(What do you feel...)
Saya mencari ruangan rencana edisi ahad lalu. Biasanya saya akan baca rencana tulisan Zainuddin Maidin (bekas ketua pengarang kumpulan utusan) tetapi kali ini tajuknya saja tidak menarik minat saya. Namun saya tertarik dengan tulisan Tan Sri Mazlan Nordin mengenai perdebatan rokok yang tidak pernah selesai. Fatwa pengharaman rokok telahpun dikeluarkan. Namun sejauh mana keberkesanannya? Walaupun diharamkan masih ramai juga ustaz-ustaz dan orang alim yang merokok. Ada yang kata merokok boleh menghilangkan stress. Saya pernah tengok orang yang buntu fikiran selepas merokok idea mencurah-curah. Huh! Panahan sang rokok. Hanya perokok yang tahu nikmatnya dan hanya mereka yang hidup dikelilingi perokok tahu betapa seksanya terhidu asap rokok. 'Lagi harga rokok naik lagi-lagi ia diingini'. Saya setuju sangat. Sifat manusia memang begitu. Terlalu bangga apabila dapat melakukan perkara yang dilarang. Sebenarnya kita teringin untuk menegur mereka tetapi pada masa yang sama kita perlu menjaga perasaan mereka. Akhirnya kita terpaksa optimis 'ajal maut di tangan Tuhan'. Biarlah perokok-perokok itu dengan hidup mereka asalkan mereka menghormati kita yang tidak merokok. Berhenti merokok memerlukan motivasi diri yang tinggi dan bukan semua orang dapat melakukannya. Sebenarnya senang saja kalau hendak perokok berhenti merokok 'JANGAN JUAL ROKOK' habis cerita.
Bersaing dengan hujah - Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
'Dalam dunia yang terbuka, biarlah setiap pihak memasarkan pemikiran mereka secara ilmiah dan adil. Masyarakat sudah matang, biar mereka menilai. Selagi pemikiran itu tidak menghina Allah dan rasulnya, biarlah ilmu bersaing dengan ilmu. Bukan ilmu bersaing dengan kuasa tetapi bersaing dengan hujah'. Petikan kata-kata minda Dr. Maza. Saya setuju. Tetapi jika dilihat dari sudut yang lain pentauliahan atau permit dalam membuat ceramah itu penting dan ia memang telah dipraktikkan sejak dulu lagi. Tujuannya cuma satu untuk keamanan agar tiada pemesongan. Kita sedia maklum yang arena politik dan ajaran sesat di negara kita semakin meruncingkan. Siapa yang dapat menjamin seorang ustaz atau tokoh agama yang memberi ceramah dengan penuh keyakinan seorang yang betul-betul tulus mulus suci hati. Kita juga maklum, kebanyakan mereka yang terlibat dengan ajaran sesat adalah di kalangan mereka yang berilmu tinggi. Saya memang meminati tulisan-tulisan Dr. Maza yang berani tetapi saya terkilan kenapa beliau terlepas perkara sekecil itu? Sepatutnya beliau sebagai seorang yang berilmu tinggi dan pernah bertugas sebagai Mufti Perlis lebih arif tentang peraturan tersebut. (Mungkin beliau terlalu teruja untuk menyampaikan ilmunya selepas kembali dari UK) Saya berharap Dr. Maza tidak akan terus berlaga dengan pihak berkenaan. Oleh kerana Dr. Maza lebih berilmu maka bantulah pihak berkenaan demi keagungan agama dan keamanan negara. Siapa pun kita apabila peruntukkan undang-undang menyatakan begitu kita perlu menghormatinya samada suka atau tidak tiada siapa yang terkecuali. Setiap negara di dunia ada undang-undangnya dan itulah salah satu undang-undang sebuah negara yang dinamakan Malaysia.
Mkbs : 'buku tidak akan ada lagi di dunia'...kita tunggu dan lihat....
SO ; subuh suda... Lapas ni mau modop dulu. Nda dapat tidur ba...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou