ini gambar anak sepupu saya berusia 3 bulan...
Assalamualaikum,
Semalam saya menonton episod akhir 'Zati & Mawas". Oklah drama tu. Saya pun tak mengikuti sangat. Apa-apa pun saya suka lakonan Liyana Jasmine dan watak Mawas (siapa eik nama pelakon tu...). Tapi sejujurnya saya lebih suka menonton drama 8tv yang disiarkan jam 8.30 malam. Tajuknya 'Flamming Butterfly'. Best juga drama tu, macam-macam konflik percintaan, business dan kekeluargaan. Watak Hock Yu dan Sum Yi bertahun-tahun berpisah, walaupun cuba untuk saling melupakan tetapi setelah bertemu di situlah cabaran sebenarnya. "sesuatu yang pernah kita miliki terlepas dari genggaman kita dan kita ingin memilikinya semula, rampaslah kalau berani...". Bunyi macam senang kan?...untuk melakukannya perlukan kekuatan mental, fizikal dan rohani. Begitulah watak Hock Yu dan Sum Yi, 7 tahun berpisah bertemu bercinta kembali. Hebatkan?tapi dalam realitinya mungkin mustahil. Takkan dalam masa 7 tahun luka nda baik-baik, melainkan sengaja dilayan. Kalau saya, saya tidak sanggup. Bagi saya senang saja 'yang berlalu biarkan berlalu'. Perkara memalukan yang berlaku hari ini, mungkin 3 tahun akan datang ia perkara yang melucukan, perkara yang menyakitkan hari ini mungkin 3 tahun akan datang ia perkara yang menenangkan jiwa dan perkara yang telah menjatuhkan maruah kita pada hari ini mungkin 3 tahun akan datang ia perkara yang cukup bermakna dalam hidup kita. Segalanya berkemungkinan. Semua tindakan kita berdasarkan situasi dan pengalaman. Situasi membawa kita kepada pengalaman dan pengalaman mengajar kita menangani situasi. Namun pengalaman cuma pengajaran semata-mata ia tidak banyak membantu dalam tindakan kita. Zaman berubah situasi juga berubah manusia juga berubah janji juga berubah. Kalau hari ini saya begitu menjamin YOU adalah kawan sejati saya dunia akhirat, tetapi siapa yang dapat menjamin 5 atau 10 tahun akan datang YOU masih kawan sejati saya. Mungkin masa itu YOU adalah pesaing dalam karier saya. Siapa yang dapat menjamin perasaan hormat saya pada hari ini sama dengan 5 atau 10 tahun akan datang? Mungkin saya lebih bahagia dari YOU atau sebaliknya. Itulah situasi. Hati dan perasaan berubah mengikut situasi, prinsip juga berubah mengikut situasi, tindakan juga berubah mengikut situasi. Tiada jaminan sebenarnya. Cuma perlu dikawal tanamkan rasa sayang, walaupun semua berubah mengikut situasi jangan bertindak terburu-buru dan jangan bertindak berdasarkan emosi. Kemarahan dan kebencian sekiranya berakhir dengan kepuasan sudah cukup berbaloi namun harus diingat jangan sesekali menyimpan dendam. Bagi saya kemarahan yang berlebihan pada hari ini tetapi esok dilupakan cukup bermakna daripada kemarahan yang ditahan tetapi bertahun-tahun terpendam dalam hati. Nikmatnya seperti anda sedang menikmati hidangan berbuka puasa. Teringat drama NCIS di 8tv 9.30 malam. Saya suka watak Ziva yang kuat ketika berlawan dengan Kopral Werth. Saya sempat berangan kalau saya kuat seperti dia, bagaimana?pasti seronok kan?....hehehe... Ejen Gibbs yang handsome, wow! Saya suka mengikuti drama ini (x pernah miss siut). Satu lagi drama yang sejak kebelakangan ini menarik minat saya iaitu drama 'Prison Break'. Jalan ceritanya tragik bagi saya. Bagaimana seorang ibu boleh meninggalkan anaknya semata-mata mahu mengejar impiannya? Mungkin juga kerana Christina tersepit dan terpaksa. Bertahun-tahun bekerja keras bertemu semula dengan anaknya, bolehkah kepercayaan diterima dalam pertemuan singkat dalam masa yang sama wujudnya persaingan antara satu sama lain? Bolehkah suami isteri, adik-beradik , anak dengan ayah atau ibu yang bersaing dalam karier, berdebat di meja sidang mencari menang kalah, balik ke rumah makan bersama ketawa bersama? Bertindak tidak semudah bercakap.
Menonton drama-drama begini banyak mengajar saya berfikir, mengaplikasi ke kehidupan realiti. Walaupun kekadang tidak masuk akal tetapi tiada yang mustahil di dunia ini. Terlalu banyak perkara yang berlaku sekarang ini tanpa kita duga. Itu tandanya 'dunia semakin tua'. Sebab itulah saya lebih suka menonton drama Korea dan Jepun. Jalan ceritanya ringan ada unsur komedi. Kadang-kadang menonton tak sedar air mata mengalir bila ketawa tak ingat dunia...oopppsss ada jiran sebelah kiri kanan depan belakang. Walaupun ada unsur konflik, geram, marah dan tak puas hati ketika menonton sahaja. Bangun dari tidur sudah dilupakan kecuali unsur komedi. Sekarang ni penulis/pengarah drama/ filem di Malaysia suka menghasilkan drama/filem yang seram dan tahyul. Saya tidak berapa suka. Tapi kenapa ya, kalau drama/filem serupa yang dihasilkan oleh negara luar walaupun tak logik saya masih boleh menerima dan menontonnya berbanding yang dihasil oleh penulis/pengarah Malaysia? Contohnya drama MERLIN. Walaupun kadang-kadang tak masuk akal saya seronok menontonnya. WHY????? i don't know. May be pelakonnya hansome kot....hehehe....
'sejak akhir-akhir ni susah sangat nak tidur malam....'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou