Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Jumaat, 31 Disember 2010

WELCOME TO 2011....


Biar apa mereka kata
Gelora itu tetap kuhadapi
Datanglah setinggi mana
Mutiara bertuah ini akan terus
Meneroka ke dasar
Mengintai setiap lubuk
Mencari permata hati
Dengarlah setulus hatimu
Gemersik nyanyian ombak
Tanyalah rahsia diri
Apa yang tersembunyi
Di sebalik deruan ombak
Aku masih lagi di sini
Antara sedar dengan tidak
Sekadar mampu mendongak
Terapung bersama bahtera di muara samudera
Sedangkan tekadku masih tetap utuh
Aku masih di sini
Bertemankan helaian-helaian kertas
Beralunkan irama gemersik sang unggas
Sampai bilakah aku harus begini
Menjadi pengembara sepi
Yang pastinya cabaran nan bisa
Sentiasa menanti
Bisa membuatkan hidup merana
Andai tersilap langkah
Di arena perjuangan ini
Aku belajar mengenali diri
Di sebalik senyum tawaku
Terselit seribu satu kekecewaan
Malah aku pernah rasa menyesal
Mengenali dunia ini
Namun langkah ku teruskan jua
Bersama sisa-sisa ketabahan
Demi mencapai secebis impian
Yang hampir sirna
Kerana aku amat mengerti
Tiada samudera cetek pun
Yang mudah diredahi dengan langkauan.....


Mkbs - Selamat datang tahun baru 2011. Semoga tahun 2011 dapat menterjemah sejuta kebaikan dan keberkatan buat diriku, keluargaku, negaraku dan umat islam seluruh dunia.

Bugau - Aku mengharapkan permulaan yang baik untuk tugasku di tahun 2011 kerana setiap tahun sebelumnya ia amat menghampakan.

"aku akan terus mengelak sehingga ia tidak dapat dielak lagi"....

Rabu, 29 Disember 2010

MALAYSIA MENANG!!


Gembira tak terkira apabila wisel penamat dibunyikan. Walaupun di Stadium Gelora Bung Karno Indonesia menang 2-1 tetapi kiraan agregat Malaysia menang 4-2. (Semoga korang berada dalam keadaan selamat hendaknya). Kasihan tengok wajah-wajah penyokong tuan rumah yang teramat kecewa. Indonesia sudah 4 kali masuk final cuma tiada rezeki untuk bergelar juara.

TAHNIAH BUAT PASUKAN BOLA SEPAK NEGARA PIMPINAN K. RAJAGOPAL KERANA TELAH BERJAYA MENJUARAI PIALA AFF SUZUKI 2010.

Semoga momentum kecemerlangan dapat diteruskan untuk kejohanan lain sekaligus memperbaiki ranking di peringkat antarabangsa seperti di sukan olimpik agar sebaris dengan pasukan ternama antarabangsa.


Mkbs - stres memikirkan ...kena menyanyi. Walaupun i love singing but i am not a sporting girl. Orang yang suka memerhati daripada membuat like me can't do well. But if nobody want to take it i have to.... Oh! My God. Help me...

Selasa, 28 Disember 2010

TANDA-TANDA SEBELUM MATI !

TANDA-TANDA SEBELUM MATI !

Tanda 100 hari sebelum mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka –mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini. Cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini lazimnya akan berlaku selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging itu seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah pelung terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati.
Tanda ini juga akan berlaku selepas waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya dari Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan ambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikut kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan binggung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

mkbs - rasa takut rasa bimbang.....takut belum bersedia bimbang pergi dan meninggalkan banyak masalah. Ya, kita semestinya sentiasa bersedia tapi selalunya terleka.  Bila tersedar rasa takut.....huh!....bagaimana nak buat agar hati sentiasa teguh dan konsisten dalam melakukan amal ibadat dan menjadi insan yang beriman yang disayangiNya.

Ahad, 26 Disember 2010

Sabtu.... Ahad


Macam best but sebenarnya tiada istimewa pun.

Hari ni pergi shopping di Mydin, Putrajaya. Ok tapi sempit. Tingkat atas tiada kaunter pembayaran. Tiada esculator lagi. Bayangkan mau angkat barang turun tangga?.. Tadi saya angkat kipas turun. Urang tingu saja. Durang hairan kali urang sama kotak hampir sama besar. Hahaha... Yang bikin panas harga sampel kipas rm66.50 tapi bayar di kaunter rm72.90. Penipu!!...sebab malas nak naik atas lagi terpaksalah beli. Mahal bagi saya.

* Pertama kali rasa pening makan makanan manis. ABC punya pasal la tu...

* Gembira apabila Sharifah Amani menang pelakon wanita terbaik filem Muallaf di Anugerah Skrin 2010.

* tak sabar menanti drama 'Tiramisu' lakonan Sharifah Amani dan Pierre Andre. Lepas ni tiada can sudah mau tidur petang.

* malam ni perlawan bola sepak Piala Suzuki di Stadium Bukit Jalil. Harap kontinjen Malaysia akan buat yang terbaik dan semoga menang.



Mkbs - sabtu lalu sedapnya dapat tidur sepuas-puasnya. Bila ada can buat begitu, just do it. Rasa mengantuk pula.

Jumaat, 24 Disember 2010

Bait-bait ayat Dari Samy Vellu.........

DS Samy Vellu finally and officially resigned from his post of the longest MIC President ever live, after leading the party for almost 31 years. The Malaysian Insiders has its story, here . Frankly, I will miss him very much especially for all his funny quotes he made all these years. Like what our Prime Minister said in the 2010 Barisan Nasional Conference, “We will miss DS Samy Vellu because he add a lot of color … sometimes a bit too much color”. Therefore, as a token of appreciation, I just wanna share his famous quotes ever made by the one and only, Samy Vellu. 

1. Samy Velu quoted on Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. On one TV news when he tried to say he felt very ashamed:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy said in one of his “ceramah”:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Then one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" And Samy gloriously replied, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"

4. Samy's most favourite quote on the news for the decade is this:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. During water crisis:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. On social society's problem:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. During blood donation's program at Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. His welcome speech in most of his functions:
"Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been “saudara-saudari”)

9. During the height of the Al-Arqam's saga, he said in a press conference:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. At an opening ceremony for a new building:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

And of course the world's greatest joke of all times:

"Kita akan bina roket pigi matahari." One of the reporter responded, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy replied, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam" 


There you are folks. For DS Samy Vellu, we wish you all the best! 

mkbs ; Sekadar untuk bacaan. Kalau rasa nak gelak, gelaklah sepuas-puasnya. Kalau tak nak gelak abaikan saja. Jangan jadikan ia sebagai isu panas yang menyakitkan mana-mana pihak.

Uhhhhh.....bisuk cuti

 
Huhuhu....bisuk cuti. bukan saja cuti ujung minggu tapi cuti krismas. mesti kawan-kawan yag beragama kristian berbubut-bubut mau balik kampung tu. belumba-lumba lagi di jalan raya. ba hati-hati kamu kama. itu nyawa bukan banyak satu ja baitu.. kalu ilang di mana mau cari ganti. Jealous di mala tingu durang sibuk mau balik kampung. ba kamu palan-palan ah. siapa yang suka logop tu jangan talampau kogutan. yang penting ingat-ingat kalu mau minum...ya la mana tau tu lihing atau tapai kana kasi masuk tokon-okon...lontong ba.... nda pasal-pasal babasar tu parut. haaa...padan muka nanti.... kita mana tau ada urang yang nda suka kita kan?... tiba-tiba saja ...nde kan nga nontok ka..katawa-katawa tu urang....kotoh!kete! diabilang...

Saya nda sabar lagi mau balik kampung ni. Rasa rindu...walaupun tu duit menangis-nangis takut keabisan. tapi antam saja ma. BOSAN sudaini. yang saya sedih lagi ni result exam adik saya nda berapa bagus. bagus lagi tu yang saya punya. tapi mau buat macam mana. takkan mau marah dia. bagi saja la dia semangat. harap-harap lapas ni dia ada motivasi mau terus memajukan diri dia. Uhhhh.....mungkin ada hikmah di sebaliknya. terima saja seadanya yang penting kehidupan sosial dia bagus-bagus saja dan nda merunsingkan urang tua.

bila lagi ni adik saya mau antar duit. Faster...i need the money to buy something that important. Try understand my need. don't make me....???????

Rabu, 22 Disember 2010

10 Jenis Makanan Anti Kolestrol

 Berikut adalah 10 jenis makanan yang mempunyai ciri-ciri tersebut :

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dpt menghindarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal hijau@ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.

5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
 
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

mkbs - sebagai panduan....

Perhatikan 25 petanda ini pada anda.....

Informasi ini berguna untuk panduan anda semua .......
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat. 

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii) Bersin :
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
i). Batuk keluar kahak
: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering
: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat  besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
 Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR :
 Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a) Sakit sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan  tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian  lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
a) Kepala.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
d) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga : Menandakan penyakit migrain.
e) Bisul Terjadi di Kepala
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan  dengan penyakit migrain.
f) Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a) Loya / Muntah
 . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) Muntah Darah
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) Kerap Kencing
: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) Air Kencing yang Berkapur :  Menunjukkan penyakit batu karang dalam   buah pinggang.
c) Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang  mengandungi kotoran berlemak.
d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan  proses pembuangan  toksin sedang berlaku.
e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar
 : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
b) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) Najis Berdarah
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.
c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i)   Sistem jantung yang lemah.
ii)   Sistem saraf otak yang lemah.
iii)   Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah. 



mkbs - sebagai ingatan dan persediaan....

Manusia Lupa....

 Manusia Lupa...

Manusia lupa asal-usulnya
Dia tersangka, dialah segalanya
Yang pelupa itulah namanya
Dan yang terleka itulah manusia
Ramai manusia tidak kenal dirinya
Dijadikannya makhluk sempurna
Diuji sementara di muka dunia
Bertanggung ia pada perlakuannya
Manusia lupa, manusia alpa
Manusia bersahaja, manusia leka
Manusia berlari mengejar mimpi
Apa yang dicarinya hanya illusi

Manusia runsing bila ia prasangka
Semua sekeliling menjadi musuhnya
Manusia fikir mencipta sengketa
Moga ia beruntung darinya
Bila berjaya terdetik rasa bangga
Dilubuk hatinya pula ia bicara
Bermegah-megah dalam diam berkata
Lupa seketika pada penciptaNya
Ramai manusia inginkan kebendaan
Biar pun caranya, cara kekerasan
Akhirnya dia tak tentu haluan
Bila ada saja yang hasad memandang

Zahirnya tenang, batin haru biru
Itu nasibnya manusia yang menipu
Biarkan saja ku bersyukur selalu
Dan biarkan luncai terjun bersama labu
Satu nafaz, satu lafaz
Satu kalimah, satu syahadah
Kita terleka, terkelu lidah
Terkunci hati, di remote control
Rasa gila kuasa, rakus tamak haloba
Hei orang kita telah mencipta
Tuhan mereka mesin berhala
Hei orang kita memuja-muja
Si kotak sakti tidak bernyawa

Wahai penghuni penyewa alam semesta
Duhai jiwa termenung terpukau silau sihir dunia
Apakah masih buta tuli di dalam hati
Mestikah lagi menipu diri sendiri
Kiblat mu kini menjadi - 5 2 inci
Takwa mu pula…
Terhias indah terkunci rapi dalam almari kaca
Hapuskan haloba dan ingin
Nafsu dan mahu, terlepas waktu, terabaikan mu
Sehingga tidak ku rasa kering nafasmu
Harap kau begitu dekat dengan jantungku
Kau pujuk diriku ketika menyeru
Manakala aku selalu melupakan Mu
Satu nafas, satu lafaz
Satu kalimah, satu syahadah
Satu lafaz awal pertama menyambut keagungan semesta
Dengan zikir ibadah….

Sumber :
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Terasa ke?....


Where is it? Beautiful isn't? I have a dream to have as one's property for being my personal and private room at home. And no body can enter. Huh! Blessful living....


"manusia biasanya mengelak untuk memuji kepintaran seseorang kecuali musuhnya"... Somebody say 'sikologi ke menyindir?...' huhuhu....terasa ke? Lu pikirlah sendiri....


Lagu 'senja nan merah' mengentuk kembali kenangan ngeri malam krismas tahun 1994 (kalu nda silap la....) Ribut Greek menghentam negeri di bawah bayu included my village. 'Haruskah kita mencari santut si bugou...' bait-baij liriknya diubah oleh adik-adik. Kenangan kan? Now is raining season. This friday and saturday could be careful. Maybe it's gonna be come back in other name after tsunami. Who's know? We must get ready whatever possibility. I have to make a call for my mummy to remember about it.
But whatever the possibility i hope it's about a nice things not like scared. I remember Dr. Danial Zainal Abidin say 'biarpun hebat Allah tunjukkan kebesaranNya jika manusia tidak memandang dengan mata hati tiada ertinya bagi manusia tersebut'.......


Mkbs - 'tiada perbuatan yang betul dan salah bagi orang yang sedang dilamun cinta'.... I don't like this.


Repeat share from FB....-jika anda fikir pengorbanan anda tidak berbaloi LEPASKAN TANGAN. Jika anda telah membuka ruang untuk sedia berkorban BERHENTI MENGELUH dan terimalah seadanya- ungkapan ini telah menyentuh sensitiviti seorang sahabat. Minta maaf ye.... I don't think so....

Can't publish? Why? Try again...faster!

Isnin, 20 Disember 2010

Najib ke JPA


Yang ujung nun di sana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin. Nda nampak kan....ada saja yang menghalang. Antam saja yang penting nampak tu karpet merah. Hahaha....
Najib tu late so much. Muhyidin came on time. Great!. Maybe kalau nak Najib datang awal timbalannya kena datang sejam dari masa yang ditetapkan. Barangkali. Supaya tu gamut dia cepat putus. Hehehe....

Sedihnya nda tesalam PM. Tapi bagus juga la mana tau jari-jemarinya akan luka kalau bersalam dengan saya. Huhuhu...

Jumaat, 17 Disember 2010

Bisuk Cuti.........

Uiiiii...siuk ne............. bulih ne modop sepuas-puasnya..... harap bisuk pagi ada mood mo pi jogging.... tolong!!!!!!!!!!! suda lama nda jogging....

Khamis, 16 Disember 2010

Learn About English.....part 2

THE PRESENT TENSE (berlaku masa sekarang) *verbs - ada S tandanya present tense

(1) Menunjukkan gaya tabiat
     cth : Mother walks to market every day
            The cat always comes to our house

(2) Menjelaskan fakta
    cth : Malacca is a tourist centre
           Malaysia has a hot climate

(3) Menjelaskan kebenaran
    cth : The earth revolves round the sun

(4) Menunjukkan perkara / apa yang akan berlaku dan sudah dirancang
    cth : The new semester starts next week

(5) Memberi pengajaran atau pesanan / arahan
    cth : Watch out for on coming traffic

(6) Digunakan 'dengan bersyarat'
    cth : If you agree, we will include you

(7) Digunakan untuk ayat tidak aktif (passive voice)
    cth : The window pane is broken

THE PRESENT CONTINUOUS TENSE (sedang berlaku sekarang. * ada - ing)

(1) Menunjukkan - berlaku sekarang
    cth : The workers are repairing the pipe

(2) Perkara yang selalu berulang
    cth : Jienah always talking about her new dress

(3) Perkara yang berlaku akan datang tetapi telah dirancang
    cth : She is leaving for Singapore tomorrow

(4) Perkara yang berlaku masa ini tapi boleh tidak diperkatakan
    cth : Amy is conducting a seminar in George Town

(5) Digunakan - ayat tidak aktif (passive)
    cth : A new market is being built

THE PRESENT PERFECT TENSE




(1) used to show an action that has been completed
   cth : Aini has sent the money order

(2) used to show an action that started in the past and is still continuing
   cth : Marie has known the manager for five years

(3) used in the passive voice
   cth : The theft has been reported

THE PRESENT PERFECT CONTINUOUS TENSE

(1) Menunjukkan perbuatan yang telah bermula masa lalu dan masih bersambung / berterusan
   cth : Mr. Paul has been writing his autobiography for the past few weeks

(2) Menunjukkan perbuatan berulang
   cth : The telephone has been ringing since this morning

to be continue.....


mkbs - terbaca satu artikel 'selamat tinggal tapak tangan yang kasar'. Kulit pisang, kopi dan daun betik. Kulit pisang senang sikit. Mau cuba la. Sejak tukar sabun pencuci kain dari cecair ke serbuk tapak tangan jadi kasar. Mau pakai kunun krim tapi nda selesa. beminyak-minyak ba.

Rabu, 15 Disember 2010

Serba Salah...

Bila bosan bila boring bila tension mulalah nak merungut mengeluh. Bila dah puas merungut mengeluh rasa serba salah pula. Tiada motivation pula rasanya. Hmmmm...tak sedap hati pula. Risau kalau-kalau tengah mengeluh merungut tu tersalah cakap terumpat orang. Takut orang yang dengar keluhan rungutan tu terasa simpan dalam hati. Main pointnya dah bosan buat kerja sekarang. Tiga tahun...rasa macam masih baru lagi tapi dah muak dah. Tahun lalu berusaha untuk tak buat salah berusaha agar tak berlaku kecuaian tapi tetap berlaku juga. Dalam setahun mesti ada problem. Masalah sana sini. Tiada mood nak buat kerja. Nasib baik tiada masalah peribadi. Kata teman kerja memang begitu. Masalah selalu ada. Kenalah berani. Berani ambil risiko. Jangan selalu ambil jalan selamat. Mungkin betul juga. Apalagi zaman sekarang. Huh!.... memang mengharapkan dapat transfer secepat mungkin tapi difikir-fikir tahun depan lah. Mesti. This year i want to stand KPSL exam. Mana tau ada rezeki boleh lulus.

Harap-harap bagi yang ada terdengar keluhan rungutan secara sengaja atau tak secara langsung atau tak jangan simpan dalam hati. Anggap saja angin lalu yang tiada makna.

Selasa, 14 Disember 2010

Learn about English....a little..

is - singular (satu)
are - plural (lebih dari satu)

Questions tags and responses
- digunakan untuk pelbagai sebab

1) Digunakan apabila kita mahu seseorang setuju dengan apa yang kita perkatakan
    contoh :  The test is difficult, isn't it?
                  The children are abedient, aren't they?

2) A posititive statement with a negative question tags
- digunakan apabila kita perlukan jawapan 'ya'
  cth : The child is sick, isn't she? (yes, she is. )
- digunakan apabila kita perlukan jawapan 'no'
  cth : Mona won't joun us, will she? (no, she won't. )

3) Kata verb in the questions tags and in the response
- semua dalam ayat yang sama
  cth : John isn't present, is he? (no, he isn't.)

Modals
- Kata kerja modal termasuk can, could, may, might, must, has / have to, will, would, shall, should, ought to,
  need to etc...

1) Menunjukkan kebolehan
  cth : The animal can run fast
         The police can solve the problem

2) Meminta izin
  cth : Could i see the manager now?
         May i use the phone, please?

3) Mengajak / menyuruh
   cth : You may have your lunch now.
          You can leave now.

4) Menunjukkan kemungkinan / keharusan
   cth : I might go out this evening
          Could Marzuki be our guide

5) Untuk ucapan
   cth : Do enjoy yourself
          I wish you a pleasant journey

6) Menunjukkan perintah / arahan
   cth : You must stop demanding from us
          You have to pay the fees today

7) Menunjukkan 'janji'
   cth : I will help him as best as i can
          We will look after your garden

8) Menunjukkan kewajiban / keperluan
   cth : We ought to help the sick
          We should donate to the needy

9) Menunjukkan kehidupan lalu
   cth : My dad used to work there
          I used to explore the cave

10) Memberi nasihat
   cth : You ought to see a doctor
          Aida should see the counsellor

11) Menunjukkan permintaan / permohonan
    cth : Could you help sweep the floor?
           Could i borrow your helmet?

12) Menunjukkan penyesalan
    cth : I should have listened to you
           We should have been patient

13) Menunjukkan syarat
    cth : If i were free, i could help you.
           If it is a holiday, we will have an outing.


to be continue.....

mkbs : 'lebih baik menulis untuk diri sendiri yang tiada orang ramai daripada menulis untuk orang ramai yang tiada diri sendiri'...

Oh! My Lady


Oh! My Lady. Ending that happy and i like it. But it's so simple. My imagine not like that. Hahaha...whatever i love Choi Si-Won. Huhuhu... He can speak in english and mandarin language. Fantastic!... If you ask me i will give you an answer ' yes i agree to marry you'...hahaha... but this situation only happen in drama. In realiti ...imposibble!!... although we be able to believe that nothing imposibble in the world but not at all people can receive it. If you want to make something different you'll be. Huhuhu..... how long we can be patient? How long we're able to strong? Handsome man just my dream only. In realiti i don't like. Just to light-hearted....huhuhu.... because i likes to see handsome man.... i always keep in my dream he will be mine but at the moment time my dream has changed. Often Changed uuuu...... damaged my brain. Any person can wash my brain?.... But to do whatever that you like you must have daring.....

Bye...think about it and learn to think about myself...in your future....

Rabu, 8 Disember 2010

CAN'T SLEEP....


I can't sleep.... Early morning have to work... OMG!!!.... What should i do??.....


Setiap kegembiraan ada kedukaan. Setiap kelukaan ada kebahagiaan. Setiap yang sempurna pasti ada kekurangan. Setiap kelemahan mesti ada kelebihan. Walaupun kita dijadikan untuk saling menyempurna antara satu sama lain tetapi tidak semua rahsia dapat dikongsi. Biarpun kita wajib bersikap jujur namun sesetengah perkara tidak mampu berlaku jujur. Semuanya demi menjaga perasaan sendiri. Sekali kaki melangkah teruskan sehingga ke destinasi. Biarpun halangan datang bertubi-tubi teruskan untuk bertahan. Dan jangan sesekali berundur. Jika ia berbaloi apa salahnya walaupun terpaksa menyakiti orang lain.


My friend (ustaza) said 'berhenti mengeluh. Belajar bersyukur dengan apa ada. Allah itu maha mengetahui.'

Selasa, 7 Disember 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432H


Hari ini masuk 1432H tahun baru hijrah kalendar islam. Spectacle saya lebih dulu masuk tahun baru. Cantik ka? Hehe...


Impian saya....saya cuma mahukan ketenangan, kebahagiaan, kesihatan, keberkatan, perlindungan dari Yang Maha Esa buat saya dan keluarga. Mahu mengakhiri dan membersihkan sisa-sisa kesakitan perlahan-lahan. Tetap sederhana sentiasa. Insan yang takut disakiti takut menyakiti takut dianiaya takut menganiaya seperti saya memang patut hidup sederhana. Satu perkara yang saya mahukan adalah lulus peperiksaan kertas 1 KPSL N27. Untuk kepuasan hati saya. I have nothing. I should do whatever that i think. Equivalent!....


Mkbs - kata orang, orang yang kuat berangan takkan ke mana. Betul!.... I'm the one. Saya suka berangan. Berangan mampu mengubati kelukaan dan kerisauan hati saya. So, am i wrong?

Isnin, 6 Disember 2010

Spectacle....


Tiba-tiba terjumpa ni gambar. Malam penghargaan dan perpisahan bekas pengarah BMI, En. Lamien Sawiyo di PICC.


Kelmarin pergi buat spectacle di Focus Point Alamanda. Hari ni dah ambil pun. Puas hati. Tapi.....huh! Amahal no kopio. RM350.00. Itu pun sebab ambil cermin yang harga rm200 ja. Saler tu kata cermin yang tahan sikit harga rm300. Bajet saya paling tinggi rm300 but what more can i do? Ingatkan nak beli kipas... Tangguhlah lagi gaji hujung bulan. Stres oh saya fikir pasal tu rm350. The amount much more and enough for my spend 2 month at office. Sampai rumah saja terus tidur 2 jam. Tapi apa boleh buat tu spectacle sampai ajal sudah jadi perlu ganti. Whatever.


Mkbs - sempena tahun baru islam yang tak lama lagi, apakah impian ada?

Actually i have a lot of story but i want to sleep right now.

Jumaat, 3 Disember 2010

Double...trouble ??


What happen???.... I'm so trouble right now. Firstly, my problem about spectacle not settle yet. But now one more problem come in. 'POP!!'....sound of the fan. Damaged. Huh! Disturbed my budget.


Semanis Kurma - kahwin muda

I have no problem about that. Each people have a style to face their own problem. Brave or not? Brave to take a risk? Brave to liable? Just do it!. You have your belong to make a choice.... Whatever we want to do we hope somebody that we love will be impressive and appreciate our effort. So use your part. We have our belong to make a choice and for change our heart. We have to prove that we're more courageous. More than that. We have to prove that what we're doing during this time not futile. Ya have to....


Mkbs - i become like about Siwon, korean drama Oh! My Lady. My everyday so crazy....

So - this 12th dec history day for my brother.... God bless to you.


Mo tidur dulu d. Tesalah-salah ni jari menekan huruf. Harap2 bisuk adalah hari yang bahagia to me....

Khamis, 2 Disember 2010

Have to....


Rindu pula.....


Hari ni k. Raihan dah ada. Tak lah sunyi sangat. Tadi i was heard something sound. It was like had a somebody who went to open tija's room. Huh!.... My eyes make me angry. Don't want to close.... Something that do i happy is my father help me make a paymet ???...thanks dad. Other time help me again. Am i get it?


Mkbs - i so surprised with they talk. Huh! Angry like the problem so big. Sometimes i agree but who us to fight them. We just can talk in back. But for me for small matter forget it. Make a big sins, you know? If you want to get that make sure it's enough. If not, don't make noisy. In the same time they make me confused. Other time they looks like adult, sometimes nothing brain. Huhuhu....

Ok...i want to sleep now....

Rabu, 1 Disember 2010

Agains....

Huh!...i'm alone again...till friday tu... Nevermind!... Kamarin suda mula tu my favourite story NCIS LA. But the story bermula dengan kisah Mr Callen G. Watak ejen Gibbs and groupnya belum ada lagi. Whatever i still love it. Now i'm crazy with story at ntv7 'forensic heroes II'. Hahaha....banyak sungguh drama crazy am i? Huhuhu....mangkali itulah gaya urang yang suka tingu dari membuat....