Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Selasa, 16 Jun 2009

Sekadar mengisi kekosongan

jejaka idaman baini...hehehe...bulih kah?...





"hidup ini adalah satu anugerah yang harus dinikmati kerana ia wujud sekali sahaja. Saya belajar menikmati hidup ini seadanya, yang penting dalam dan luaranku tetap gembira pada hari ini dan hari-hari seterusnya"

Puisi Buat Sahabat (pencinta Sunyi)

Wahai sahabat,
antara sajak cinta
dan kabus berembun
jangan kau pilih apa-apa
mungkin sebuah jawapan itu
kau temui hanya dalam sunyi.
Ketika kau gelisah
mencari kata-kata hilang
pandanglah jauh kepada diri
barangkali ada tersembunyi
sepi yang mendamaikan.
Bercinta dengan sunyi
sebetulnya aneh tapi indah
kita belajar menjadi lebih berani
melepaskan sebuah cinta asing
yang belum sempat dipuisikan

Wahai sahabat,
kadangkala ada permulaan
yang tidak menuntut penamat
bukankah?

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan" ......









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou