Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 8 November 2009

Handsome lagi....


(Kang Gun Wo yang tua dan muda)

Biasanya industri muzik hanya memandang kepada penyanyi. Drama bersiri Korea 'Bethoven Virus' melabuhkan tirainya jumaat lalu. Sebuah drama yang memaparkan suka duka kehidupan pemain alat muzik. Terus terang saya katakan saya tidak pernah kagum dengan pemain alat muzik. Saya tidak tahu apa hebatnya muzik okestra. (Dahlah main muzik tengok nota konduktor terkapai-kapai di depan...). Saya cuma tahu seorang penyanyi boleh dikatakan hebat apabila boleh menyanyi diiringi muzik okestra. Saya tabik dengan semangat mereka. Demi untuk menyertai kumpulan muzik okestra sanggup berhenti kerja. Hebat bukan? Kalau anda apa pilihan anda? Zaman sekarang manusia melakukan apa jua kerja yang penting boleh dapat duit. 'walaupun duit bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan duit'. Orang yang punya duit boleh saja terus mengejar cita-citanya namun yang sebaliknya...(lu fikirlah sendiri). Tapi saya bengang apabila Doo Ri Mi jatuh cinta dengan konduktor tua itu. Cis...saya suka yang muda dan kacak. Hahaha....itu selera orang muda. Tapi kalau difikir tentang jaminan 'anda boleh pilih yang tua'. Tahu kenapa? Sebab dia pasti banyak duit. (Hehehe....) Kita sebenarnya berhak untuk memilih. Siapa pun pilihan anda, anda bertanggungjawab terhadapnya.

Tahniah buat One Nation Emcees kerana tersenarai dalam top 5 AJL 24. Harap-harap boleh masuk final.


Mkbs ; Sekalung tahniah buat pasukan Negeri Sembilan kerana menjuarai TM Piala Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou