Cuti sabtu ahad yang menyeronokkan walaupun tanpa sebarang aktiviti...maksudnya duduk diam melepak di rumah. Masa dihabiskan dengan aktiviti tidur dan menonton tv....hehehe...hebatkan? Saya seronok dan puas hati menonton siaran langsung perlawanan badminton Super Series Terbuka Indonesia 2009 bertempat di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia. Perlawanan yang paling menarik dan meruntun perasaan saya ialah pertemuan antara pemain China Wang lin pemain pilihan ketiga dengan Netwal Sania dari India pemain pilihan keenam Super Series Terbuka Indonesia 2009. Semangat yang ditunjukkan oleh pemain dari India ini membuatkan saya hampir-hampir nak menangis. Teringat saya pada perlawanan super series di China tahun lalu, pemain negara Wong Mei Choo juga menghadapi situasi yang sama juga dengan pemain dari China yang akhirnya memenangi perlawanan tersebut. Tahniah!. Pertemuan acara bergu wanita antara bergu Malaysia Wong pei Tty, Chin Eei Hui pilihan pertama dengan pemain pilihan kedua dari China Cheng Shu, Zhao Yunlie. Walaupun pertemuan antara dua bergu ini dapat mengoncangkan degupan jantung saya, namun kemenangan ke atas pemain negara telah dijangka. Tahniah!. Pertemuan yang saya tunggu-tunggu adalah pertemuan antara pemain no.1 dunia Datuk Lee Chong Wei dengan jaguhan Indonesia Taufik Hidayat. Sebelum itu tahniah buat Datuk kerana berjaya menundukkan pemain China Chen Ji. Pada mulanya, saya agak risau kerana saya meramalkan di peringkat separuh akhir jaguhan negara ini akan bertemu dengan musuh tradisinya Lin Dan. tetapi malangnya Lin Dan ditewaskan oleh rakan senegaranya Chen Ji. Al-Hamdulillah. Bukan apa, jika diamati betul-betul Lin Dan hanya menjadi agresif apabila bertemu dengan Datuk Lee Chong Wei. Why?. Saya juga membayangkan pertemuan Datuk Lee Chong Wei dengan Taufik Hidayat banyak kemungkinan. Apalagi kata orang Stadium Senayan penuh dengan keramat ditambah dengan ribuan penyokong yang datang. Huh! Saya cuma dapat mendoakan kemenangan pemain kesayangan negara ini. Lagipun Taufik Hidayat bukanlah seorang pemain yang memaksa dirinya untuk menang. Huh! lega, Datuk Lee Chong Wei menang mengalahkan Taufik Hidayat 21-9, 21-14. Sekurang-kurangnya memecahkan dominasi penguasaan pemain China. Bagi saya kekalahan Taufik Hidayat tidak memberikan kesan padanya. Ini kerana dia sudah pernah mengecapi zaman kegemilangannya. Dia pernah menjadi juara Piala Thomas pada tahun 2000 dan juara olimpik pada tahun 2004. (Dia adalah pemain badminton yang saya minati ketika itu...) Namun saya kecewa dengan kekalahan pemain bergu lelaki negara. Walaupun saya rasa mereka mempunyai harapan untuk ke final tetapi nampaknya rezeki tidak menyebelahi mereka. -Majulah Sukan Untuk Negara-
***Taufik H. walaupun you kalah, walaupun you dah kahwin, i tetap suka kat you....hehehe... Tahniah buat THYE (Mentor 3 ) kerana berjaya ke separuh akhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou