Menonton drama 'Flaming Butterfly' di 8tv 8.30 malam membuatkan saya berfikir, betulkah cinta itu buta?betulkah cinta itu sukar dikawal?benarkah cinta itu sukar dilupakan? Drama itu memaparkan bagaimana 'christ' sukar melupakan cintanya terhadap 'Sum Yi' (yang telah menjadi kakak iparnya). Mungkin ya kerana 'christ' tinggal sebumbung dengan 'Sum Yi'. Yang saya faham bukan mudah melupakan perkara pahit manis yang pernah dialami apalagi jika perkara itu yang pertama dalam hidup kita. Benar kata pujangga "bagaimana kita boleh memberi kebahagiaan kepada orang lain, jika diri kita sendiri tidak bahagia" Orang yang membesar serba kekurangan seperti saya, mungkin perkara sebegitu adalah biasa. Saya tidak tahu bagaimana dan berapa dalam sakit orang yang terluka kerana cinta. Saya hanya tahu ia memang menyakitkan kerana ramai kawan-kawan yang mengadu dan menceritakan permasalahan mereka. Mungkin juga ia sesakit apabila dimarah ibubapa...sakit diperli kawan-kawan sakit dikhianati kawan-kawan.
'Prison Break' melabuhkan tirainya semalam dengan sebuah kegembiraan. Bersatunya sebuah keluarga hasil dukungan dan sokongan sebuah persahabatan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan walaupun ramai yang terkorban. Namun ia cukup berbaloi. Harga sebuah kepercayaan dan pengorbanan cukup berbaloi jika ia berakhir dengan kegembiraan dan kebahagiaan biarpun sesaat. Saya cukup respect dengan dengan pilihan Micheal. Di awal cerita, jika saya berada di tempat Micheal saya akan serahkan sycilia itu kepada 'christina' atas alasan 'christina' pasti akan melindungi Micheal dan kawan-kawannya. Namun di akhir cerita saya juga tersilap. Benar kata pujangga 'kita yang memilih samada terluka atau melukakan' ' kita yang memilih samada berkorban atau terkorban'. Satu pilihan hari ini akan mempengaruhi keputusan masa hadapan. Semua berkemungkinan. Namun tetap menerima segalanya seadanya. Bersyukur dengan apa yang ada. Insya-Allah.
Tahniah kepada Chaq Mentor 3 kerana berjaya ke separuh akhir kedua. Tapi saya pelik rendahnya markah dia. Itu nasib baik juri awam beri markah penuh. Kalau tak mungkin Chaq akan tersingkir. Saya terfikir takkan sikit sangat markah yang juri professional beri...atau undian sms yang rendah...ntahlah.... Saya berharap Chaq akan berjaya masuk ke final.. 'man no kopio chaq..ko nda bulih kalah sikarang...ko mesti sampai final... kalah masa final nda apa'
Saya suka perform hari ahad tempoh hari. Cuma part nada rendah suara dia tak berapa jelas.

p/s : saya belum pernah merasa penangan keghairahan cinta...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou