chaq....sy suka perfomance dia. Setiap kali dia muncul pasti ada kelainan...dan yang penting komitmen dia untuk terus belajar dengan Mentornya Ajai... But sayangnya kali ni dia dapat markah dari juri awam rendah sangat...just 9 mark....Oooooo teringat konsert kumpulan B sebelum ni, Protege keena & Awie juga dapat markah yang sama...ada betulnya kata awie, juri awam ada 10 orang tapi dapat markah 9....yang seorang lagi tidur...(may be dia tak bg markah kot...)...hahaha.... ye tak ye juga... Dan yang paling surprised Protege Fira dapat markah tinggi jauh meninggalkan Chaq dan Evo... Hebatnya juri bagi dia markah tinggi begitu sekali... Kesian Evo. Walaupun sy target Evo yang mara ke separuh akhir... Apa2 pun yang penting Chaq telah berjaya ke separuh akhir. Sy berharap betul lepas ni Ajai dan Chaq lebih bekerjasama eh...bukan...nanti kena potong 5 juta...hehehe...harap durang dapat bersatu menjadi satu bak kata Fauziah Latif....actually i hope Chaq will be a winner on this competition like Pija and Fiq...."CHAQ KO BULIH BA"....Saingan terdekatnya adalah Black anak didik Mas Idayu. So, lepas ni Chaq kena kerja kuat sebab dengar2 ramai peminat Black... 'Chaq, ko mesti buat yang terbaik...kalu nda sia2 saja ko keluar dari BAD BOYS...'hehehe noruon kopio...iya tei...mau c chaq manang......huahuahua...jan ada yang mare.... Masa tengok mentor sempat juga selit2 tengok bintang RTM di tv2. Ternampaklah salah seorang peserta iaitu Joanna from sabah(fullname x ingat). Hebatnya dia menyanyi. Tempoh hari sy tengok dia mengacara tentang 'pesta kaamatan' di tv2..(ada yang kata dia ni girlfriend Adam AF2...ye ke?..) Respect You...pandai cakap slang KL...Sy yang kerja 5 tahun kat sini tak reti2 cakap slang KL...Huh! susah beb...but bak kata seorang konsultant kursus dari sabah namanya En. Ricky, tak perlu ubah. Itu adalah identiti kita...yang penting masih bertutur dalam bahasa melayu dan orang faham, jangan cakap bahasa ibunda sudah...hahaha... Tapi sy cuti balik kampung 2 minggu, come Putrajaya bahasa jadi rojak terus...cakap bahasa melayu campur bahasa ibunda...dahlah orang kata sy bercakap laju macam kapal terbang...huh!! i coverlah...zaman sekarang semua kena cepat...orang naik kapal terbang.... hehehe...jahatkan... Durang tu menyakitkan hati i je... Durang guna bahasa durang, i tak faham i tanya, i tak mengajuk pun...but durang tak faham apa yang i cakap, siap mengajuk lagi...BIKIN PANAS!!!!.... koruol ginawo...silap haribulan...pagarobon ku yolo hilo tasik putrajaya...puloson ngawi tolingo...upuon ngawi nipon..kondulon ngawi mato...kio nga padan muka....hehehe....siou kio.... Dan perkara terakhir yang mengejutkan, pemain badminton no. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tewas dengan pemain tak ternama dari Singapura...apa sudah jadi????...i kecewa siut... Apa2 pun teruskan perjuangan.... Sy berharap jerebu di Putrajaya ni akan hilang cepat...sesak nafas..... Virus H1N1 cepat terhapus...menggerunkan.... untuk Chaq, Joanna...do the best....untuk capai target korang...macam sy tahun ni ada target....oopppssss....rahsia... lebih kurang target jangka pendek...sy harap tercapai...memang dah tercapai tapi harap ia sempurna...kalau pun tidak 100%, tercapai 80% pun ok la.... Kita hanya merancang tuhan yang menentukan... Target sy juga agar dapat transfer balik Sabah hujung tahun ni....mencari kelainan, dekat dengan family.... Otak sudah beku duduk sini.... Target sy yang satu ni tak tercapai. Sekarang sy tengah membaca story book 'The Client' write by John Grisham....566 pages. Sy target untuk habiskan dalam tempoh 2 bulan but sekarang sudah 3 bulan baru baca separuh. Ya Allah,....ceritanya memang best but cause may be in English Language...a little difficult....and i'm not full time to read...also mood selalu hilang di tengah jalan....but i'm try to finish before this july...Insya-Allah.

"Tapak tangan kanan selalu gatal-gatal. Harap2 ada berita gembira"

Jumaat, 12 Jun 2009

Hari Yang Indah



gambar selepas nikah di Masjid Besar Keningau....




'Moshi-moshi' 'annyeong haseyo'...kotutun kou dogo?..watashi wa jienah desu ka... hehehe...mokirayou kan...'anio'...test power kaka... sy pun nda paham why i so rajin to write here now...may be i get a good feel or have a inspiration from anyone...cisss...orutum kopio...bikin panas ko... today is friday. Tomorrow holiday...huhuhuh!!!! hebatnya perasaan untuk bercuti...yang kin hairan....dulu bukan main lagi mau kerja ... now menghitung hari menunggu hari sabtu ahad....menghitung hari bila dpt transfer balik sabah... But i feel this year is last for me here, insya-Allah. Actually i'm sad juga mau kasi tinggal ni putrajaya...but otak suda beku di sini...seronok suda tiada....macam mana?????..... kalu di sabah...weekend i can enjoy with my mother....my sister...huh!!!...punya best urang bilang.... Hiti nopo om ari anam ari minggu moi jogging iri om iri auh osihat....iri om iri lembugon. kam nokuro...ingga inspirasi kanto...hehehe... nga babali konogi om agayo takan. iri nono ngawi o kolombon ..... nga slim nodi bogia oiii hehehe.... Tingu gambar di atas tu.... "selamat pengantin baru"...misonong-sonong ko ih gisom orikot timpu poimpasi, siou kio auh oku nokouli kg moi rikot your party... Ba kasma sy pi taruh ni gambar ko..ntah2 ko nda suka...kada kotogod kio.... Ni gambar yg durang kasi mms...nda barapa tarang nga bulih tahan juga maa..... Diabilang adik sy...."atooookooiiii...alawa be c kasma koirad d ct nurhaliza ba...om urang sabalah hensem kopio...uuhhhh!!!!....bertuah badan.... Rugi Ooooooo.... tapi apa bulih buat.... "kasma, i love to be your friend, so i hope our friendship will never end..."











ini lagi korea yg sy nda puas dengar.....


o.k


jaane... mata ashita...


Khamis, 11 Jun 2009

Untuk Renungan


Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Mayat itu di dalam kuburnya adalah seperti orang karam di laut. Dia selalu menunggu-nunggu doa dari anaknya, dari bapanya, atau dari saudaranya, atau dari temannya. Kalau doa ini sampai kepadanya, maka dia lebih senang dari dunia dan segala yang terdapat di dunia ini"


Bukan setakat membaca..........




Di dunia ini, tanpa ilmu hidup tidak akan bererti kerana seseorang itu hidup untuk mencapai berbagai-bagai tujuan serta matlamat. Hanya melalui pembacaan sahaja yang dapat memberi lebih daripada satu tujuan kerana ia menjadikan hidup semakin bermakna dan semakin dalam. Idea anda hanya satu, demikian juga perasaan dan imaginasi anda tetapi apabila pembacaan bergabung dengan idea, perasaan dan imaginasi yang lain, maka ia hanya bukan melahirkan dua idea, perasaan dan imaginasi tetapi terlalu banyak sehingga tidak terhitung jumlahnya. Serupa juga dengan seorang yang duduk di antara dua cermin. Dia tidak melihat hanya satu imej dirinya, bukan juga dua, tetapi sangat banyak, sebanyak pandangannya ke seluruh penjuru cermin itu. Di dunia ini, perasaan juga begitu. Jika anda menggabungkan perasaan anda dengan perasaan orang lain, terhasillah gabungan cinta yang mana ia akan berkembang dan terus berkembang. ' Abbas Mahmud Al-Aqqad (1889-1964M) '


Rabu, 10 Jun 2009

lama tak menulis



Assalamualaikum,




Lama tk menulis di sini...malas sungguh nak posting.... ari ni i'm trying la kunun.... agipun nda ada cerita... Semalam duduk tingu tv teringat di kg.... lama nda balik kg...rindu betul aku...suda 7 bulan aku nda balik kg....telefon sj la pengubat rindu.... rindu sama itu adik2 aku yang comel2 dan yg paling penting rindu sama itu pokok rambutan....hushhhh bebuah suda kaitu.... tapi nda apalah....nanti aku bls dendam balik cuti 3 minggu... huh!!!!....bulih jalan2 with my mother anytime anywhere....